BAB 2: KES PENCULIKAN

Crime Completed 1865

Dalam kes ini pula, ia sering menjadi igauan ngeri bagi kanak kanak bawah umur. Golongan ini sering melakukan penculikan ini dan mereka langsung tidak berhati perut. Bukan sahaja kanak kanak yang menjadi mangsa malahan golongan dewasa juga turut merasai benda yang sama. Dasawarsa ini terlalu banyak kes penculikan yang berlaku di merata tempat. Puncanya hanya kerana inginkan duit tebusan dan juga dendam. Sekarang ini masyarakat harus berwaspada dgn keadaan sekeliling dan hindari orang yang tidak dikenali terutamanya bagi kanak kanak dan juga wanita. Untuk kisah yang selanjutnya ini, ikuti kisah seorang ibu tunggal yang menjaga anak tunggalnya setelah perceraian antara dia dan suaminya.

THROWBACK: Maryam masih lagi terngiang ngiang di fikirannya apabila dia terpaksa menghadapi pahit getir hidupnya bersama dengan seorang suami yang dayus seperti Ishak. Setelah lebih 3 tahun diseksa dan didera oleh Ishak, dia sendiri berasa trauma disebabkan oleh pukulan kuat di badannya sehingga lebam. Setiap kali Maryam terfikirkan tentang apa yang telah dia hadapi mesti berlinang air matanya. Kekesalan seribu kali pun sudah tidak berguna lagi kerana semuanya telah berlaku dan tiada apa yang boleh diundurkan lagi. Apa yang boleh dibuat adalah fokus membesarkan anaknya Kamil yang sedang bersekolah.

°°°°°°°°°°°°°°°

Seperti biasa, Maryam akan menghantar Kamil ke sekolah setiap pukul 7. Dan setelah itu, dia terus bekerja di sebuah bakeri di bandar. Kerjanya setiap hari adalah membuat pastri dan juga menjaga kaunter. Memang kehidupannya sekarang ini susah namun sebelum dia bercerai dia lagi susah disebabkan Ishak menganggur dan kerjanya hanyalah berjudi dan berjoli sehingga pulang dalam keadaan mabuk. Apa yang lebih teruk lagi, semua simpanan Maryam habis dirampas oleh Ishak disebabkan oleh ketagihannya berjudi. Namun dia sudah tidak perlu lagi risau akan keadaan dia dan anaknya, kini dia hanya perlu fokus membesarkan Kamil dan mengubah nasib mereka dua beranak agar nanti mereka akan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

"Apalah nasib aku ni, dahlah menjanda. Lepas tu, kena buat macam macam kerja untuk besarkan Kamil. Kalau nak harapkan jantan tak guna tu, jangan haraplah nak merasa hasil dia. Adanya kena pukul, kena sepak terajang. Dah, sekarang ni aku kena pandang depan dan lupakan semua pasal Ishak tu."

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°


Ketika dia hendak melangkah keluar dari bakeri, hatinya berdegup kencang. Dia berasa kurang senang apabila dia seolah olah diekori oleh seseorang. Dia berasa curiga dan takut kerana dalam perjalanan pulang ke rumahnya amatlah sunyi dan gelap. Dia tidak putus putus menoleh ke belakang takut takut ada orang jahat yang cuba meragutnya. Dan memang ketika itu ada seorang lelaki mengekorinya dari belakang dengan membawa pisau. Sepertinya lelaki tersebut ingin meragut dan membunuhnya. Maryam sudah tidak tahan lagi dengan bayangan hitam yang mengerikan itu. Dia cuba menoleh dan maju ke arah lelaki tersebut bagi menyerang lelaki tersebut. Ketika dia menuju ke belukar, dia mendapati lelaki itu tiada. Tiba tiba lelaki itu datang dan menahannya di belukar itu. Pisau di tangan sudah dihunuskan ke muka Maryam. Maryam sudah berasa ketakutan dan dengan beraninya dia menanggalkan topeng lelaki tersebut dan dia amat terkejut dengan wajah lelaki itu. Rupa rupanya Ishak yang mengekorinya dari belakang.

"Kau nak apa lagi? Tak puas lagi ke kau curi duit aku? Itupun dah cukup baik dah kau tak masuk penjara."
"Kau jangan ingat yang kau boleh hidup senang lepas kau minta cerai dengan aku. Aku lepaskan kau sebab aku nak balas dendam kat kau."
"Kau berani ke nak buat macam tu?"
"Aku akan rampas semua harta kau. Kalau kau berani nak buat laporan polis, aku takkan teragak agak untuk apa apakan Kamil."
"Kau jangan berani sentuh dia! Kalau kau buat sesuatu kat dia, aku akan bunuh kau!"
"Kau nak bunuh aku? Kau berani ke nak buat macam tu?"
"Lepaskan aku!"
"Kau ingat tu baik baik. Kau sumbat aku kau mampus!"
"Lantaklah kaulah jantan!"

Sungguhpun Maryam berani untuk membunuh Ishak, jauh di sudut hatinya dia berasa kurang selesa dengan ugutan tersebut. Pendek kata, Maryam berasa amat takut dengan apa yang Ishak katakan itu. Sekarang ini dia perlu ambil langkah berjaga jaga terhadap Kamil. Dia tidak ingin sesuatu buruk terjadi pada Kamil. Dia akan cuba mencari cara bagaimana caranya untuk mengenakan tindakan polis kepada Ishak. Dia pulang ke rumahnya pada malam itu dengan hati yang gelisah dan tak tenteram.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Seminggu kemudian, dia datang berjumpa dengan Ishak di tempat perjudiannya. Maryam datang dengan melemparkan seikat wang kertas bernilai 10 000 ke mukanya.

"Kau nak sangatkan duit tu! Kau berjolilah dengan duit tu puas puas!"
"Banyak juga duit kau! Menipulah kalau kau kata kau takde duit."
"Tapi kau jangan ingat aku akan bagi kau duit setiap hari. Ini duit terakhir untuk kau. Lepas ni, kau jangan harap sesen pun aku akan bagi kau."
"Nampaknya kau memang berharap anak kau tu mati disebabkan kau."
"Berani kau buat macam tu, aku akan report polis."
"Berani buatlah!"

°°°°°°°°°°°°°°°°

Keesokan harinya, Maryam datang ke bakerinya, bakerinya itu sudah berselerak semuanya dengan kerusi dan meja disepahkan. Bukan itu sahaja, dia juga menerima nota ugutan bahawa anaknya akan dibunuh sekiranya dia membuat laporan kepada pihak polis.
Ketika dia hendak menghubungi Ishak, dia mendapat satu rakaman video. Dia melihat video itu dan mendapati bahawa Kamil sudah berada dalam tawanan Ishak sekarang. Dia amat terkejut dan berasa bengang dengan tindakan Ishak itu. Dia terus menutup awal bakerinya itu dan terus membuat laporan polis.

"Saya nak buat laporan tentang kehilangan anak saya encik."
"Adakah puan membuat laporan ini setelah lebih 24 jam anak puan hilang?"
"Sekarang ni masa tak penting. Saya ada rakaman video ni. Tak percaya tengoklah sendiri."
"Baiklah. Kami akan kerahkan pasukan kami untuk mencari pelakunya."
"Encik, pelakunya ialah bekas suami saya sendiri. Ishak bin Yaakob."
"Macam ni puan, tak elok kalau puan tuduh melulu."
"Saya tak tuduh. Saya ada buktinya. Dua bukti yang saya bawa kat encik ni."

°°°°°°°°°°°°°°°

Keesokan harinya, pihak polis telah serbu kawasan persembunyian Ishak dan dia telah ditahan oleh pihak polis. Mereka juga berjaya menemukan Kamil dalam keadaan selamat. Maryam berasa amat bersyukur kerana Kamil terselamat dan dia ditemui tiada sebarang kecederaan pada mana mana bahagian badan. Ishak ditahan polis dengan perasaan bengang dan marahkan Maryam tetapi apa yang dia boleh buat adalah menerima hukumannya sendiri setelah apa yang dia lakukan terhadap mereka berdua. Bagaimanapun mereka pulang dengan kegembiraan dan hati yang tenang.

"Saudara Ishak Bin Yaakob, kamu akan menerima hukuman penjara seumur hidup atas perbuatan mendera isteri kamu Maryam Binti Awang dan juga menculik anak kamu Kamil dengan niat merampas hartanya. Mulai hari ini kamu akan menerima hukuman yang setimpal dan juga berharap semoga kamu menerima hukuman ini dan insaf di atas kesilapan kamu sendiri. Sidang perbicaraan ditamatkan."

Mereka bertiga bertemu buat kali yang terakhir dan saling bermaafan antara satu sama lain. Selepas ini masing masing akan menjalani hidup masing masing dengan harapan bakal menemui sinar yang baharu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience