BAB 3: KES RASUAH

Crime Completed 1865

Topik terakhir yang akan dikupas dalam novel ini ialah rasuah. Seperti yang diketahui ramai rasuah ialah perbuatan memberi ataupun menerima sejumlah wang yang besar dengan syarat memberikan manfaat kepada si pemberi. Contohnya, jika ada yang bertanding dalam mana mana pertandingan, peserta yang ingin menang dengan cara menipu, harus merasuah pengadil supaya menipu jumlah markah yang diperolehi. Marcapada ini, kita sering diwar warkan tentang berita penjawat awam ataupun pegawai pegawai ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana disyaki melakukan kegiatan yang merosakkan imej diri dan sesebuah syarikat itu. Golongan ini menerima dengan hati yang rela kerana ingin mendapatkan kekayaan dengan cepat sehingga sanggup mengkhianati majikan sendiri. Orang orang seperti ini boleh diibaratkan rela memakan najis sendiri semata mata dapat keuntungan yang lumayan. Oleh itu, berbagai bagai cara kerajaan dan juga pihak pihak yang sepatutnya membuat inisiatif bagi menghapuskan gejala rasuah di kalangan pekerja. Sumpah dan lafaz ikrar juga dibuat bagi menanamkan rasa tanggungjawab dalam diri supaya menjaga kesetiaan dan kepercayaan syarikat terhadap seseorang pekerja itu. Semoga inisiatif tersebut dapat membendung manusia agar tidak terlalu mengharapkan balasan hanya kerana kesempitan hidup yang dialami sekarang ini. Kisah terakhir dalam trilogi ini akan memaparkan kisah seorang pekerja dalam sebuah syarikat perubatan menyeleweng dana peralatan hospital untuk sebuah perkampungan yang ingin disumbangkan oleh pihak tersebut.

"Kami dari GLS mampu menjamin keselamatan nyawa bagi setiap insan yang ditimpa musibah dan juga penyakit kronik. Dengan kecanggihan teknologi masa kini, kami yakin bahawa pesakit sudah tidak perlu lagi untuk ragu ragu akan jumlah wang yang akan dikeluarkan kerana segala peralatan yang akan kami sumbangkan mampu memberikan keselesaan kepada pesakit dan juga kakitangan hospital. Syarikat kami juga akan menghantar peralatan seperti ini ke luar negara. Didapati lebih 19 buah negara bakal menerima peralatan seperti ini antaranya di Thailand, Singapura dan juga Kemboja. Matlamat utama kami adalah untuk menyelamatkan nyawa pesakit melalui peralatan canggih ini. Bukan itu sahaja tetapi para doktor sudah tidak perlu lagi terbeban dengan peralatan yang kurang membantu rawatan mereka."


Rata rata peserta yang hadir dalam mesyuarat ini berpuas hati dengan apa yang ingin disampaikan oleh Rykarl. Mereka bertepuk tangan menandakan bahawa syarikat GLS ini mampu memberikan kepuasan yang tak terhingga kepada pihak yang akan menerimanya. Namun di sebalik kegembiraan itu, Rykarl tidak sedar bahawa syarikatnya bakal menerima bala bencana yang buruk disebabkan oleh pekerja yang licik dalam menjatuhkan dirinya dan imej syarikat boleh tercemar disebabkan kecuaiannya. Yasir, merupakan salah seorang pekerja yang sangat menyenangkan bagi Rykarl. Namun dia tidak tahu sebenarnya Yasir ingin menjatuhkan Rykarl oleh kerana dia telah diupah oleh seorang musuh ketat Rykarl iaitu Raymond. Raymond adalah pesaing utama syarikat GLS kerana dia ingin merebut jawatan Rykarl. Sebenarnya dia hanyalah berpura pura baik terhadap Rykarl kerana ada udang di sebalik batu.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°

"Bos, nampaknya kita dah ada masalah besar sekarang ni."
"Apa dia?"
"Tadi saya dapat panggilan dari Hospital Kuala Lumpur. Mereka mengadu yang peralatan kita tak sampai ke tempat diorang."
"Macam mana boleh jadi macam tu?"
"Saya tak pasti bos. Tapi sejak akhir akhir ni, ada laporan dari bahagian kewangan yang memberi laporan bahawa dana kita telah diseleweng."
"Siapa punya kerja ni?"
"Saya pun tidak pasti. Apa yang patut kita buat sekarang ni?"
"Sekarang ni saya nak awak panggil semua pelerja adakan mesyuarat dalam masa lagi 20 minit."
"Baiklah bos."

Ketika mesyuarat itu diadakan, rata rata pekerja sudah menunjukkan ekspresi yang agak menggusarkan. Masing masing berasa takut akan diri mereka dipecat. Ketika itu Rykarl berkata, jika dia menjumpai siapa penyeleweng dana tersebut, dia akan serahkan kepada pihak SPRM untuk tindakan yang lanjut. Yasir sudah mula berasa tidak senang hati dengan ugutan yang diberikan oleh Rykarl itu. Dia merasakan bahawa dirinya akan ditemui bersalah kerana menyimpan dan memindahkan sebahagian dana ke dalam akaunnya. Malahan LHDN tidak tahu bahawa dia menerima pendapatan melebihi dengan gaji yang sebelumnya. Semua itu atas dasar pertolongan Raymond yang bijak menggunakan taktik bagi mengaburi pihak pihak berkuasa.

°°°°°°°°°°°°°°°°

"Yasir, saya nak bercakap dengan awak sekejap."
"Ada apa bos cari saya ni?"
"Sebagai seorang pekerja, awak sanggup tak untuk khianati majikan yang dah berlaku adil kat awak sedangkan dia tak buat salah apa pun."
"Apa yang bos merepek ni?"
"Kalau awak ada sesuatu nak bagitau saya, baik awak cakap dekat saya sekarang."
"Apanya bos. Memang takde benda pun yang saya nak bagitau. Kenapa ni?"
"Takpe. Kalau awak taknak bagitau saya takpe. Saya akan bagi masa kat awak supaya kalau awak dah sedia nak bagitau saya, awak tahukan mana nak cari saya. Saya pergi dulu. Maaf sebab kacau awak tengah makan."
"Jangan jangan dia dah tahu pasal kes penyelewengan tu."

Setelah itu, Yasir cepat cepat memberitahu Raymond tentang hal ini. Dia cuba untuk menghubungi Raymond tetapi panggilannya tidak dijawab. Akhirnya dia menghantar pesanan kepada Raymond bahawa Rykarl sudah mula berasa curiga terhadap dirinya. Tak lama selepas itu Raymond membalas mesej Yasir bahawa dia telah menceritakan segalanya terhadap Rykarl.

"Apa maksud dia ni?"
"Yasir! Yasir! Kau ingat aku ni sebodoh tu ke kau nak tipu? Aku dah tahu sekarang ni yang sebenarnya kau terima rasuah dari Raymond untuk seleweng duit syarikat. Dan kau juga dah bersubahat dengan dia untuk jual peralatan yang HKL tempah ke tempat yang lain."
"Saya minta maaf bos..Saya tak sengaja nak buat macam tu."
"Kau tak payah nak bagi seribu alasan dengan aku! Aku dah taknak dengar apa apa lagi dari mulut kau. Mulai hari ni, kau akan meringkuk dalam penjara dan kau akan dipecat."
"Hei bos! Kau ingat kau tu dah cukup baik ke? Dahlah kedekut nak bagi duit kat aku. Macam macam benda yang aku dah buat tau!"
"Kau ni dah nyanyuk ke apa? Dulu kau yang beria ria nak kerja ni dan lepas tu kau merungut sebab duit tak cukup. Dahlah kerja pun tak betul! Dah, bawa diorang berdua ni ke SPRM."

Akhirnya perbuatan kejam itu terbongkar dan diketahui oleh Rykarl. Dengan yakinnya Rykarl membawa mereka ke balai polis bagi menyumbatkan mereka berdua ke penjara. Sekarang ini barulah dia mendapat pengajaran baharu yang berbunyi jangan pernah terlalu percayakan orang yang sudah berbuat baik kepada kita kerana kita tidak mengetahui niat sebenarnya. Sesungguhnya manusia memang pandai menipu dan tidak boleh dipercayai. Segala kekayaan yang berlari di hadapan mata pasti akan direbut walaupun dengan cara yang kotor. Dia sudah bertekad bahawa dia akan cari pekerja dengan lebih berhati hati dan berharap agar tiada lagi musuh sebegitu dalam industri perubatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience