BAB 4: KESIMPULAN

Crime Completed 1865

Berdasarkan kisah kisah yang dipaparkan dalam Trilogi Kisah Jenayah dari kisah pecah rumah hinggalah rasuah, kita telah mendapat satu pengajaran yang bermakna bahawa hidup di dunia ini adalah perkara yang sememangnya bukan mudah bagi setiap manusia untuk hadapi. Kadang kadang dunia ini menjanjikan jutaan kemanisan yang bakal dilalui oleh semua manusia sementara menunggu tiket untuk masuk ke syurga. Namun bukan semua kemanisan yang dijanjikan adalah benar. Dan apa yang ingin saya katakan ialah definisi bagi dunia itu sendiri ialah penipuan. Dunia ini tidaklah semuanya benar belaka. Akan ada penipuan dalam hidup akan terkena kepada kita. Sama ada kita berbuat salah kepada Tuhan ataupun pada manusia itu tidak pasti. Tetapi yang pastinya kita akan diuji dengan pelbagai cara sekalipun dan kita kena tabah untuk menghadapinya. Tetapi, walau bagaimanapun kita seharusnya berbangga kepada diri sendiri kerana kita telah membuktikan kepada masyarakat dan dunia bahawa kita kuat dan mampu melawannya. Tidak kiralah dicampak ke dalam tempat yang agak terpencil ataupun desolasi kita tetap boleh hidup normal macam orang lain. Kunci kepada kejayaan kita melepasi ujian yang diberikan adalah kesabaran. Jika kita banyakkan bersabar Insya-Allah kita akan mampu menempuhi hari hari yang bakal mendatang. Satu perkara yang harus diingatkan bahawa Allah takkan menguji hambaNya di luar kemampuan mereka. Nescaya yakinlah kepada Allah dan yakin kepada diri sendiri bahawa kita boleh melakukan apa saja yang kita inginkan kalau kita kuat. Tidak kira sakit terlantar ataupun kekurangan pada diri sendiri kita mampu menghadapinya. Semoga kisah yang dipaparkan sebentar tadi mampu memberikan keinsafan dalam diri bahawa tidak semua yang kita impikan bakal melayang atau datang bergolek kepada kita. Jika kita inginkan sesuatu maka carilah dengan sumber yang halal dan bukannya dengan cara yang haram. Wallahuaklam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience