BAB 1: KES PECAH RUMAH

Crime Completed 1865

Seperti yang diketahui ramai, kes pecah rumah semakin berleluasa di Malaysia. Setiap hari, ibu pejabat polis sering menerima laporan berkenaan kes ini. Persoalannya kini, mengapa terlalu banyak kes kes seperti ini berlaku dan mengapa kebanyakannya adalah melibatkan golongan remaja? Ikuti kisah ini dan fahamilah setiap mesej yang ingin disampaikan dalam kisah ini.

"Tuan, kami baru menerima laporan tentang kes kecurian di Taman Ukay Perdana."
"Siapa yang buat aduan?"
"Daripada pengerusi rukun tetangga perumahan tersebut. Beliau berkata hampir kesemua rumah tersebut telah dipecah masuk sepanjang malam. Jadi mereka meminta pertolongan kami untuk menangani kes tersebut."
"Baiklah. Kalau macam tu kita kena ambil tindakan segera."

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°


Setiap hari, penduduk taman berkenaan sering mengadu domba kepada persatuan jiran tetangga kerana hari hari ada orang kecoh kecoh tentang kecurian barang. Dari barisan rumah yang pertama hinggalah terakhir akan ada rumah yang akan terlihat kesan tapak kaki dan juga pintu pagar yang terbuka tatkala pintu dan tingkap yang telah rosak akibat dicungkil dengan benda benda tajam. Penduduk di sini sudah merasakan tidak aman lagi untuk menghuni di kawasan tersebut. Mereka bimbang jikalau ada yang akan tercedera nanti. Malahan anak anak kecil juga sering mengadu kepada ibu bapanya agar segera berpindah ke tempat yang lain.

Rozita, salah seorang penghuni kediaman ini selalu melihat kejadian lazim ini sebagai kes yang tidak sepatutnya dibiarkan. Dalam hatinya dia bertekad untuk mencari siapakah yang selalu melakukan kegiatan haram seperti ini. Suatu hari, dia berjumpa dengan seorang pemuda yang bernama Mamat. Dia seorang pemuda yang agak selekeh dan juga seorang yang miskin. Rozita amat kasihan akan dirinya yang sehelai sepinggang itu. Dia cuba berkawan dengan Mamat bagi meringankan bebannya.

"Boleh saya tanya awak sikit."
"Apa dia?"
"Saya selalu dengar orang mengadu pasal rumah kena pecah masuk. Betul ke?"
"Ya. Setiap malam, ada je rumah yang kena pecah masuk. Dan bukan sekali dua tau benda ni jadi. Banyak kali jugalah."
"Habis tu awak rasa siapa punya kerja ni?"
"Entahlah. Padahal kita bukannya boleh kenal pun siapa orangnya. Kadang kadang mungkin orang lain yang buat. Zaman sekarang ni kan. Macam macam benda yang jadi."
"Mungkin sebab tulah ramai orang selalu kena musibah macam ni."
"Kenapa pula?"
"Yelah. Kat orang miskin dia boleh hina kita macam tu je. Kalau berjumpa dengan sekepala dengan diorang, habislah berbaik bagai. Padahal kaki pengampu semuanya tu."
"Jangan cakap macam tu. Normallah kalau ada orang yang perangai dia macam tu. Lagipun kita ni siapalah nak kata kat diorang tu."
"Yelah. Takpelah saya balik dulu."
"Okey."

°°°°°°°°°°°°°°°°°


Bermula pada hari ini, pihak polis sudah membuat rondaan di sekitar kawasan perumahan tersebut. Rondaan ini dibuat atas kerjasama pihak persatuan jiran tetangga. Dan mereka dapati ada ternampak seorang yang berpakaian hitam memecah masuk ke rumah yang mereka sedang perhatikan. Kebetulan pula pencuri tersebut berada dalam sasaran mereka. Dan apa yang mereka dapati ialah, bukan sahaja sebuah rumah yang diceroboh masuk malahan dalam 2 hingga 3 buah rumah telah dipecah masuk. Mereka terus mengumpulkan kesemua bukti yang mereka dapati hari ini untuk dibawa ke balai polis bagi tindakan yang selanjutnya.

"Nampaknya pencuri ni bukan calang calang org."
"Saya dapat rasa orang yang selalu buat kerja kerja macam ni adalah orang yang sama."
"Kita tak boleh nak tuduh sembarangan macam tu je. Terlalu banyak kemungkinan yang kita boleh cari."
"Saya rasa kita kena selalu selalu perhatikan org tu. Saya rasa macam ada yang tak kena je."
"Baiklah tuan."

°°°°°°°°°°°°°°°°°°


Keesokan harinya, seramai 5 orang penghuni rumah yang telah mengadu rumah mereka dipecah masuk. Mereka berkata bahawa hampir kesemua duit dan juga barang kemas telah habis dicuri. Mereka juga menjelaskan perasaan sangsi bahawa dalang itu berada di sekitar kawasan tersebut. Rozita yang juga turut mendengar aduan itu berasa hairan kerana dia juga mengikuti rondaan itu. Dia melihat dengan mata kepalanya sendiri bahawa orang tersebut telah memasuki kelima lima buah rumah tersebut. Ketika itu, Mamat datang menyapanya. Rozita amat terkejut dengan apa yang sedang dia lihat sekarang ini. Semalam dia sempat melihat pencuri tersebut melarikan diri dengan parut yang terdapat pada lehernya. Dan leher Mamat mempunyai parut yang serupa dengan parut leher pencuri itu. Rozita amat yakin sekarang ini bahawa pencuri itu adalah Mamat. Dia bercadang ingin memberitahu pihak polis.

"Ada apa kamu datang ke sini?"
"Pasal kes pecah rumah semalam, saya tahu siapa yang buat kerja ni."
"Siapa?"
"Mamat. Ini gambar dia. Dan kat leher dia tu ada parut. Semalam masa rondaan saya nampak dia berlari dan parut tu memang sebiji macam yang saya tengok semalam."
"Baiklah. Kita akan buat serbuan malam ini. Kami perlukan kerjasama kamu untuk pastikannya."
"Baiklah tuan."

°°°°°°°°°°°°°°°°

Pada malam itu, mereka membuat rondaan di seluruh kawasan perumahan itu. Hampir setiap sudut polis mengawal setiap laluan masuk keluar ke perumahan tersebut bagi mengelakkan pencuri tersebut melarikan diri. Malahan laluan tikus juga sudah dikawal ketat supaya pencuri tersebut tidak berjaya meloloskan diri.

"Alamak! Polis ramailah pula. Macam mana ni?"

Ketika itu polis ternampak Mamat berdiri di pagar rumah dan dia terus dikejar oleh polis. Dia berusaha melarikan diri secepat mungkin namun sempat ditahan oleh pihak polis. Rozita dan juga beberapa penduduk bergegas mengenal pasti pencuri tersebut. Penduduk kampung terkejut dengan wajah Mamat tersebut. Setelah itu dia dibawa ke balai polis untuk membantu siasatan.

"Alhamdulillah. Akhirnya terjawab sudah siapa yang buat kerja ni."
"Macam tak percaya pula yang Mamat akan buat macam tu pakcik."
"Orang kalau dah mengemis, dia akan buat apa saja untuk kesenangan hidup. Dia cuma terdesak dan dia masih muda lagi. Dahlah. Jomlah kita masuk rumah. Semuanya bubar!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience