BAB DUA BELAS

Romance Completed 10646

Aku sudah nampak kelibat along dengan angah serta kak long. Aku terus bngun dan memeluk kak long sambil menangis. Along dengan angah telah bersalaman dengan kelima-lima pak cik itu dan mereka telah memberitahu yang telah menangkap aku dengan boss dalam keadaan yang agak tidak berapa elok.
Tuan haji saya datang ke sini bagi mewakili pihak abah saya. Abah saya telah minta saya memberitahu tuan haji agar menikahkan mereka dengan segera tapi encik, panggil saja saya Haikal dan ini adik saya Anas kami memerlukan wali yang sah untuk menikahkan mereka.
Tuan haji sebenarnya kami ini adalah keluarga angkatnya dan kami tidak tahu siapakah keluarga kandungnya kerana ibu dan abah saya telah mengambilnya dari rumah anak yatim piatu sewaktu dia dari kecil.
Baik laa kalau macam itu kita akan segera menikahkan mereka menggunakan wali hakim tetapi encik berdua sebagai keluarga angkatnya kalau boleh menjadi saksi untuk pihak perempuan. Baik laa kalau itu yang mampu kami lakukan akan kami laksanakan.
Along adik tidak mahu kahwin dengan lelaki jahat itu. Dia.....dia aku terus menangis di bahu kak long kerana aku tidak mampu untuk meluahkan apa yang telah terjadi dan kak long terus memeluk dan cuba memujukku.
Along dengan angah telah berbincang dengan boss dan minta agar boss bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukannya.

Aku nikahkan Tengku Syaufiq Iskandar Bin Tengku Shahril dengan Nur Aina Batrisya Binti Mohd Alexandra Tan dengan mas kahwinnya sebanyak tiga ratus ringgit tunai malaysia.
Aku terima nikahnya Nur Aina Batrisya Binti Mohd Alexandra Tan dengan mas kahwinnya sebanyak tiga ratus ringgit tunai malaysia.
Aku hanya mampu menangis kerana semuanya sudah hancur dan tiada apa lagi yang tinggal untuk diriku ini. Kini aku sudah sah menjadi isteri boss aku yang telah menghancurkan segalanya dan aku hanya mampu menangis.
Selepas segalanya selesai di pejabat agama islam aku telah merayu kepada along untuk membawa aku pulang ke kampung untuk bertemu dengan abah dan ibu.
selepas along berbincang dengan boss untuk memberi keizinan kepada aku untuk pulang ke kampung. aku telah mengikuti along untuk pulang ke kampung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience