BAB DUA PULUH LIMA

Romance Completed 10646

tengah dok sedap makan kak zaiton telah menanyakan padaku. Aina tadi kamu kataTan Sri Alexandra tu papa kamu tapi setahu kak ton laa mak su kamu ni bukan dari golongan atasan dan kenapa ya pening kak ton memikir dari tadi.
aku dengan mak su hanya tersenyum dan bermula laa hikayat cerita di mana aku telah diambil sebagai anak angkat sehingga aku berjumpa semula dengan keluarga kandungku tapi tidak aku ceritakan peristiwa hitam yang pernah terjadi dalam hidupku. aku telah melihat jam dan waktu rehat sudah mahu habis dan aku telah mengajak mereka pulang ke office sebelum banyak lagi cerita yang akan dikorek kak ton kerana dia tidak akan berpuas hati jika ada lagi raguan dalam hatinya lebih baik aku cari jalan untuk mengelak membuka rahsia lagi.
Sewaktu dalam perjalanan mahu balik ke office ada panggilan telefon yang aku terima dan panggilan itu dari mama. Assalammualaikum mama kenapa dengan suara mama. kenapa mama menangis. Trisya angah pengsan. Aku mendengar terus terkejut patutlaa dari tadi hati aku tidak nyaman rupanya akan terjadi sesuatu. mama ada di mana Aina akan datang segera. Mama dengan papa sekarang masih di office kamu dekat bilik mesyuarat kami sedang menunggu papa kamu habis berbincang soal projek baru nak pergi lunch. baik laa mama tunggu Aina datang sekarang juga.
Mak su, kak ton maaf Aina kena pergi segera ada kecemasan maaf ya. aku terus berlari meninggalkan mereka hati aku tidak tenang kalau tidak melihat sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience