BAB TUJUH

Romance Completed 10646

Malam ini duduk aku serba tidak kena ya laa aku tidak tahu macam mana mahu beritahu along. Aduhai sebelah pihak boss dan sebelah lagi along. peningnya kepala aku fikir tapi aku kena beritahu juga along.
sebelum keluar dari bilik aku telah menilik diri kat depan cermin terkejut aku ya laa sudah macam pontianak dengan rambut yang serabainya. selepas siap kemaskan diri aku terus turun ke bawah untuk berbincang dengan along.
Along adik nak cakap sikit dengan along boleh tak tapi janji along jangan marah. adoii macam mana aku nak beritahu kalau along dengan kak long terus beri tumpuan pada aku tapi memang laa depa kena beri tumpuan pada aku kalau tak macam aku cakap dengan tunggul pula nanti.
Eiks budak ni boleh pula berangan. Abang nie bukan tidak kenal adik bongsu abang nie kan memang kuat berangan. aku dengar kak long cakap dengan along. Haa ni apa yang adik nak cakap dengan along. Along tak janji nak marah atau tidak tapi bergantung kepada apa yang adik mahu beritahu.
Along esok adik kena ikut boss ke Cherating dua hari satu malam sebab projek dekat sana ada masalah. Ini adalah arahan dan adik tidak boleh menolak.
kenapa pula adik kena ikut setahu along adik hanya bekerja sementara saja dan akan berhenti pada bila-bila masa sahaja. mak su pun tidak pernah ikut boss dia ke mana pun adik pula yang kena pergi.
Adik jangan tipu along. Along adik tidak tipu ini adalah arahan boss sendiri dan dia akan amik adik esok pagi dekat rumah jadi along boleh tanya boss sendiri. ok esok along sendiri akan bercakap dengan boss adik.
Thanz along sebab memahami keadaan adik. keadaan apa pula adik nie. mesti nak mula mengarut dah nie bukan boleh dilayan sangat ada saja cerita mengarut yang nak keluaq nanti. sudah laa adik tidak perlu cerita apa pun tapi yang pasti abang mahu adik jaga diri dan maruah adik ingatlaa kepada ibu dan abah yang sudah membesarkan kita dengan susah payahnya. insyaallah along adik akan ingat kerana ibu dengan abah adik mampu hidup sampai sekarang dan mempunyai keluarga yang menyayangi adik dengan seikhlasnya walaupun kita bukan adik-beradik kandung tapi ibu telah menyusukan adik dan dengan air susu ibu adik mampu bertahan sampai sekarang. walaupun adik tahu nama ayah dan ibu kandung adik itu pun melalui surat beranak yang ditinggalkan bersama adik. Selamat ibu dengan abah yang menemui adik kalau orang lain adik tidak tahu macam mana laa nasib adik. Adik tidak mungkin akan memalukan ibu dengan abah. Dalam keadaan sedih aku melepaskan perasaan di hati ya laa kita hanya menumpang kasih jika mahu mengharapkan keluarga kandung entah laa mereka masih mengingati adik atau pun tidak.
Adik abang mahu bertanya sedikit boleh tak? Abang mahu tanya apa kenapa reaksi macam saspen saja takutnya adik nak dengar soalan along ini. Along nak tanya adik sekarang adik sudah berumur 18 tahun dan hendak masuk 19 tahun adik tidak terasa ke mahu mencari keluarga kandung adik. Ya laa di surat beranak adik kan ada alamat rumah mungkin mereka masih tinggal di situ.
Entah laa along adik tidak terasa mahu mencari mereka bagi adik cukup laa abah ibu , angah dan along saja yang ada di dalam hidup adik. Adik tidak perlu sesiapa lagi untuk menggantikan keluarga yang adik sayang ini. Along adik naik bilik dulu ya nak kemas barang apa yang patut untuk dibawa esok sebab adik tidak mahu kelam kabut. ya laa pergi laa naik dulu. bye along, kak long sayang korang. assalammualaikum. adik naik dulu dan aku terus berlari naik ke bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience