BAB TIGA PULUH DUA

Romance Completed 10646

sudah seminggu aku berada di kampung dan selama itu aku merasa kedamaian kerana aku sudah mendapat kembali apa yang pernah aku kehilangan tetapi hati aku terasa seperti ada yang masih kosong dan belum terisi lagi dan aku merasakan kekosongan itu disebabkan oleh syaufiq orang yang pernah menghancurkan segalanya kalau kata aku tidak sayang pernah terdetik satu rasa dalam hati ini sebelum peristiwa itu terjadi dan sekarang aku merasai perasaan itu kembali dan aku tidak mengetahui sebabnya.
Aina ada orang call kamu ini aku mendengar ibu memanggil dan aku terus pergi ke arah ibu dan menjawab panggilan itu. assalammualaikum siapa ini ya? Adakah yang sedang bercakap ini Puan Nur Aina Batrisya! yaa saya yang sedang bercakap. kami dari Hospital Sultan Abdul Halim ingin memberitahu yang Tengku Muhd Syaufiq Bin Tengku Syahril sekarang berada di hospital ini sekarang kerana telah mengalami satu kemalangan dan nombor yang terakhir kali kami melihat adalah nombor puan.
Aku terkejut sangat lututku terasa lemah sangat dan aku terus terduduk sambil menangis. Adik kenapa dengan kamu. ibu, mama syaufiq kemalangan dan sekarang ada di hospital. aku telah memberitahu pada mereka. ibu, mama adik mahu ke hospital mahu melihatnya. adik mahu memohon kemaafan kepadanya. adik berdosa sangat dengan suami adik. adik derhaka dengan suami adik.
kita pergi sama2 yaa sayang mama risau nak lepas kamu drive sendiri ke kuala lumpur. mama syaufiq ada dekat kedah sekarang dan bukan dekat kuala lumpur. terkejut mereka semua yang mendengarnya. mama adik pergi ambil handbag dulu ya dengan anak-anak. Adik cucu-cucu ibu tinggalkan dulu nanti ibu menyusul dengan mereka. aku terus pergi ambil handbag dan menyarungkan tudung dan terus keluar dan aku melihat abang am, mama dan papa sudah berada di dalam kereta.
sepanjang perjalanan hatiku tidak tenang dan aku terus berdoa di dalam hati agar suamiku akan selamat. walaupun perjalanan memerlukan sejam setengah tapi aku merasakan begitu lama sangat perjalanan jadi aku terus on handset kerana sepanjang aku berada di kampung sengaja aku off agar tiada sesiapa menggangguku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience