“Maafkan saya. Terima kasih kerana sudah menjadi tempat saya meluahkan perasaan. Kejam sungguh dia. Saya tak dapat maafkan dia.” Ucapnya lagi. Aku masih diam seribu bahasa. Lidahku kelu, perasaanku tidak menentu. Mungkin merasakan kesedihan gadis itu. Aku berfikir sejenak, kenapa hanya kucing, dia meraung bagai orang kehilangan sesuatu yang sangat-sangat berharga? Aku sendiri membuang kucing yang suka membuang tahinya merata-rata tetapi dia sangat sayang akan kucingnya.
“Siapa yang menangis? Meraung? Saya tidak dapat melelapkan mata! Siapa?” entah bila dia masuk, aku sendiri tidak perasan.
“Kejam! Kejam!” Kalsom meluru ke arah PZP dan memukul –mukul PZP . PZP menepis tangannya. Dia mengheret Kalsom bersama-sama juga dengan aku. Aku terkejut, PZP juga mempunyai perasaan.
“Aku nak kau cakap dengan aku kenapa kaubising? Kausengaja tak nak beri aku berehat? Mulai hari ini, aku lepaskan kau tapi dengan syarat kau jadi pembantu di taman sebelah sana!” tegas PZP kepada kami berdua. Aku semakin pelik kerana pada mulanya dia mengurungku dan sekarang membebaskan aku serta menyuruh aku bekerja di tamannya.
“Kenapa pula kami perlu kerja di taman awak? Kenapa kamu tidak pulangkan kami ke pangkuan ibubapa kami.” Kataku memohon.
“Kamu yang menghadirkan diri disini. Kamu sendiri yang datang. Aku tidak menyuruh kau datang ke tempatku. Sekarang, pengawal ambil mereka berdua dan hantar ke Taman Xylian. Suruh mereka melakukan tugas disana. Jika mereka ingkar, hadapkan kepada aku. Ingat, jangan merosakkan taman aku.” Tegasnya dan memerintahkan pengawalnya membawa aku serta Kalsom ke tamannya.
Pemandangan tamannya sungguh cantik. Aku sangat kagum melihatnya. Patutlah dia menyuruh aku dan Kalsom supaya tidak memusnahkan tamannya. Taman yang sangat cantik dibuat pemandangan. Segar mataku melihat tumbuh-tumbuhan menghijau disini. Mataku tertumpu pada sepohon pokok yang menarik, lain daripada yang lain. Pohon yang besar, sudah tua tetapi masih gagah berdiri tegak dan menarik. Tidak bisa aku mengatakan, keindahannya luar biasa.
Aku disuruh menggembur pohon-pohon yang berada dalam pasu. Pasu bunga yang digunakan juga lain. Tidak sama langsung dengan pasu bunga yang selalu digunakan oleh mak.Di mana agaknya mak? Aku risau jika sesuatu terjadi pada mak. Mak seorang saja yang aku ada. Dia adalah tulang belakang aku. Ayah sudah awal meninggalkan aku. Semasa dia berlayar di laut, dia telah bertembung maut disitu. Ombak yang besar telah menelan botnya. Sedih sungguh mengingati kematian ayah.
Taman yang dihiasi oleh tumbuhan yang cantik-cantik dan dipenuhi oleh binatang-binatang yang jinak. Hati aku sangat terpaut dengan keindahan dan kecantikan taman kepunyaan PZP8817 . Dia pandai menjaga tanamannya dan juga haiwan peliharaannya tetapi aku pelik, mengapa dia membunuh kucing yang dikatakan oleh Kalsom ? Apa mungkin Kalsom berbohong padaku? Tapi mengapa dia hendak berbohong terhadapku? Apa yang dia dapati? Ah, banyak kemungkinan! Sakit kepala aku memikirkannya.
“Mengapa kamu datang ke alam ini?” sapa Kalsom . Aku memandangnya hairan.
“Mengapa awak mempersoalkan begitu? Saya datang ke sini? Siapa yang datang? Saya dipanggil oleh mak saya lalu saya pergi untuk mendekatinya. Saya nampak kawasan rumah saya, aduh, saya tak faham!” aku menerangkan tetapi aku sendiri pening memikirkan.
Share this novel