BAB 4

Fanfiction Completed 251

“Ampunkan patik, patik terjumpa seorang lelaki aneh di taman Puteri Klaxonia .” Aku dihadapkan kepada raja istana ini. Habislah aku kali ini.
“Siapakah gerangannya kamu? Mengapa kamu berada di taman anakanda beta? Anda mahu mengintip anakanda beta?” tuduh raja itu. Aku benar-benar terkejut.
“Ampunkan patik, nama patik Aznil. Patik tidak langsung berniat jahat sebegitu. Sebenarnya patik tersesat. Patik juga tidak mengerti bagaimana patik boleh memasuki istana ini. Ampunkan patik.” Aku berkata menggunakan bahasa istana. Selama ini aku tidak pernah menggunakan bahasa istana dan saat ini aku menggunakannya. Sungguh ajaib.
“Pelik sungguh! Kamu sendiri tidak mengetahui keberadaan kamu. Beta Ratu Carmey dan ini Raja Andrue, suami beta serta pemerintah negara ini.” Katanya memperkenalkan diri.
“Oh, begitu! Ratu Carmey dan Raja Andrue ingin menghukum patik kerana patik telah memasuki kawasan Istana Babylion ini?” tanyaku kerana takut dihukum dengan hukuman yang berat.
“Tidak, kami tidak menghukum seseorang itu jika tidak mempunyai kesalahan. Silakan, masuk ke dalam istana untuk menikmati jamuan. Kebetulan saja hidangan makan tengah hari sudah siap.” Jemput Ratu Carmey. Puteri Klaxonia hanya menguntumkan senyumannya. Indah sungguh senyumannya.
“Inilah istana tempat pemerintahan Negeri Babylion . Negeri yang sering kali direbut oleh pemerintah-pemerintah negeri lain sehinggakan berlakunya peperangan disini. Ketamakan kuasa dan harta telah membuatkan hati mereka buta.” Terang Raja Andrue semasa kami sedang menikmati jamuan beramai-ramai.
“Ketamakan kuasa dan harta? Apa kaitan mereka dalam negeri ini?” tanyaku menginginkan kepastian.
“Mereka adalah antara saudara-saudara kami yang tamak dan telah dibuang dalam negeri ini. Kemangkatan ayahanda beta telah membuatkan mereka menginginkan negeri ini. Dengan semangat rakyat Babylion menentang mereka, kami hidup agak tenang tetapi kemungkinan kami akan diserang lagi. Kami kekurangan tentera kesan daripada perang yang baru sahaja melanda negeri ini. Kami tidak mempunyai strategi perang yang cukup kerana panglima kami yang sangat kami sanjungi sudah terlibat dalam perang itu dan dia mangkat disitu juga.” Terang Raja Andrue. Aku cuba memikirkan strategi yang sesuai untuk menjatuhkan saudara-saudara agar tidak berperang untuk mendapatkan negeri yang kaya itu.
Aku memasang strategi yang bersesuai. Lama kami memasang perangkap itu. Akhirnya, perangkap yang aku rancangkan telah berjaya digunakan. Bangga aku kerana dapat juga menyelesaikan masalah yang sudah lama Negeri Babylion hadapi.
Mereka hidup dengan aman sekali. Tiada peperangan yang berlaku. Akibat kemenangan itu, aku dinikahkan dengan Puteri Klaxonia . Kami berdua sangat bahagia menempuh hari-hari bersama. Tidak lama selepas perkahwinan kami dilangsungkan, kami telah mendapat cahaya mata yang sangat comel. Indahnya hidup berkeluarga. Kehidupan yang aku jalani ini mengingatkan aku tentang Kalsom dan PZP8817 . Masihkah Kalsom berdendam terhadap PZP8817 ?
Banyak cerita yang aku dengar tentang ketidak puas hatian perkahwinan aku dengan Puteri Klaxonia kerana aku ini hanya orang biasa yang entah datang dari mana. Walaupun begitu, aku hanya mendiamkan kata-kata rakyat disitu. Mungkin mereka cemburukan aku. Puteri Klaxonia seorang wanita yang sangat cantik. Tidaklah aku hairan mengapa mereka bertanggapan begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience