BOOMMM!!!! Kedengaran letupan sedang dilancarkan. Apakah yang berlaku diluar sana? Aku keluar untuk melihat apakah yang berlaku diluar sana. Separuh daripada Istana Babylion sudah hancur musnah kerana serangan yang dilancarkan. Klaxonia , mana dia berada? Aku harus mencarinya. Di manakah dia berada? Itu pun dia!
“Klaxonia , mana kamu hendak pergi?” aku bertanyakan dia kerana dia seperti mencari bayang seseorang. Baru aku sedar, anakku Andala.
“Kakandaku, putera kita telah diculik! Tolonglah kakandaku!” Puteri Klaxonia merayu. Aku terus mencari anakku.
“Kau cari siapa?” sapa seseorang.
“Anak aku! Berikan kembali anak aku!” aku cuba merampas kembali anakku ditangan orang itu. Sungguh kejamnya dia, dia mencampakkan anakku ke atas tanah. Bunyi tangisan yang aku dengari sudah hilang dan itu bermakna anakku sudah tiada.
“Kejam! Kau manusia yang kejam!” aku mengkejinya. Puteri Klaxonia berlari ke arah pembunuh itu dan memukul-mukul lengan tangan orang itu. Lelaki itu menarik baju belakang Puteri Klaxonia dan mencampaknya ke atas tanah sama seperti anak aku tadi.
“KLAXONIA !!!” aku menjerit sekuat-kuat hati atas kemangkatannya.
“Aznil, kamu sudah sedar? Baguslah, alhamdulillah!” aku membuka mata dan melihat mak aku berada di tepiku.
“Puteri Klaxonia mana mak? Mana dia? Dia selamat ke?” tanyaku tergesa-gesa.
“Puteri Klaxonia ? Puteri mana pula ni? Kamu ada kat hospital. Hari itu kamu terjatuh semasa ingin ke dapur rumah. Kamu koma selama hampir dua bulan.” Terang mak. Aku benar-benar terkejut. Itu hanyalah mimpi dalam waktu aku sedang koma? Pengembaraan yang sangat-sangat ngeri bagiku. Aku tergelak sendiri kerana tidak menjangka akan berlakunya semua ini dalam diriku.
Pertemuan yang begitu indah bersama Kalsom dan Puteri Klaxonia memberikan pengalaman luar biasa. Belum pernah aku merasakan pengalaman yang sangat menarik dalam diri. Pengalaman ini sangat mengagumkan aku. Aku benar-benar bersyukur kerana aku tidak dihidupkan dalam keadaan berkerabat diraja. Banyak peperangan yang berlaku di antara mereka. Pengalaman perkahwinan aku bersama Puteri Klaxonia membuatkan aku lebih matang untuk menjadi lebih bertanggugjawab.
Share this novel