BAB 1

Fanfiction Completed 251

MAKsudah terpekik-pekik menyuruh aku bangun tetapi badan aku masih belum hendak bangun. Badan aku masih lena dan tidak mahu bergerak walaupun sedikit. Mimpiku masih belum tamat. Mak masih juga terjerit-jerit memanggilku. Walaupun berat untuk bangun, terpaksa aku bangun untuk mendekati mak aku. Apa mahunya pagi-pagi ini? Masih jam satu pagi lagi, aku melihat jam ditanganku. Sejak bila pula aku memakai jam yang sangat menarik sebegini? Warnanya hijau berbentuk ranting-ranting yang dibulatkan. Kaki aku berpijak di tanah yang menghijau dengan rumpun-rumpun yang menebal. Kaki aku tidak merasakan kesakitan walaupun aku terasa aku telah terpijak benda yang agak tajam seperti duri.
Suasana rumah yang aku diami sekarang sangat berbeza. Suasana lebih mewah berbanding rumah yang selama ini usang. Inikah angkara mak membangunkan aku awal sebegini? Cantik sekali suasananya seperti di dalam taman. Sungguh terkejut aku melihat, sehinggakan aku sendiri tidak mengenali diri aku sendiri. Aku terasa terkuntang-kanting dalam bayangan sendiri.
“Mak, Aznil dah bangun. Macam mana mak dapat duit untuk beli rumah macam ni? Cantik sangat. Mak, mak?” aku memanggil mak tetapi tiada langsung wajah mak. Sudah puas aku mencari mak ke merata tempat.
“Siapa awak? Kenapa awak berada di tempat saya? Siapa yang menjemput awak ke mari?” suatu suara serak berkata dibelakangku. Aku memusingkan badan dan melihat kelibat suara berkenaan.
“Aaahhhh!!! Kau siapa? Macam mana kau adadisini? Ni tempat apa?” aku menjerit ketakutan kerana mukanya sangat hodoh dan keadaan yang indah nian tadi lenyap menjadi suasana yang huru-hara.
“Aku, PZP8817 . Aku ketua tempat ini. Mengapa kau berada disini? Jawab! Pengawal, masukkan dia di dalam kotak 10059. Kurung dia!” dia memberi arahan kepada pengawal-pengawalnya dan pengawal-pengawalnya mengheretku. Aku meminta pertolongan serta meraung diminta untuk dilepaskan tetapi aku seperti sia-sia saja. Pengawal-pengawal itu langsung tidak mendengar arahanku. Pengaruh PZP8817 sangat berkuasa sehinggakan jeritan aku langsung tidak dihiraukan. Tidak langsung pengawal itu memandang ke arahku meskipun aku sudah menjerit sekuat-kuat hati.
“Helo! Kenapa kurung saya dalam ni? Ni tempat apa? Hey, dengar tak apa saya cakap?” aku menjerit lagi kerana tidak puas hati dikurung di dalam tempat yang sangat pelik.
“Rugi aja awak jerit-jerit. Tidak ada sesiapa yang akan dengar cakap awak. Mereka semua tu akan ikut arahan PZP8817 dan XR0017 .” Kata seorang perempuan yang cantik sama kedudukan dengan aku, duduk di dalam tempat yang pelik.
“Siapa pula awak ni? Awak pun sama macam dia jugakan?” tuduhku. Aku marah kepada dia, takut dia pun sama seperti mereka.
“Jaga sikit mulut awak tu. Saya ni macam awak. Saya manusia. Nama saya Kalsom . Saya pun terperangkap dalam sini. Dah lama saya berada di dalam tempat ini. Setiap kali mereka lalu, saya akan menjerit untuk dilepaskan tetapi mereka langsung tidak pedulikan saya.” Terangnya marah.
“Maafkan saya. Macam mana caranya untuk keluar dari tempat pelik ni?” aku bertanyakan ruang untuk meloloskan diri. Kalsom hanya tunduk berdiamkan diri. Langkah kakiku semakin dekat dengan dia. Aku inginkan jawapan yang sepatutnya aku tahu bukan detik-detik senyap.
“Awak, cakaplah. Awak pasti tahukan? Tentunya awak dah lama di dalam ini. Tolong, tolong beritahu saya macam mana nak lepaskan diri dari tempat ni?” aku merayu untuk mendapatkan jawapannya.
“Kahwin.” Ringkas jawapannya.
“Kahwin? Tak, tak mungkin! Kalau saya kahwin, kahwin dengan siapa?”
“XR0017 . Kalau awak nak keluar. Saya tak nak keluar. Saya tak akan kahwin dengan PZP8817 kerana dia sangat kejam! Dia kejam! Dia pembunuh!” katanya sambil memukul dada aku dengan kuat mungkin ingin melepaskan geram.
“Hey, hey, kenapa ni? Kenapa awak kata dia kejam? Cuba cerita apa yang berlaku?” aku cuba untuk mengetahui kekejaman yang yang telah dilakukan oleh PZP8817 .
“Dia bunuh kucing saya. Saya sayang sangat akan kucing itu tapi dia bunuh. Dia bunuh dengan kejam. Dia seksa kucing tu baru dia bunuh. Kesian kucing saya. PZP kejam!” esakan tangisannya semakin kuat. Habis lencun baju aku dibanjiri tangisannya.Baru aku sedar bahawa pertama kali aku membiarkan wanita menangis di dadaku. Apa sudah jadi dengan aku? Aku menjarakkan sedikit daripadanya untuk menjaga batas antara muhrim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience