Bab 4
"Wah bestnye hotel ini, kali ini memang betul grand tempat untuk anual pre-graduate kita" kata Lyza.
Tersenyum Amina melihat Lyza. Budak ini tak pernah tak excited.
Mereka berjalan masuk ke dalam hotel tersebut, selepas mendaftar nama, mereka diberikan nombor untuk cabutan bertuah dan beg kecik yang mengandungi cawan yang comel. Lyza dan Amina melilau mencari kawannya dan terpandang Adel melambai tangan. Sambil tersenyum mereka melangkah ke arah Adel.
"Asal korang lambat sangat? " soal Adel yang sedikit becok.
"Ini minah sengal, aku suruh siap cepat dia boleh pulak baca novel " Lyza menunjuk kearah Amina.
"Alaa janji kitaorang sampai gak kan? " Kata Amina malas nak bertengkar.
"Betul gak, eh duduk cepat majlis nak start da ini " Sambil tersenyum Aina berkata. Kerenah temannya sentiasa menjadi hiburan kepadanya.
Ketika Amina ingin duduk, dia terpandang Syazwan yang duduk berhadapan dengan mejanya. Syazwan kelihatan segak memakai tuxedo berwarna hitam itu. Amina terpaku melihat Syazwan, dan cepat-cepat menundukkan kepala untuk mengelakkan dari Syazwan memandangnya.
Majlis bermula dengan lagu-lagu ketuhanan, memandangkan ketika itu kebanyakan pelajar menunaikan solat. Dan acara tersebut bermula pada pukul 8 malam. Pengacara majlis sibuk berceloteh, dan akhirnya pada pukul 8.30 malam, dekan falkuti dan pensyarah berjalan masuk sambil lagu universiti dimainkan.
Selesai dekan falkulti merasmikankan majlis, para pelajar dijemput untuk menjamu selera. Ketika Amina sedang mengambil ayam masak merah di banquet yang disediakan, Syazwan dengan tidak sengaja terlanggar Amina.
"Cik, mintak maaf saya tak sengaja terlanggar" Syazwan memohon maaf.
"Eh, kau, takpe laa nasib baik sempat tangkap pinggan aku " dalam terkejut Amina cuba mengawal emosinya
"Amina aku hampir tak perasan kau, cantik sungguh kau malam ini" pengakuan jujur Syazwan untuk Amina. Sungguh dia terpaku melihat kecantikan Amina yang selama ini tersembunyi disebalik cermin matanya itu.
"Terima kasih, okay la aku da selesai ambik makan, nanty kita sembang lagi" Kata Amina apabila tersedar dia tak patut lama-lama berada disitu.
"Okay" kecewa Syazwan membalas.
*******
"Sekarang tiba la masa untuk kita membuat cabutan bertuah, sila beri perhatian terhadap nombor yang saya akan umumkan " pengacara majlis mempersilakan dekan falkulti untuk mengambil 10 nombor untuk yang bertuah.
10 pelajar yang bertuah untuk sudah diketahui, kini tiba hadiah untuk pemenang pakaian yang mengikut tema elegant.
"Dipersilakan cik Amina Nur Balqis bt Borhan untuk tampil kehadapan" hampir tersedak Amina apabila namanya dipanggil untuk pemenang pakaian mengikut tema bagi wanita.
"Sekarang tiba masa untuk kita mengetahui pakaian mengikut tema bagi lelaki pulak jeng, jeng " dengan penuh suspen pengacara majlis berkata sambil memegang kertas berisi nama pemenang.
"Tahniah bro Muhammad Syazwan Bin Latiff dan dipersilakan ke pentas untuk mengambil hadiah " Syazwan berjalan sambil diperhatikan oleh semua pelajar dalam majlis tersebut.
Selesai cabutan bertuah dan acara pakaian mengikut tema, para pelajar berpeluang untuk mengambil gambar sebagai tanda kenangan.
"Aku hantar kau balik nanti" bisik Syazwan sewaktu mereka berdua mengambil gambar.
"Aku datang dengan Lyza la" Amina cuba untuk membantah.
"Kau suruh Lyza drive sendiri, ada sesuatu aku nak cakap dekat kau" kata Syazwan pulak.
"Kau ini pun, agak-agak la nak suruh budak tu bawak kereta macam mana, lesen pun takde".
"Okay lah, tapi bila aku boleh jumpa kau lagi " Syazwan cuba merayu.
"Esok la dekat tempat biasa, kalau kau lambat aku smackdown kau" kata Amina sambil tunjuk penumbuknya.
"Yes boss " kata Syazwan sambil tersenyum.
Share this novel