Bab 2
"Amina we need to talk" nada keras dari Syazwan mengejutkan Amina dari termenung.
"Ape dia?" Acuh tak acuh Amina menjawab sambil mengemaskan buku yang selerak dihadapanya.
"Kau marah aku ke? Kenapa elakkan diri dari aku? Kenapa tak reply mesej aku? Kenapa kau dingin dengan aku?" Bertubi-tubi Syazwan bertanya kepada Amina dengan sekali nafas jee.
"Wey rilex laa asal banyak sangat soalan kau ini " Amina cuba tenangkan Syazwan.
"Jawab soalan aku, jangan nak cuba ubah topik lain " Syazwan dengan tak sabar ingin tahu jawapan Amina.
" Mana ada aku elakkan diri dari kau, aku ada je dekat sini, dekat tempat kita selalu lepak, lagi satu aku reply mesej kau tapi ada pernah kau reply balik mesej aku? Takde kan?" Sindiran dari Amina menyedarkan Syazwan.
"Amina aku mintak maaf" Syazwan tertunduk malu dengan perangainya yang mengabaikan Amina sejak diri nya bercinta dengan Danisha.
"Tak guna kau mintak maaf, sebab aku da lama maafkan kau, okay la aku nak masuk kelas, nanti Puan Norimah tutup pulak pintu dewan kuliah" Amina berlalu meninggalkan Syazwan sambil mengesat air matanya.
Syazwan termenung memikirkan kata-kata Amina sampai apa yang disampaikan oleh lecture nya langsung tidak masuk dikepalanya. Perangainya diperhatikan oleh Danisha yang berada disebelahnya.
"B kenapa ini? Termenung je? " Danisha pegang tangan Syazwan yang tidak tumpukan perhatian.
"Eh, ada apa sayang? " Syazwan terperanjat dengan tingkah laku Danisha.
"Termenung je, B kita dalam kelas, nanti Mrs Lisa perasaan pulak" Danisha tidak puas hati dengan perangai Syazwan.
Syazwan tersedar dan memberi sepenuh perhatian kepada pengajaran Mrs Lisa. Selesai kelas accounting tersebut, Syazwan melangkah malas menuju ke kereta untuk pulang ke rumah sewanya. Semasa ingin membuka pintu kereta, Syazwan terpandang Danisha bersama seorang lelaki yang amat dikenalinya. 'Sha dengan Adam?' Itu yang bermain di fikirkannya. Dengan perasaan marah Syazwan menuju ke arah mereka berdua.
"Woi kau buat apa dengan awek aku ha?". Syazwan menumbuk muka Adam.
"Awek kau? Wey sedar la sikit yang Danisha ini awek aku la" Adam menjawab dengan angkuh. Ini kerana Danisha terpikat dengannya disebabkan kekayaan dan rupa parasnya. Terlalu mudah untuk dia memikat perempuan dengan aset yang dia miliki .
"Kuang ajar kau, sayang kenapa buat B macam ini?" Syazwan cuba merayu Danisha untuk memberi penjelasan.
"I muak dengan perangai you, setiap masa I ada disamping you tapi you tak pernah hargai i, sudah kita breakup" kata-kata Danisha sambil menarik tangan Adam untuk meninggalkan Syazwan.
Adam tersenyum kemenangan dan puas hati kerana Danisha memilih dirinya daripadanya Syazwan. ' padan muka kau, tak perlu lah aku membalas tumbukan kau sebab Danisha sudah memberi luka yang lagi parah dari tumbukan itu' hati Adam berkata-kata ketika meninggalkan Syazwan.
Syazwan terduduk mendengar perkataan Danisha. Sejak dirinya terasa kehilangan Amina, Danisha secara tidak langsung terkena tempiasnya. Ini kerana dia sibuk mencari dimana silapnya tanpa menghiraukan perasaan Danisha. Mungkin patut dirinya membiarkan Danisha bersama orang lain dan mendapat kebahagian nya.
********
Kini sudah 4 bulan berlalu, Syazwan dan Amina akan menamatkan penggajian mereka tidak lama lagi . Dan selama hari tu Amina tidak pernah berjumpa dengan Syazwan, walaupun mereka di bawah satu fakulti tetapi mereka berlainan course.
"Amina kau pergi tak dinner kita tu? " Lyza dengan penuh teruja bertanya kepada Amina.
"Aku malas la nak pergi, lagipun bukan ada apa pun" jawab Amina sambil mengemas beg untuk dibawa pulang nanti
"Wey penting tau untuk kita, ini kan dinner pre-graduate kita, jom la pergi, semua kawan kita datang tau " Lyza masih lagi mahu cuba memujuk Amina.
"Aku takde dress nak pakai la" acuh tak acuh Amina menjawab.
"Soal baju jangan risau, petang ini gak kita pergi beli baju eh, jap theme elegant right? " Lyza terlalu teruja untuk membeli baju baru.
"Amboi kau excited betul, petang ini nak pergi dengan siapa?" Amina menyoal Lyza.
"Pergi dengan Amad la, okay pukul 3 kita pergi eh " Lyza kenyit mata dekat Amina.
"Gatalnya kau ini, sat g bukan beli baju, tapi pergi dating, aku pulak sorang-sorang nanti " Amina pura-pura merajuk.
"Eh kau ini, aku tak dating laa, jangan risau eh kau tak mungkin sorang-sorang nanti" Lyza cuba memujuk Amina.
"Janji eh? " kata Amina sambil buat muka sedih.
"Betul aku janji" Lyza memeluk sahabatnya.
Amina terlalu lama memedam perasaannya terhadap Syazwan. Sungguh lama dirinya tidak mendengar nama Syazwan di bibir mungil kawannya itu. Lyza tahu setiap malam pasti Amina akan menangis kerana rindukan Syazwan, dia hanya mampu memberi nasihat kepada temannya itu untuk terus bersabar dan menumpukan perhatian terhadap pelajaran mereka yang lagi berapa bulan nak abis. Dan hasilnya mereka berjaya menghabiskan pelajaran mereka tanpa fail, Alhamdulillah .
Share this novel