Bab 3
"Amina tengok dress ini, cantiknya, aku suka laa, okay kejap aku nak cuba pakai" Lyza menuju ke fitting room untuk cuba dress tersebut.
Amina perhati tingkahlaku temannya itu. Dia bersyukur menpunyai sahabat yang memahami dan berpegang pada janji. Amad awal-awal disuruh pulang selepas menghantar mereka ke pusat membeli-belah tersebut. Lyza ingin spend time bersama denganya sebelum mereka membawa haluan masing-masing. Nasib baik Amad memahami dan pulang ke rumah tanpa banyak soal kepada Lyza. Lyza bertuah memiliki Amad. Eh bukan mereka berdua bertuah memiliki antara satu sama lain.
"Ehem, termenung jauh nampak siap senyum lagi kot, ada apa-apa lewat?" Lyza ingin mengetahui ape yang membuat Amina tersenyum.
"Mana ada laa, wah cantiknya kau pakai dress ini. Okay sekarang tolong carikan untuk aku pulak" kata Amina sambil pura-pura memilih baju.
"Wey kau ini suka tukar topik kan? Takpe dekat bilik nanti kita story okay! Jom laa kita cari baju untuk kau" Lyza rancak memilih baju untuk Amina.
Akhirnya mereka selesai membeli-belah baju untuk dinner pada hari sabtu ini. Lyza memilih dress berwarna pink yang mempunyai corak bunga di hadapan bajunya, bersama tudung satin berwarna peach yang akan menyerlahkan keayuannya. Manakala Amina memilih dress lace labuh berwarna hitam yang disulam manik berwarna putih dan bersama tudung satin berwarna gold. Selesai membeli mereka menjamu selera di sebuah restoran, ketika ingin menyuap makanan Amina terpandang sesorang yang amat dirindui nya.
Syazwan. Itu yang keluar dari mulutnya. Lyza memandang pelik dekat Amina dan pusing badan untuk melihat apa yang buat temannya itu terpaku.
"Amina itu Syazwan kan? " soal Lyza inginkan kepastian.
"A'ah" jawab Amina dengan tidak semangat, nafsu makannya tiba-tiba mati.
"Kenapa aku tengok lain je dia ini? " soalan dari Lyza yang pasti buat Amina termenung panjang.
"Entah la, kau da abis makan ke? aku nak balik rumah " Amina melangkah untuk membayar makanan yang dimakan mereka .
"Mintak maaf cik, tapi makanan cik sudah dibayar " kata cashier bernama Aida sambil tersenyum.
"Setahu saya, kami baru abis makan dan nak membayar " kata Amina dengan penuh hairan.
"Oh cik tadi ada seorang pemuda dan kemungkinan kawan cik yang membayar makanan tersebut " Kata Aida sambil tersenyum lagi.
"Okay, terima kasih " Amina membalas dan tersenyum.
Sewaktu mereka menunggu Amad yang dalam perjalanan, Lyza masih tidak puas hati dengan apa yang berlaku. "Siapa yang baik hati sangat belanja kita makan ini"
dikerlingnya Amina yang sedang termenung panjang. Ini mesti Syazwan yang belanja. Bisik hatinya. Bukan dia tidak tahu Syazwan anak orang kaya dan Syazwan mampu untuk membayar makanan yang mereka pesan tanpa berfikir banyak kali.
"Amina kau okay ke?" Tanya Lyza tanpa risau terhadap temannya itu.
"Aku okay je, eh Amad da sampai ke " pura-pura senyum Amina dapat dilihat oleh Lyza
"Belum lagi, dalam 15 minit sampai La Amad" kata Lyza lagi . Mungkin Amina perlukan masa untuk dirinya sendiri. Bisik hati Lyza.
"Ha amad da sampai, jom laa" di cuit Amina untuk bergerak menuju ke kereta pesona milik Amad.
*****
Hari yang ditunggu telah pun tiba. Dengan penuh excited Lyza menggayakan dress berwarna pink bersama tudung satin berwarna peach yang dibelinya itu. Dengan kemahiran memegang berus make up, Lyza menghias mukanya untuk menyerlahkan penampilannya itu. Manakala Amina masih belum bersiap.
"Amina cepat la siap, da pukul berapa ini" kata Lyza sambil melihat jam di dinding biliknya itu.
"Aku rasa macam malas nak pergi la" kata Amina sambil membaca buku novel yang baru dibelinya itu.
"Kau jangan nak mengada, da pergi tukar baju cepat, lepas ini aku nak make up muka kau tu " Lyza membebel melihat Amina tak bergerak-gerak dari katilnya itu.
"Okay la aku siap sekarang " Amina melangkah mengambil dress yang dibelinya itu untuk menukar. Lyza tersenyum melihat Amina sudah mula menukar pakaian.
Selesai make up Amina, mereka bergerak ke kereta Amina dan menuju ke Bangi hotel.
Share this novel