Bab 5
"Okay lagi 5 minit, hamba allah ini tak datang, aku smackdown kau " penuh geram Amina berkata-kata sambil melihat jam tangannya.
"Amina sorry aku lambat, aku bangun lambat " Syazwan mengangkat tangan tanda sorry.
"Banyak kau punya sorry? Aku tunggu bagaikan tunggul kayu, tunggu masa je nak makan orang ini" kemarahan Amina sudah sampai limit.
"Hahaha" tiba-tiba Syazwan ketawa dan Amina pelik dengan perangai Syazwan.
"Kau ini Da gila ke? Dok gelak time aku marah-marah" Amina masih tak puas hati.
"Amina aku rindu kau, rindu nak dengar kau bebel, marah aku, aku rindu" kata Syazwan setelah ketawanya reda.
Amina tertunduk malu mendengar pengakuan Syazwan, tak sangka Syazwan merindui dirinya sepertimana dirinya rindukan Syazwan. Tanpa sedar air mata mengalir ke pipi.
"Eh aku salah cakap ke? Sorry Amina" mengelabah Syazwan setelah melihat air mata Amina.
"Bukan la sengal, aku terharu yang kau rindukan aku" tergelak Amina sambil mengelap air matanya.
"Amina will you be my Wife" tiba-tiba dengan serius Syazwan propose Amina sambil mengeluarkan cincin.
"Tapi kita baru habis belajar " Amina tidak mahu menghampakan harapan orang tuanya jika mereka berkahwin.
" Aku tahu dan sudah fikir semua itu, family aku setuju aku berkahwin dengan kau dengan syarat aku mesti berkerja di syarikat papa " Syazwan menerangkan semuanya kepada Amina.
Mereka akan berkahwin setelah setahun mereka bertunang, sepanjang tempoh itu mereka diberi peluang untuk mengenali antara satu sama lain.
"Tapi hubungan kau dengan Danisha macam mana? " kata Amina sebelum memberi kata putus.
"Kami da lama putus, dia bercinta dengan orang lain. Mungkin salah aku kerana abaikan dia dan patut dia bahagia bersama orang lain" Syazwan menyesali dengan semua perbuatannya dan menyesali kerana mengabaikan Amina.
"Kau masih cintakan Danisha?" Amina masih ingin menyoal Syazwan .
"Orang yang aku cintai adalah kau, walaupun lambat aku cakap tapi aku tekad kali ini, aku takkan lepaskan dan sia-siakan kau lagi " kata-kata Syazwan membuat Amina mengganguk kepala tanda setuju.
"Alhamdullilah " ucap Syazwan sambil tersenyum.
*****
Setelah setahun mereka mengikat tali pertunangan, akhirnya mereka diijabkabulkan dengan sekali lafaz. Amina bersyukur akhirnya doanya dikabulkan oleh Allah S.w.t. dan berjanji akan menjadi isteri solehah kepada Muhammad Syazwan Bin Latif a.k.a suami 'sado' nya.
Share this novel