BAB 1

Horror & Thriller Series 6132

"Ling…sir wengi…sepi durung biso nendro
Kagodho mring wewayang. Angreridhu ati
Kawitane… mung sembrono njur kulino
Ra ngiro. Yen bakal nuwuhke tresno
Nanging duh tibane. Aku dhewe kang nemahi. Nandang bronto
Kadhung loro. Sambat, sambat sopo?
Rino wengi. Sing tak puji ojo lali
Janjine… mugo biso tak ugemi…" 

Suara humming pula kedengaran sambil tangan masih lagi menyisir hujung rambut di hadapan cermin.  

Krek…

Pintu terbuka dengan sendiri pun tidak dia hiraukan.  Dia seakan-akan sudah tenggelam dalam tembang yang dia senandungkan itu.  

Merangkak dalam keadaan tangan berjemari runcing kuku hitamnya di depangkan sejauh mungkin ke depan.  Dan kedua belah kaki terpesongnya mengekori dari belakang.  Rambut ikalnya mencecah lantai dan semakin dekat dengan tubuh perawan berkebaya ketat di meja solek. 

Langsir berkibar-kibar dengan laju akibat tiupan angin juga menjadi semakin kasar.  Atap zink dan nipah tersebak-sebak lalu turut mengeluarkan bunyi.

Perawan jelita itu tetap ralit mendepani cermin antik berkerawang indah dengan kepala patung Jawa di atasnya seakan sedang merenung dan tersenyum padanya.

"Ling…sir wengi…sepi durung biso nendro
Kagodho mring wewayang. Angreridhu ati
Kawitane… mung sembrono njur kulino
Ra ngiro. Yen bakal nuwuhke tresno
Nanging duh tibane. Aku dhewe kang nemahi…"

"Kan ibu sudah kata jangan bersenandung sewaktu menyikat rambut…"  Suara ibu menebarkan lamunan.  Si gadis tersentak dan menatap dirinya serta ibu yang berada di sebelah belakang sambil memandangnya juga. 

Perawan jelita itu meletakkan sikat dan membiarkan si ibu menyanggul rambutnya sambil tersenyum.  

"Sudah siap kan? Mari nak, sudah lama Mbah Dini kamu tu tunggu nak mandikan kamu…" Kata si ibu langsung bergerak ke arah jendela yang daunnya terbuka dan terkatup ditiup bayu malam. 

Setelah tiba daun tingkap ditarik. Namun sewaktu dia menjengah luar entah mengapa terdetik dalam hatinya mahu memandang arah pokok beringin tua di hadapan.  Manakala si pengintip pula menekan dada sambil menarik nafas lega.  

Menarik kembali kain pelekat yang terselepang di bahu lalu menyerkup kepalanya kembali dan merangkak secara perlahan-lahan di laluan bawah kolong rumah untuk pulang.

Namun baru saja dia sampai ke hujung kolong dan mahu keluar dari bawah rumah perawan jelita pujaan hatinya itu, ada sepasang kaki terapung perlahan-lahan turun di hadapan. Laju dia memekup mulut dek terkejut dengan penampakan di depan.

Sementara itu di pintu hadapan luas terbuka. Kelihatan ada dua orang wanita dalam kebaya jarang ketat berkain batik Jawa sedang menuruni anak-anak tangga dengan jamung sudah terpasang oleh sang ibu di lantai bawah.

Dan kini Bu Gendis dengan anak perempuan tunggalnya Darapuspita membuka langkah setelah kedua-duanya turun ke tanah. Melangkah meredah hutan dan juga kegelapan malam.

Dengan mulut Bu Gendis berkumat-kamit membaca serapah pelindung perjalanan kerana kawasan yang ingin mereka pergi itu terbilañg angker. Dan harus melalui juga beberapa hutan atau alas kecil yang juga angker sebelum kedua-duanya sampai di Leuwung Hejo.

Manakala Darapuspita melangkah dengan tenang sambil di temani sesuatu yang sudah dia seru tadi tanpa sengaja. Hanya Bu Gendis yang tahu siapakah Darapuspita dan juga wengsit yang sedang dia pegang.

Durmo itu khas untuk mereka yang mempunyai wengsit dan juga pilihan ratu kuntilanak Mangkujiwo.

Berbalik semula pada pemuda yang masih lagi berada di bawah kolong rumah bagaikan di pukau sahaja. Tanpa sedar dia sudah jauh tersimpang dari jalan untuk pulang ke rumahnya. Dia juga tidak sedar sedang memegang sesuatu.

Ayam hitam yang tidak tahu bagaimana boleh berada di tangan menitis-nitis ke atas tanah merah. Dan juga kakinya yang tidak beralas. Matanya masih lagi putih.

"Letakkan di situ..." Arah satu suara betul-betul di tepi telinga. Dia menunduk lalu ayam hutan berbulu hitam legam itu dia letakkan atas busut sebelum tersedar semula.

"Eh, bagaimana aku boleh berada di sini? Alas ini bukankah angker? Waduh, gawat begini," ujarnya dengan mata meliar ke setiap arah. Lengan yang naik kesemua bulu kuduknya disapu-sapu laju.

"Nggak bisa, kok. Aku harus pergi dari hutan angker ini sebelum aku mati dicekik dedemit hutan tebal ini," sambungnya lagi dengan menelan liur tiada henti kala melihat busut yang penuh dengan segala barang penyemahan juga sesajen.

Paling menakutkan apabila ayam hutan dia bawa tadi tanpa sedar ternaik dengan sendiri. Tanpa berlengah dia terus membuka langkah seribu tanpa mahu berpaling lagi.

Hahahahaha!

Ketawa tanpa tahu dari arah mana lantang bergemaan menyambut kehadiran angin dalam kawasan itu. Lelaki itu terpaksa mengerah kudratnya melawan desakan angin ketika dia melarikan dirinya dari gangguan para dedemit hutan bernama Alas Pati itu.

Memakan masa beberapa jam akhirnya Bu Gendis dan Darapuspita sampai ke Leuwung Hejo. Dari jauh sudah kedengaran bunyi aliran air terjun dan di situlah ritual mandi seri akan di adakan oleh Mbah Dini.

"Lama tunggu Mbah? Maafin kami berdua terlewat sampai kerana ada gangguan di jalanan tadi," ujar Bu Gendis pada Mbah Dini lewat bersalaman. Lalu diikuti Darapuspita.

"Nggak apa-apa aku sudah tahu. Biasalah kawasan sini. Marilah kita mula kan..." Mbah Dini meminta Darapuspita supaya duduk atas batu. Darapuspita tanpa berkain basahan hanya kebaya dia pakai langsung duduk.

Bu Gendis pula akan jadi pembantu dalam upacara Palmanis Paiguk Bulan iaitu upacara mandi di bawah sinaran rembulan penuh di malam rebo wekasan.

Geluk yang diperbuat daripada tanah liat berukuran baldi sederhana besar dipenuhi kuntum-kuntum bunga yang mekar mengharum. Hirisan limau kasturi, sekar dan beberapa lagi herba yang dipercayai sangat mujarab serta elok untuk kesihatan tubuh badan.

"Tanggalkan kebaya mu, nak..." Pinta Mbah Dini pada Darapuspita. Si gadis manis yang sudah pun melepaskan sanggul rambutnya dan membiarkan rambut ikal mayangnya itu dicumbui bayu malam rebo wekasan mengangguk lalu membuka kancing satu per satu.

Sementara itu, Bu Gendis Mbah Dini memintanya agar memasukkan beberapa lagi kuntuman bunga yang dia bawakan tadi. Dan Mbah Dini pula memperasapkan kawasan sekitar dengan asap kemenyan serta jampi-serapahnya.

Setelah kebaya jarang dibuka. Darapuspita meletakkannya di atas batu sedikit jauh agar tidak terkena jirusan air mandiannya nanti. Sebelum meminta Darapuspita untuk duduk di atas batu, Mbah Dini memperasap wajah gadis manis lagi jelita itu sambil melafazkan mantera dalam bahasa kuno.

Mantera untuk naik seri wajah, pengasihan serta lain-lain khasnya untuk anak dara seperti Darapuspita Brahmano cucu dari keturunan Mangkujiwo.

Setelah Darapuspita duduk di hadapannya dengan menghadap arah bulan yang sedang bersinar terang, batok di ceduk dari dalam geluk sambil mulut berkumat-kamit membaca...

" Dhuh dewi rembulan, sowan putumu. Angkat raine ..." Sekali curahan sekali lafaz. Darapuspita tidak dibenarkan melakukan sebarang pergerakan biar air serta bunga-bungaan meluncur sendiri ke dalam air yang mengalir arah barat bagi membuang segala aura hitam.

Beberapa dedemit bergentayangan mengelilingi upacara tradisi tersebut.

Kisah pertama dr tanah seberang...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience