BAB 3

Horror & Thriller Series 6316

JENUH berkalih-kalih posisi baring namun mata dan minda seakan enggan mahu bekerjasama.  Dengan dahi penuh dengan bintilan peluh walau langsir tepi katil berkibar-kibar tanda banyak angin masuk.  

Sebenarnya sukmanya sedang menjelajahi sebuah penempatan yang selama ini dia tidak pernah lewati.  Dan siapakah orang tua yang lengkap dengan blangkon dan hanya berkain batik jawa?

Jenuh menenyeh hidung dek bau-bauan yang sangat menyengat dan menyesak rongga nasal.  Khasnya bau hanyir serta kemenyan.  

"Cermin ini… sama macam bentuk cermin ku…"  Dia berujar sendirian sambil tangan meraba-raba permukaan kerawangnya.  Tiba-tiba telinga dihidangkan pula dengan suara sosek-sosek seperti dengungan dari arah sebuah bilik yang dia nampak dari mula tadi.

Langkah disambungkan semula.  Bau kemenyan semakin kuat.  Laju dia menekup mulut melihat akan isi dalam bilik hadapan. Mata meliar lalu nampak ada papan dan dengan segera dia bergerak ke situ bagi melindungi diri agar tak nampak. 

Menjerit-pekik wanita berambut kusut berpasung kaki bila di jamu dengan makanan yang tiada siapa pun mahu.  Sudahlah tidak bermasak malahan berdarah. 

Dupa kemenyan orang tua berblangkon itu angkat lalu diawang-awangkan pada wanita tersebut.  Darapuspita dapat dengar dengn jelas akan setiap patah perkataan mantera yang terlafaz. 

"Kau keturunan dia… kau pemegang wangsitnya…"  Bisik suara misteri memalingkan wajah Darapuspita ke sebelah tapi sayangnya kosong.  

Darapuspita membalikkan semula wajahnya untuk melihat tindakan seterusnya orang tua berblangkon itu terhadap wanita berperwatakan kusut tersebut.  

"Ambegan daging. Awak kaku ngombak-ombak. Dekorasi nyawa getih humming. Ibu sumpah. Bapak nyembah. Mudhun, ing roh ing lemah. Munggah. Ing sisih tengen, ing roh pengepungan. Ing sisih kiwa, ing roh ngimpi. Nyebut buyut kanthi semangat. Munggah ing awak sing sepi iki. Ayo, tangi lan dadi semangat…" 

Semerta Darapuspita merasa seram-sejuk.  Laju dia menyapu kedua belah lengan.  Meraba-raba belakang leher.  Dan hembusan angin juga makin kuat menerbangkan kertas-kertas  kuning bertulisan sanskrit ke  udara. 

"Ing roh ing lemah. Munggah. Ing sisih tengen, ing roh pengepungan. Ing sisih kiwa, ing roh ngimpi. Nyebut buyut kanthi semangat. Munggah ing awak sing sepi iki. Ayo, tangi lan dadi semangat…" Lafaznya lagi dengan kedua belah tangan mendepang ke atas. 

Lalu seekor ayam hutan berbulu hitam pekat dan kerambit diambil.  Ayam diterbalikkan dengan kepala menghadap bawah. Lelaki tua itu bingkas bangun lalu dengan sekali kelaran kepala ayam terputus  dua dan hamburan darah berlinangan masuk ke dalam mulut perempuan yang sudah putih anak matanya.  

"Dara. Dara, bangun nak…"  

"Darapuspita…"  

"Dara… bangun nak…"  Suara demi suara mengocah pendengaran Darapuspita yang tidak tahu dari arah mana suara tersebut hadir.  

"Dara! Bangun! Kenapa ni?" 

Hahahaha…  Perempuan itu terus mengilai setelah darah ayam hutan diberikan.  Mangkujiwo tersenyum megah sebelum dia merapatkan kedua belah tangannya lalu membongkok menyembah.  

"Aku mahu lebih lagi kekayaan!"  Ujarnya dalam posisi sujud.  Perempuan itu masih lagi dengan hilaiannya.  Darapuspita terus terjaga setelah pandangan menjadi gelap seperti mula-mula dia sampai ke situ tadi.

"Lingsir… wengi. Sepi durung biso nendro
Kagodho mring wewayang. Angreridhu ati. Kawitane. Mung sembrono njur kulino. Ra ngiro. Yen bakal nuwuhke tresno. Nanging duh tibane. Aku dhewe kang nemahi. Nandang bronto Kadhung loro. Sambat, sambat sopo?" 

"Dara. Bangun Dara!"  Bu Gendis berasa resah. Memang anaknya sudah bangun tetapi dia bersenandung tembang durmo yang Bu Gendis amat takuti.  Membuatkan wanita empat puluhan itu semakin liar pandangan.  Takut seandainya dia akan nampak lagi.  

"Rino wengi. Sing tak puji ojo lali. Janjine
Mugo biso tak ugemi. Lingsir wengi. Sepi durung biso nendr. Kagodho mring wewayang. Angreridu ati. Kawitane. Mung sembrono njur kulino. Ra ngiro. Yen bakal nuwuhke tresno…" Lafaz Darapuspita dengan mata yang tertutup.  

Dan pada permukaan cermin antik keturunan Mangkujiwo bagaikan ada bayangan seorang wanita berambut menggerbang dengan tangan tergawang-gawang sambil menyeringai.  

Kedengaran gelak tawa kanak-kanak perempuan.  Bu Gendis sudah tahu apakah ia dan dia enggan melayannya.  Bu Gendis terus berkumat-kamit mulut dengan telapak tangan diletakkan pada ubun-ubun Darapuspita. 

'Berikan kulo masa… kulo tetap akan bagitahu sama anak kulo, Mbah Mangkujiwo.  Berikan kulo sedikit saja lagi masa…'  Niat terpahat sekali dalam keadaan mata yang terpejam rapat.  

"Bu… Ngapain bu?"  Darapuspita menyoal setelah benar-benar terjaga dari alam lenanya.  Soalan itu meluaskan kembali kelopak mata Bu Gendis sambil bersyukur anaknya itu tiada apa-apa.

"Kenapa sama Dara, bu?"  Darapuspita tidak berpuas hati.  Yang dia masih ingat tadinya dia tidur namun agak sukar mahu lena dan dia hanya ingat tentang…

"Bu, bisa nggak Dara tanyakan sesuatu pada ibu? Kok ibu marah?"  Darapuspita menyoal sambil dibelai-belai anak rambutnya oleh tangan Bu Gendis.  Bu Gendis langsung duduk di sebelah dan tersenyum sebelum mengangguk.  

"Gimana mungkin ibu bisa marah kalau Dara belum nanya lagi soalannya?"  Jawab Bu Gendis tetap tersenyum namun ada kegundahan tersembunyi di sebalik senyuman.  

"Dara mimpi bu… Dara mimpi Dara berada di satu tempat bu.  Tapi bu, Dara tidak pernah sampai ke situ lagi kok…"  Sahut Darapuspita berkedutan kening memikir kembali akan momen mimpinya tadi.  

" Dara pergi mana dalam mimpi itu?"  Bu Gendis menyoal lagi. Resah semakin bertandang tatkala mendengarnya. Tempat asing yang tidak pernah dilawati.

"Kawasan itu sangat asing. Bersawang-sawang, berbau macam-macam paling kuat kemenyan dan hanyir darah." Dan patah perkataan yang terluah itu memucatkan sedikit tampang wanita yang bersanggul lintang itu. Lalu spontan dia mengerling ke arah cermin apabila ada bisikan yang memintanya agar memandang ke situ.

"Dara nampak ada perempuan berambut kusut, bajunya sangat kotor bu... kasihan sama dia bu, kakinya terpasung. Dan Dara juga ada nampak seorang lelaki tua dan lelaki tua ini mirip sama enyang bu... Cuma Dara berasa pelik apa enyang buat tempat macam itu dan kenapa dia memuja perempuan itu? Dia..."

"Cukup sayang. Mimpi saja..." Bu Gendis sudah tidak sanggup mahu mendengar lagi kerana dia sudah tahu akan maksud pada mimpi tersebut. Sekali lagi, Bu Gendis mencampak pandangannya pada cermin antik pusaka keturunan mereka itu dari bawah sehingga ke patung dewa mereka.

"Tapi bu, Dara tak rasa itu mimpi..." Sanggah Darapuspita tidak berpuas hati ibunya memotong percakapan sedangkan dia masih mahu bercerita lagi.

"Sudah sayang. Pergi mandi hari pun sudah siang. Ibu mahu ke dapur dahulu," sahut Bu Gendis bingkas bangun. Dia tak mahu anak tunggalnya itu memanjangkan lagi cerita. Bila sudah tiba masanya nanti dia sendiri akan bercerita.

Mantera HANYA REKAAN SAYA

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience