BAB 4

Horror & Thriller Series 6316

TERUNA akhirnya sampai ke satu penempatan.  Dari jauh dia sudah terlihat sebuah warung lalu langkah yang sengaja dia hentikan lewat beberapa minit disambung.  

Beberapa orang yang ada di situ memberi sebuah pandangan pelik padanya.  Mungkin kerana penampilannya tidak seperti orang kebanyakan. Namun tidak pada Teruna yang membezakan mereka cuma budaya dan blangkon.  Ada juga yang tidak memakainya.

Setelah sampai. Teruna terus memasuki ke dalamnya dengan mata meliar ke arah meja lalu dia memilih untuk duduk di tepi tiang buluh.  Teruna tersenyum pada mereka-mereka yang masih ralit merenung. Ada yang membalas tak kurang juga yang berbuat biasa malahan ada saling berbisikan.  

Salah-seorang remaja merupakan budak pelayan menghampiri meja Teruna.  Teruna mengukirkan senyuman begitu juga dengan budak pelayan.  

"Kopi mas?"  Soalnya.  Pada mulanya Teruna berkerut kening pada perkataan mas.  Remaja itu perasan lalu dia tersenyum sambil berkata " Mahu minum kopi? Abang bukan orang sini, yo?" Soalnya lagi ramah. 

Baru sahaja Teruna mahu membuka mulut untuk memberitahu serta menanyakan sesuatu beberapa orang Belanda masuk ke dalam warung tersebut.  Salah-seorang daripada mereka menancap tajam pada kewujudan Teruna di situ. 

"Abang jangan risau mereka itu baik.  Tidak semua jahat.  Hanya Nippon saja yang sangat jahat,"  sahut budak pelayan seraya menujah renungan ke arah Teruna.  Mendengar saja perkataan Nippon terus  menaikkan bulu romanya. 

"Bagi abang kopi serta kuih yang ada…" Jawab Teruna akhirnya lalu meletakkan parangnya atas meja sambil diperhatikan beberapa mata yang sama.  Setelah mengangguk remaja itu kembali ke kaunter untuk  membancuh kopi. 

Mulut bergumam.  Dia  mahu melihat sejauh mana ketajaman  deria lelaki asing itu.  Entah mengapa naluri menyatakan pemuda berambut panjang itu ada sesuatu.  Rakan di sebelah hanya memandang lalu tersenyum tahu benar dengan fiil Mbah Parjo.  

"Siapa mereka ?"  Soal salah-seorang residen Belanda itu masih lagi memandang belakangnya.  Pak tua  yang sibuk menggoreng mee itu sekadar memberi alasan tidak tahu kerana itu kali pertama dia hadir ke warungnya. 

Brecht hanya tersenyum sambil bermain dengan hujung misai melentiknya.  Manakala Boris pula sudah mengambil beberapa kuih-muih yang ada.  Dia menggemari kuih tradisi masyarakat di situ.  

Tidak beberapa minit kemudian…

"Nah, abang. Silakan…"  Pelawa budak pelayan sambil meletakkan piring yang penuh dengan kuih serta cangkir kopi pekat sebelum beredar. 

"Dik, sekejap…"  Teruna memanggil.  Budak pelayan yang tidak sampai beberapa langkah itu berpusing kepala sebelum badan terus mendekati Teruna sambil menyoal kenapa. 

"Di sini ada rumah untuk sewa? Bilik ke?" Soal Teruna.  Budak pelayan yang mendengar merenungnya lama.  Lalu dia tersenyum nasiblah dahulu dia ada kenalan dari negara pemuda tersebut. 

"Kontrakan? Ada saja kok kos-kosan. Harga saja berbeda kok mas…"  Sahutnya laju namun jenuh Teruna cuba memahaminya.

"Waduh bang, ampun… Abang bukan orang sini ya?"  Soalnya menepuk dahi kerana baru teringat.  Teruna akhirnya terpaksa mengangguk namun dalam masa sama berasa resah pula dengan penerimaan penduduk di situ. 

"Di sini sewa kami panggil kontrakan. Kosan rumah sewa.  Abang dari Tanah Melayu? Dahulu saya punyai teman dari sana dan dia ajari saya bahasa sana kerana itulah saya memahami sedikit bahasa abang." 

Teruna mengangguk kala remaja itu akan membawanya ke rumah tersebut setelah dia habis bekerja nanti dan Teruna pula diminta agar duduk saja di warung menanti tamat waktu kerjanya.  

Setelah remaja lelaki itu meninggalkan meja, Teruna terus mencicip air kopi dan mengambil kuih.  Dia memang lapar setelah beberapa hari di tawan tanpa diberi walau secebis lempeng pun.  Mengunyah juga agak gelojoh.  

Brecht dan Boris habis makan lalu bangun setelah membayar.  Namun Brecht tidak jadi mahu melangkah tatkala Darapuspita serta Handono masuk ke dalam. Teruna juga terkesima dengan kejelitaan Darapuspita tanpa mempedulikan kehadiran lelaki di sebelah. 

Residen Kompeni Hindia Timur kedua-duanya saling berbisikan. Brecht pada mulanya ingin menegur langsung tidak jadi apabila ternampak Handono.  Mereka akhirnya melangkah keluar.  Brecht merencanakan sesuatu walau bagaimana pun dia mesti dapatkan Darapuspita.

Teruna cepat-cepat menunduk apabila pasangan itu melalui mejanya.  Kembang-kempis hidung terbau haruman tubuh Darapuspita.  Handono mengangguk pada Teruna kala pemuda berambut panjang itu tanpa sengaja terdongak kerana dia ingatkan mereka sudah menjauh.  

Teruna membalas enggan dianggap sombong kerana dia juga orang berdagang.  "Siapa lelaki itu ya? Nampak gayanya dia sudah punya," ujarnya seperlahan mungkin gusar ada yang mendengar. 

Teruna laju menunduk semula apabila Brecht dan Boris memandang belakang ke arah warung semula sebelum menaiki kenderaan angkut mereka.  

Darapuspita dan Handono mengambil tempat duduk di hadapan kaunter.  Budak pelayan yang sama hadir untuk pertanyaan tempahan. 

"Mau apa mas? Kak Dara?"  Soalnya ramah sebelum disoal mengenai kehadiran Teruna oleh Handono dan Darapuspita terus menghantar renungan ke arah Teruna yang tersedar dia sedang memerhati dan laju berpaling arah luar.  

Darapuspita hanya tersenyum dengan tempahan Handono kerana dia tidak kisah.  Setelah usai mengambil tempahan budak pelayan itu kembali ke dapur.  

"Dara, beberapa hari nanti mungkin kang mas mau ke bandar Surabaya ada hal mau di urusin kok."  Handono terus menarik kekura wanita jelita itu sambil tersenyum bila wajah manis itu sedikit masam.

"Jangan khuatir sayang… kang mas nggak lama di Surabaya.  Mana mungkin mau ninggalan kekasih hati lama-lama," sahut Handono membuatkan wajah penuh resah Darapuspita kembali mekar. 

Dan tanpa pasangan itu sedar, mata Teruna masih lagi tertunak pada mereka sehinggalah Darapuspita berkalih pandang arahnya barulah Teruna menekur meja. Sebenarnya perawan jelita itu sedar sengaja dia perlihatkan dahulu.  

Teruna pula sudah selesai makan dan minum namun dia tidak ke mana-mana memandangkan dia orang baru di situ,  menanti remaja tadi pulang dan bawanya ke rumah sewa yang diperkatakan tadi.  

Mbah Parjo melipat akhbar lalu bangun setelah selesai minum kopinya.  Apa yang berlaku dia juga nampak dan kini dia menapak ke arah meja Teruna.  Bila sudah mendekat sempat lagi mereka bertatap mata sebelum Teruna mengangguk hormat padanya.  

Mbah Parjo juga tersenyum dan meneruskan langkah ke arah gerbang keluar warung.  Teruna tersapu-sapu belakang leher entah mengapa terasa merinding pula.  

'Anak itu pasti akan ketemu sama aku nanti…'  Hati kecil Mbah Parjo berkata sambil tersenyum penuh makna.  Firasat mengatakan anak muda yang kelihatan asing daripada mereka itu seakan ada hati pada cicit Mangkujiwo itu.

Bang!

Kesemua pakat berkalih pandang bila terdengar bunyi das tembakan walau ia jauh namun meresahkan kesemuanya.  Termasuklah Darapuspita yang akan berpisah dengan Handono buat sementara waktu.

'Aku takut kok.  Oh Tuhan kau lindungilah kekasih aku ini…' Getusnya sambil menatap lama wajah kacak Handono.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience