BAB 2

Horror & Thriller Series 6316

DARI jauh pemuda tinggi lampai berkulit hitam manis baru sahaja sampai ke daerah tersebut dengan menumpang perahu kawannya namun kawannya itu ke daerah sebelah.  

Tiada siapa pun dari kampungnya yang tahu dia sudah melarikan diri ke sebuah kawasan asing termasuklah kebudayaan serta kepercayaan.  Dia yang ditangkap oleh pihak Nippon berjaya menerjunkan dirinya ke dalam sungai lalu dalam masa sama ditemui rakannya itu.  Lalu berkelanalah dia sehingga bertapaknya dia di kampung yang terceruk namun indah ini. 

Namun di sini juga tetap ada pihak Nippon selain Belanda.  Dia yang penat berkelana mengambil keputusan untuk berhenti rehat di tepi pokok tersebut tidak menyangka sudah menemui sesuatu.  

Walau agak sukar  dek kegelapan malam, dia sanggup meredah belukar semata-mata mahu melihat dengan lebih dekat serta jelas lagi.  Dia tahu apa yang sedang berlaku itu merupakan ritual turun-temurun namun yang menyebabkan dia semakin ingin mendekat pabila mata sudah terpanah pada wajah jelita itu.  

Dengan susuk tubuhnya yang sekadar berkemban dada.  Rambut ikal yang basah serta keharuman bau-bauannya biar pun terasa meremang setiap kali dia terdengar mantera-mantera yang terlafaz kuat.  

Dia melangkah lagi tanpa ingin memandang bawah.  Apatah lagi, tangannya pula terpaksa menepis-nepis semak-samun serta dahan halus namun agak tajam agar tidak mencederakan kulitnya.  

Krak…

Ketiga-tiga susuk tubuh itu berpaling arah belakang.  Pemuda dari Tanah Melayu itu nasib sudah sudah terduduk di dalam semak sambil meluaskannya.  

Mbah Dini tersenyum kerana  dia sudah tahu. Tidak sampai beberapa minit ketiga-tiga wanita negara nusantara itu menyambung kembali upacara yang memakan sedikit masa saja akan  berakhir.

Dan pemuda yang menghela nafas kelegaan itu tetap berada dalam semak, memandangkan dia tiada destinasi lagi hanya menuruti arah angin dan juga langkah kaki.  

Ralit dia memerhati keadaan mereka bertiga khasnya si dara jelita.  Sesekali dia tersenyum-senyum sendirian sambil mengelap aliran peluh pada dahi.  

Tidak dia  tahu kenapa, bukannya  tiada berangin ada tetapi haba kawasan itu panas sedangkan malam belum merangkak pergi.  Pemuda itu tidak menyedari ada beberapa dedemit di situ dan salah-satunya mempunyai aura panas.  

"Nah, kan makin jelita djang Darapuspita…" Pujian Bu Gendis melebarkan senyuman Mbah Dini dan Darapuspita yang pada ketik tersebut mengenakan kancing kebayanya kembali walau tubuh dan kain masih lagi basah.  

"Mbah, sebentar kok,"  pinta Bu Gendis mencuit lengan wanita tua namun kelihatan awet muda itu agar menjauh dari Darapuspita ada sesuatu Bu Gendis mahu bicarakan.  

Mbah Dini yang baru usai memadam api kemenyan dengan segera mengikuti wanita dalam lingkungan empat puluh an dan terlihat awet muda.  Darapuspita pula mencampak pandangan ke setiap arah.  

Dan pengintip rumah mereka tadi akhirnya sudah berada di sebuah rumah milik rakannya.  Dan dia merupakan penyampai sebarang berita mengenai Darapuspita ke sahabatnya itu.  

"Dia nggak apa-apa kok. Semuanya macam biasa aja cumaan…"  Dia ingin menyambung tetapi khuatir diketawakan oleh Handono juga rakan yang lain.  Sedangkan apa matanya lihat kenyataan.

"Cumaan apo kang?"  Handono menyoal lagi.  

"Argh, nggak ada apa-apa. Mungkin khayalan saja," sahut si rakan lalu mengambil rokok daun dari huluran Handono.  Handono berasa lega keradaan kekasih hatinya itu sihat dan aman sentiasa. 

"Bila lagi mahu disatukan? Dara itu rupawan orangnya… lho jugak tahu ramai lelaki-lelaki desa kita ini, menaruh hati padanya,"  ujarnya seraya memasang api rokok daun.

"Termasuk jugak kang Erwan?"  Handono tiada niat lain sekadar bergurau.  Pun begitu raut wajah Erwan tetap berubah sebelum tersenyum dan menggeleng laju.

Di kawasan air terjun…

"Benaran apa yang kamu nampak?"  Mbah Dini menyoal lagi kerana perkara yang Bu Gendis nyatakan tadi bukan sebarangan dan juga bukan main-main.  

Laju Bu Gendis mengangguk dia yakin matanya tidak silap oleh kerana itulah dia dengan segera masuk dan mematahkan tembang durmo tersebut sebelum apa-apa yang buruk berlaku pada anaknya itu.  

"Sudah tiba masanya kamu beritahu sama anak kamu tu, Gendis…"  Mbah Dini berterus-terang kerana keturunan mereka dan Darapuspita sudah terpilih untuk wangsit tersebut.  

"Tapi Mbah.  Saya takut. Saya khuatir ada perkara tidak diingini akan berlaku pula nanti dan saya nggak mahu Dara kecewa sama saya, Mbah. Lagian dia mahu kahwin…"  

"Kamu seharusnya kena ingat.  Bagaimana Dara bisa bawa tembang itu dengan baik sekali… lagian dia kan keturunan ketujuh Mangkujiwo…" Sahut Mbah Dini. Kenyataan yang menyedarkan semula keresahan dalam hati Bu Gendis.

"Apa kamu mahu sejarah lama berulang? Mahu jadi seperti almarhum suamimu hanya kerana menentang. Kamu mahu kehilangan anak tunggal kamu pula?" Soalan Mbah Dini menguatkan lagi gigitan pada bibir kering Bu Gendis.

"Sebab itulah aku mahu kamu berterus-terang lagian memang sudah sampai masanya kok." Mbah Dini berkata-kata sambil mata memerhati langit khasnya bulan di malam itu.

"Dengan kelahiran anak kamu pada tarikh yang cukup-cukup baik untuk semua ini, Nduk..." Sahut Mbah Dini lagi. Mbah Dini menunduk merenung kaki dan juga tanah tempat dia berpijak dengan perasaan yang berbalah.

"Aku tahu, anak kamu bisa membawanya lagian benda itu juga ada dengannya... Dua-duanya ada baik dan buruknya, Nduk. Jadi... menurut aku biarlah Dara ketahui semuanya agar dia tidak salah bawa nanti. Khasnya tembang durmo ... " Sahut Mbah Dini sambil mata tajam memerhati bayangan sesusuk kuntilanak tua yang seringkali mengikuti Darapuspita.

Susuk itu sedang menggawang-gawangkan tangannya ke muka Darapuspita sambil menyeringai dan air liurnya berjelejehan ke tanah. Bu Gendis tidak nampak dia akan nampak bila ada masanya sahaja.

"Apa Dara bisa lihat tak?" Soal Mbah Dini lagi. Maksud lihat yang dia maksudkan adalah pandangan jauh dan tanpa sebarang hijab.

"Kadang-kadang kok buat masa ini," jawab Bu Gendis dengan jujur. Antara mereka berdua tiada apa yang boleh disembunyikan kerana Mbah Dini akan tahu juga. Deria Mbah Dini tersangat tajam sesuailah dengan tugasannya sebagai perawat di desa itu.

"Kok lambat ibu sama Mbah berbual-bual? Nyamuk sudah banyak menghisap darah aku ini lho..." Omel Darapuspita terkibas-kibas mukanya yang sedang di hurungi nyamuk. Unggas malam juga sudah bernyanyi riang tidak seperti masa upacara di adakan tadi. Sepi sahaja.

"Nduk, mari kita pulang... maafin kami lambat. Ada hal sedikit," ujar Bu Gendis tersenyum pada si dara jelita setelah dia dan Mbah Dini sampai ke kawasan mandi.

"Nah, ini untuk kamu dan hubungan cinta kamu. Biar berjalan dengan lancar," ujar Mbah Dini seraya mengambil sesuatu dari dada kebaya. Dan tangkal berupa gelang hitam itu dia ikatkan di pergelangan tangan Darapuspita yang tersenyum-senyum saat orang tua itu menyebut pasal cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience