3

Romance Completed 4751

Aku berhenti menjawab soalan di dalam kertas yang diberinya.

“ Habit mungkin. Kalau ada buku yang saya suka, saya suka beli copy. Sebab saya suka bau buku baru.”

Manis bangun dan berjalan ke arah rak yang dinyatakannya. Dia mengambil sebuah novel lalu dibeleknya. Dia membaca nama pengarang novel itu.

“ Usa.. Gin? Macam pernah dengar nama dia. Dia pun satu U dengan Encik Joe kan?”

“ Dia kawan saya waktu saya kecil dulu.” Dan seseorang yang aku cinta. Aku merenung lama pada lantai. Mana mungkin aku mengaku dia sebenarnya punca kenapa aku jadi begini.

“ Encik Joe...” aku tidak perasan akan panggilannya.

Saat Gin tidak dapat memiliki orang yang dicintainya kerana cintanya sekadar bertepuk sebelah tangan.

Aku pula mengambil kesempatan di atas kesengsaraannya apabila Gin tidak dapat bersama dengan orang yang dicintainya.

Dia terlampau baik untuk aku. Dia terlalu baik, sampai aku sanggup ambil kesempatan atas kebaikan dia.

Ternyata, kehadiran aku pada ketika itu langsung tidak menolongnya tapi keadaan semakin rumit. Gin mencintai orang lain tanpa orang itu tahu akan perasaannya.

Aku pula sekadar mengemis secebis kasih daripada simpati Gin. Seumpama melukut di tepi gantang. Seperti parasit yang melekat di dalam perut.

.....

Dia kembali hadir dalam mimpiku. Kali ini, aku hanya mampu merenungnya dari jauh. Semakin lama bayang Gin semakin jauh dari kedua dua biji mataku. Sedaya upaya aku cuba cuba mengejarnya.

Semakin aku cuba mendekatinya, semakin jauh dia pergi meninggalkan aku. Bayang - bayangnya semakin pudar.

'Gin!'

.....

"Encik Joe. Bangun, Encik Joe!"

Suara lunak itu mengejutkan aku daripada lena. Pantas aku tersedar, terbuntang mataku melihat dia tiba - tiba berada di tepi katil aku.

"Gin?" Soalnya dengan wajah pelik.

Aku dan Manis berpandangan sesama sendiri. Kali ni alasan apa yang aku patut bagitahu dia? Punyalah lama malam tadi berborak sampai tidak sedar bila aku tidur malam tadi.

“ Gin tu bukan ke kawan Encik Joe waktu kecik dulu?” soalan itu keluar dari mulut Manis, wajahnya penuh dengan tanda tanya. Dia duduk bertentangan dengan aku sambil menongkat dagu di atas meja.

Aku sebut nama dia ke masa tidur tadi? “ Jadi kenapa? Awak nak bagitahu orang lain yang saya ni gay? Bagitahulah, mesti awak jijik dengan saya kan?”

Manis mengeluh panjang. “ Susahlah cakap dengan orang yang lambat pick up macam Encik Joe ni. Bukannya jalan yang bengkang – bengkok tu tak boleh nak diluruskan.”

Manis nampak serabut sebaik bangun tidur. Sekali pandang memang orang akan ingat dia lelaki, dengan stail rambutnya, pakaiannya.

Aku pula tidak faham apa yang hendak disampaikan Manis. “ Saya—“

Bunyi loceng dari luar pintu rumah menghentikan perbualan kami berdua. Segera aku bangun dan menuju ke pintu. Sebaik aku membuka pintu, wajah seseorang yang tidak diingini muncul di hadapan aku.

“ G.. Gin?”

Susuk tubuh Gin yang besar berdiri betul – betul di hadapan aku. Dadaku semakin berdebar. “ Ada pun dekat rumah. Ingatkan dah masuk batu dua.” Ujarnya dengan nada gurauan.

“ Sorrylah, tapi aku masih lagi hidup. Kau nak apa datang rumah aku?” balasku sambil berpeluk tubuh.

“ Tak adalah. Aku dah lama tak jumpa kau dekat office, nak contact kau pun susah. Itu yang aku ingat kau dah merempat sebab thesis kau still tak siap lagi.”

“ Aku bukannya novelis hebat macam kau, ada masa nak main – main, merayau – rayau, lepak sana – sini. Aku ada dua thesis nak kena settle. Kau lainlah, dah jadi orang atas, famos lagi.”

Obviously lah aku mengelak nak jumpa kau semata – mata aku nak lupakan perasaan aku pada kau. Macam mana aku nak lupakan dia bila dia datang rumah aku semata – mata nak tanya pasal aku?

“ Aku seriuslah. Ingat aku tak ambil kisah pasal kawan aku sendiri?” dia mengusap rambut aku. Hati aku semakin tidak keruan. Janganlah buat aku macam ni, GIN!

“ Muka kau pucat, kau okey tak ni? Kau makan tak? Kau kalau ada thesis sekalipun, makan janganlah kau skip. Badan kau pun perlukan tenaga jugak. Macam mana kau nak buat thesis kalau badan kau sendiri tak pandai jaga.”

Tolonglah, Gin. Berhenti. Aku tak boleh. Asal kau baik sangat, Gin? Aku tak boleh, Gin.

“Jangan sentuh.” Laju ayat itu meluncur keluar dari mulut aku.

“Joe?” soalnya pelik. Dia masih lagi memegang kepala aku sambil merenung mata aku lama.
Jangan pandang aku dengan mata kau macam tu. Jangan buat baik dengan aku aku kalau kau tak ada secebis rasa untuk aku. Tolong, jangan panggil nama aku dengan suara itu. Aku tak mampu nak tahan perasaan ni, Gin.

“ Maaflah, tapi...”

Tangan seseorang menutup mata aku dari belakang sehingga aku terdorong ke belakang. Terasa badan aku ditarik ke dalam dakapan seseorang dari belakang. Pada ketika itu, aku tergamam apabila mendengar kata – katanya yang aku sendiri fikir tak masuk dek akal.

“Bermula pada hari ni, dia milik saya ya.”

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience