1

Romance Completed 4751

Sehingga saat ini, aku masih lagi tidak dapat melupakan dirinya. Rakus, ghairah, erangannya yang masih terngiang – ngiang di telingaku. Sehinggalah sebuah nama yang langsung aku patut akuinya, aku bukan yang dibayangi pada masa itu. Hatiku merintih pedih, sakit. Namun, aku hanya membiarkan nafsu terus menguasai diri. Tanpa memikir balasan dosa pahala, aku hanyut dalam dakapannya.

“ Hati – hati!”

Sebuah roket buatan tangan tiba – tiba mendarat betul – betul di antara dua kaki aku. Nasib baik aku tidak kehilangan takhta lelaki aku. aku mendongak memandang sekeliling taman. Siapa pulak yang ganggu masa angan aku ni?

“ Terkena awak ke? sorry..” ujar gadis yang sedang berdiri di hadapan aku.

Ti.. tingginya! Mata aku tidak berkedip memandang seorang gadis tinggi lampai di hadapan aku. Gadis itu lama merenung ke dalam mata aku. Aku tersedar air mata aku bergenang dalam kelopak mata aku, segera aku kesat. Hilang macho aku!

“ Jom.” Tanpa aku sempat berkata apa, gadis tinggi lampai itu terus menarik tangan aku sambil mengambil roketnya. Entah mengapa, aku tidak mampu berbuat apa. Hanya mengikut jejak langkahnya dari belakang tanpa mempersoalkan tindakannya.

Kami berdua tiba di hadapan tiga orang lelaki berusia. Masing – masing sedang duduk di atas sebuah tikar di atas rumput di taman sambil menikmati suasana petang hari. Picnic mungkin?

“ Perkenalkan, ini Uncle Johan. Sebelah kiri ni Uncle Sam. Yang baju kuning ni, Pak Lah. Saya jumpa dia termenung seorang dekat bangku sana. Tu yang saya bawa dia ke mari.”

“ Kamu ni, Manis. Hah, duduklah. Tak yah malu – malu. Manis memang begitu perangai dia.” ujar lelaki yang digelar Uncle Johan.

“ Apa nama kamu? Eh, sebelum tu duduklah dulu.” soal Uncle Sam pula sambil menyuruh aku duduk bersama mereka. Aku hanya menurut katanya. Apa kena dengan aku harini? Patuh betul dengan suruhan orang yang aku tak kenal. Lantaklah.

“ Er, Joe.” Balasku dengan teragak – agak. Awkward siaaa...
Mereka bertiga serentak mengangguk.

“ Oh, Joe. Kamu kerja apa sekarang?” giliran Pak Lah pula bertanya.

“ Tuto, sekarang saya tengah buat thesis untuk Master.”

Pak Lah tiba – tiba menepuk belakang aku, terkejut aku dibuatnya. “ Wah, bagus, bagus! Jarang anak muda lelaki macam kamu sambung sampai peringkat itu. Ni, kad saya. Kalau kamu nak cari kerja, boleh awak contact nombor saya nanti.” Dia menghulurkan sebuah kad nama kepada aku.

“ Hah, saya pun.”

“ Nah.”

Mereka bertiga serentak menghulurkan kad nama masing – masing. Mata aku terbeliak. Semua CEO?! Mana perempuan ni dapat jumpa CEO?! Aku menjeling sekilas gadis tadi yang sedang bermain roket buatan dengan beberapa orang kanak – kanak tidak jauh dari situ.

Uncle Johan memulakan perbualan. “ Manis tu anak yatim, dari kecil dah hidup seorang diri. Disebabkan itu juga, dia tekad nak buat sesuatu untuk teruskan hidup.”

Aku mendongak memandang Uncle Johan dengan perasaan serba salah. Dekat kad nama, Tan Sri Johan Musa. Takkan nak panggil Uncle centu je? “ Mana er, Tan Sri..”

“ Tak payah Tan Sri, Uncle Johan je.” Balasnya seperti tidak kisah dengan gelarannya.

“ Uncle... Johan. Macam mana dia boleh kenal uncle.. semua?”

“ Uncle Johan ni pengetua dekat pusat jagaan anak yatim dia dulu. Dia memang peramah orangnya. Semua orang dia nak tegur. Sampai Uncle pun tak terlayan dia. Tapi Uncle kagum dengan semangat dia. Dia nak ubah kehidupan sejak parents dia dah meninggal. Tak pernah sekalipun dia persoalkan kenapa Tuhan ambik nyawa parents dia. Syukur dia sekarang dapat sambung belajar dekat universiti. Walaupun terpaksa buat tiga jenis kerja part – time.”

Aku sekadar mengangguk mendengar cerita Uncle Johan. Sedikit sebanyak cerita mengenai gadis itu menarik perhatian aku.

.....

“Kenapa saya?”

Gadis yang dipanggil Manis itu masih mengekori aku sejak dari taman sehinggalah aku berjalan pulang ke rumah.

“ Ala, bolehlah. Lagipun due assigment saya lagi seminggu. Saya nak seorang aje lagi respon untuk saya punya kajian. Awak-“

Segera aku memintas ayatnya apabila dia sedari tadi tidak berhenti bercakap. “ Awak tau tak awak cakap dengan siapa?”

“ Sorry, Encik Joee. Bolehlah...” gadis itu membuat muka meraih simpati sambil menggosok – gosok tangannya. Dia terpaksa membongkok supaya paras ketinggian kami sama... apahal perempuan ni tinggi sangat?!

“ Tinggi awak berapa hah? Awak perempuan, mana boleh awak lagi tinggi dari saya!” makin sebal pula hati aku. Sensitif betul aku kalau cakap pasal ketinggian. Eh, bukan kau ke yang mula cakap pasal tinggi, Joe? Diamlah!

“ 175 cm.” 160 cm. Kenapa tinggi sangat minah ni?! Mana keadilan dekat dunia ni?!

Aku tiba di hadapan apartment tempat aku menyewa. Aku tidak sempat menutup pintu, dia sempat menahan dengan kaki. Kuat betullah minah ni!

“ Encik Joe! Kali ni, please. Ni nombor saya. Kalau Encik Joe berubah hati, contact saya tau! Tau!”

Aku mengambil cebisan kertas yang bertulis nombor telefonnya dan gadis itu beralah. Segera aku menutup pintu. Aku menarik nafas lega. Kejap. Kunci!

Aku membuka pintu semula. Kunci yang berada pada tombol sudah hilang! Hampehh! Mesti minah tu dah ambil!

“ Jumpa esok! Bai bai!” gadis itu berteriak dengan nada gembira dari hujung kaki lima aras tempat tinggal aku sambil menayangkan kunci rumah aku. Aku menepuk dahi. Dasar cuai!

Bersambung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience