5 - Akhir

Romance Completed 4751

Tepat sangkaan aku!

“ Encik Joe.”

Belum sempat aku menutup pintu semula, dia menahan menggunakan kakinya. Mulanya muka dia cool je, tak tunjuk rasa sakit. Lama – kelamaan, air mukanya berubah merah. Tak pasal – pasal kakinya sakit sebab tersepit.

“ Awak ni, siapa suruh pergi letak kaki dekat situ. Kan dah sakit! Lagi satu, tak payah nak berlagak macam lelaki sangat! Kalau dah perempuan, jadi perempuan. ”

“ Kalau saya jadi perempuan, saya tak boleh protect Encik Joe...”

“ Siapa lelaki sekarang?”

Dia mengangkat tangan. Ada yang makan sup kaki kejap lagi ni. Aku menggaru kepala aku dengan perasaan geram.

“ Saya nak jumpa Encik Joe lagi.”

Ayat manis itu lagi. Pipi aku terasa panas. “ Bila Encik Joe kata jangan datang ke rumah Encik Joe lagi, saya sakit. Saya sedar apa yang saya buat ni sangatlah mengganggu hidup Encik Joe.

Tapi, kalau pasal Encik Gin, saya tak boleh berdiam diri. Saya tak sanggup tengok Encik Joe hidup terseksa macam ni. Saya takkan putus asa untuk buat hidup Encik Joe ceria semula.”

“ Kenapa saya? Dalam ramai – ramai orang, kenapa saya jugak yang awak jatuh cinta? Awak sendiri tau saya homo...”

“ Sebab awak homo lah, saya akan cuba untuk berubah awak jadi normal semula. Saya akan ubah mindset awak, lelaki homo suatu hari akan jadi normal semula kalau dia sendiri usaha untuk hapuskan perasaan dia.”

“ Saya jijik, awak tau tak?” aku bermain kata dengannya. Tolonglah faham, Manis. Saya tak layak untuk awak.

“ So kenapa kalau Encik Jijik sekalipun, Tuhan terima kalau Encik Joe usaha untuk berubah. Tuhan sentiasa ada. Lagipun tadi Encik Joe ada dekat cafe depan kedai bunga kan? Ingat saya tak nampak?”

“ Ma... mana ada! Awak salah o.. orang!” aku masih lagi tidak mengaku. Tak nak aku terus terang, malu siot!

“ Ah, awak gagap.” Aku pula yang terperangkap.
Tidak lama selepas itu, Manis mendakap aku erat dari belakang. Seolah – olah tidak mahu melepaskan aku dari pelukannya. “ Tak dapat saya nak gambarkan, gembiranya saya waktu tu hanya Tuhan je yang tahu.”

Kenapa aku rasa macam terbalik? Taulah aku ni kecik, rendah daripada dia. Siapa patutnya yang jaga siapa?

“ Saya cintakan Encik Joe.” Semakin laju jantung aku berdegup. Aku menolak lembut pelukan Manis dan membelakangi sambil menutup muka aku dengan sebelah tangan.

Manis membuat muka terkejut. “ Kenapa?”

“ Awak ni direct sangat cakap.” Pipi aku semakin terasa berbahang. Stoplah! Kenapa aku rasa terbalik sekarang ni? Siapa lelaki, siapa perempuan?

“ Hehe, direct sangat ke? Encik Joe tak suka orang yang terus cakap direct ke?”

“ Sebelum tu.” Aku menghadapnya semula dengan membuat riak muka serius. Manis menjongket kening.

“ Boleh tak kalau panggil Jo je. Formal sangat, Encik Joe itu, Encik Joe ini.”

“ Encik Joe jugak yang suruh saya panggil macam tu.”

“ Bila masa pulak?” bila masa pulak aku suruh dia panggil aku Encik Joe? Hah, eloklah. Dua – dua pelupa!

“ Haritu... eh, ada ke?” Manis sendiri berasa was – was.

“ Awak sendiri yang panggil saya Encik Joe. Saya layankan je.”

Manis tergaru sendiri pipinya. Kami ketawa sesama sendiri.

......

“ Kak Mira, besarnya bunga tu! Lawanya... untungnya siapa yang dapat. Nak saya kirimkan ke receiper ke?” Manis asyik merenung bunga yang dipegang oleh pekerja seniornya.

“ Ouh, bunga ni ke? Lawa kan? Tak, tak payah kirim.” Balas Kak Mira.

“ Tak payah kirim? Nanti customer pick up kan kat kedai eh?”

“ Nope! Receiper ada je depan mata akak. Untuk, Si Manis. Daripada, Joe, Taman Angkasapuri. Nah!”

Air muka Manis berubah. Lidahnya kelu tidak mampu mengungkapkan sebarang kata. Biar betul... hatinya seakan tidak percaya. Joe hadiahkan dia bunga? Biar betul?! Dia sedang mimpi ke?

“ Ishh budak ni! Berkhayal pulak, boyfriend bagi bunga ni ambiklah! Oh, dah ada boyfriend tak bagitau akak pun kan? Nakal!”

Manis hanya tersengih. Dia mengambil sejambak bunga ros daripada huluran Kak Mira. Lawanya, puji Manis dalam diam. Hatinya berputih rasa gembira. Dalam garang – garang Joe, romantik jugak dia. Manis tersenyum sendiri.

“ Kak, saya balik awal harini boleh? Esok saya ambil overtime.”

“ Tak apalah. Hah, pergilah. Hati – hati!”

“ Thanks kak! Sayang Kak Mira!”

.......

Manis terus berlari pulang ke rumah sambil membawa sejambak bunga ros. Senyumannya masih terlakar di bibirnya. Langkahnya semakin lama semakin laju menuju ke rumah apartment Joe. Tak sabar dia hendak berjumpa dengan lelaki yang kini sudah bertakhta di hatinya.

Begini ke perasaan orang yang sedang bahagia?

Bila cinta kita dibalas, begini ke rasanya?

Melihat senyuman seseorang yang bahagia apabila kita melakukan sesuatu demi membahagiakan hati seseorang yang kita sayang. Tak dapat aku nak ungkap betapa bahagia aku sekarang.

....

“ Joe! I got your flower! Lawa sangat! Thanks, Joe!”

Tak ada angin, tak ada ribut terus si Manis merempuh pintu rumah. Aku tak semena mena kaget tiba - tiba Manis datang ke rumah. Mendengar suara girang gembiranya, dapat aku agak apa yang hendak dia katakan.

“Baru habis exam. Belum graduate lagi. Baik awak fokus cari kerja tetap pulak lepas ni kalau awak tak nak sambung buat master.”

Aku berpura – pura membaca buku, padahal jantung aku ni dah nak terbang melayang sampai Jepun dia punya rasa gembira yang tidak boleh nak aku bendung.

Aku menyedari Manis berjalan menghampiri aku. Tetapi aku buat buat tidak nampak.

“ Buku Joe terbalik.” Manis menegur.

“ Diamlah.” Aku sedaya upaya mengawal riak muka daripada rasa malu.

Manis terus memeluk aku yang sedang duduk di sofa. “ Thanks, Joe. Kalau saya mati esok pun tak apa sebab harini saya dapat bunga daripada orang yang saya sayang.”

“ Eh budak ni kang.” Kata – kata Manis menusuk terus ke dalam kalbu.

Betullah. Kebahagiaan itu akan datang pada masa yang kita tak jangka.

- Tamat -

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience