2

Romance Completed 4751

Kehangatan tubuhnya masih terasa. Kain panjang itu aku ikat menutupi matanya. Satu persatu pakaian ditanggalnya. Aku duduk berhadapan dengannya. Di dalam gelap ini, aku tidak nampak wajahnya.

Aku ingin melihat wajahnya, aku ingin melihat apa reaksi mukanya. Begitu tinggi keinginan aku. Namun aku tahan.

Aku dengannya mula hanyut dengan nafsu sendiri. Aku semakin terbuai dengan angan aku. biarlah aku menikmatinya walau hanya sekejap. Asalkan aku dapat memilikinya biarpun sesaat. Aku mulai khayal.

‘ Shin...’ rintih Gin. Nama itu lagi. Aku semakin sesak. Namun, aku tidak peduli.

‘ Gin... ah!’

Aduhh! Sakitnya kepala aku. Aku mencelikkan mata. Terhantuk pada lantai saat aku jatuh katil. Mimpi rupanya. Mimpi tu lagi! Aku meraup muka beberapa kali.

Aku duduk bersila sambil termenung sejenak. Sampai bila kau nak ingat pasal dia, Jo? Lupakan dia! Dia dah ada orang lain! Berubahlah, Jo.

Hidungku terhidu bau masakan. Beberapa saat aku menghidu lagi. Perutku berkeroncong. Lantas aku bangun dan menuju ke dapur. Mata aku terus terbeliak.

Gadis itu berpaling apabila terdengar tapak kaki aku melangkah ke dapur. “ Pagi, Encik Joe! Jom, saya masak spagetti untuk sarapan!”

“ Awak buat apa dekat rumah saya-“ perut aku kali ni panjang berkeroncong apabila aku hendak menghalaunya. Niat aku terus terpadam apabila melihat sepinggan spagetti yang dipegang gadis tinggi lampai itu. Aku menelan air liur. Tak guna betul.

Aku melihat jam tangan, baru pukul 8 pagi.
“ Cepatlah sikit siap.”

Gadis itu tersenyum, lantai dia mengambil sudu dan garfu serta cawan dari rak pinggan. Sebaik saja dia mengambil apa yang patut, kami berdua bersarapan di meja makan.

“ Awak...” aku terlupa namanya.

Gadis itu seolah – olah faham akan isyarat aku. “ Panggil saya Manis.”

“ Manis. Apa – apa jelah. Awak sekarang belajar dekat U mana?”

“ UPM, saya ambik kos psikologi. Saya sekarang dah tahun tiga, tengah nak siapkan assigment sebelum grad nanti. So, Encik Joe dah buat keputusan? Kalau boleh, saya nak sangat Encik Joe terima sebab Encik Joe salah seorang orang yang saya perlukan, sesuai untuk respondan assigment saya. Alang – alang Encik Joe ni tuto, boleh tolong ajar saya jugak. Jangan risau, saya akan bayar!”

“ Tak, bukan sebab pasal bayaran. Kejap, apa maksud awak, saya sesuai?” aku tiba – tiba terganggu dengan perkataan yang disebutnya.

“ Encik Joe ada masalah en?” hampir tersembur air nescafe dari mulut aku. segera aku mengawal riak wajah aku. bukan kau seorang je ada masalah, Jo. Jangan terpengaruh!

“ Maaflah tapi saya pun ada thesis yang perlu saya siapkan.” Aku cuba mengelat.

“ Kita sama – sama tolong, sama – sama dapat manfaat, kan?” Manis cuba bermain tarik – tali dengan aku.

“ Carilah orang la-“

Manis pantas memintas ayat aku sebelum aku sempat menghabiskan bicara. “ Alamak, dah nak pukul 8.30. Saya lupa kelas saya start pukul 9. Jumpa petang nanti eh? Saya tunggu!” dia tiba – tiba mengusap rambut aku.

Aku terdiam sejenak. Lidahku terkelu. Lama aku terpaku di kerusi. Sentuhan itu, aku dapat rasakan kehangatan dari tangan mulusnya. Sama seperti Gin.

“ Jumpa nanti! “ Manis terus pecut keluar dari rumah sebaik dia menutup pintu. Aku tersedar. Aku menggigit bibir dengan hati yang sebal.

Kenapa aku jugak? Tak ada orang lain ke dekat dunia ni? Semua orang ada masalah...

Ah. Lama aku memandang pintu rumah sambil teringat akan sesuatu. KUNCI RUMAH AKU!!

.....

Budak ni. Langsung tak ada rasa insecure langsung. Even aku homo pun, aku still lelaki, dia perempuan. Dia boleh lena tidur sambil duduk dekat meja ruang tamu. Haih. Dengan laptop masih terbuka, buku – buku dan kertas berselerak sana sini.

Aku melihat jam pada skrin telefon. Pukul 6.30 petang. Pukul berapa agaknya dia datang tadi. Baik aku pergi mandi dulu. Aku mendapatkan jaket aku yang tergantung di belakang pintu bilik dan menyelimut belakang badan Manis.

“ Hm.. rindu abah...”

Aku tersentak. Ayatnya membuatkan aku terkedu. Aku teringat kata – kata Uncle Samad tempoh hari.

‘ Manis tu anak yatim, dari kecil dah hidup seorang diri. Disebabkan itu juga, dia tekad nak buat sesuatu untuk teruskan hidup.’

Berbanding aku, dah berapa tahun aku tak balik rumah aku. Parents aku dua – dua masih hidup tapi aku sendiri yang menjauhkan diri dari mereka. Hidup aku, belajar aku, semua parents aku yang tanggung. Sekalipun aku tak pernah hargai mereka.

“ Encik Joe? Bila Encik Joe sampai? Sorry, saya tertidur. Tiba – tiba rasa mengantuk.” Manis mengesat matanya beberapa kali. Wajahnya terserlah muka orang baru bangun tidur.

Aku segera menggeleng, tersedar dari lamunan. “ Tak, tak apa. Awak nak minum apa – apa tak?
Mata Manis kembali segar apabila aku offernya sesuatu. “ Teh o ais satu!”

“ Budak ni!” tak pasal – pasal aku menjentik dahinya.

Manis mengaduh sakit. Tajam matanya ke arah aku. “ Apa? Dah Encik Joe tanya, saya jawablah.”

“ Sudahlah, saya nak pergi mandi kejap. Awak buatlah air sendiri. Nanti tolong order pizza, makan malam. Bayar guna duit sendiri.”

“ Kuda betul.” Rungut Manis. Ingat aku tak dengar?!

“ Nak saya tolong awak ke tak?” aku mengugut.

“ Saya belanja, Encik Joe!"

....

“ Encik Joe.”

Aku hanya membalas dengan suara berdehem. Soalan dia bapaklah susah. Mencabar aku betul.

“ Thesis Encik Joe macam mana? Berjalan lancar tak?”

“ Awak buat ajelah assignment awak, nanti awak sambung master lepas ni. Awak tau jelah sendiri nanti.”

“ Saya tabiklah dengan Encik Joe.” Aku terdiam mendengar pujiannya.

Dia menyambung lagi. “ Betullah kata Pak Lah haritu. Bukan semua orang nak sambung sampai peringkat ni. Jaranglah nampak dekat rumah lelaki banyak buku macam dekat rumah Encik Joe. Saya pun cita – cita kalau boleh nak sambung sampai PhD. Barulah orang akan respect dekat orang yang tak ada apa – apa macam saya.”

Manis kembali menaip sesuatu pada keyboard laptopnya.

“ Parents awak meninggal dunia waktu awak umur berapa?” soalan itu terpacul keluar dari mulut aku.

Aku melihat reaksi Manis. Dia seperti tiada apa – apa tindak balas. “ Hmm saya pun dah tak ingat. Maybe dua.. tiga tahun? Katanya waktu tu kami bertiga kemalangan kereta. Saya je yang terselamat sebab arwah ibu sempat peluk saya. Tak perlulah tau cerita pasal saya. Tak ada apa yang istimewa pasal saya. Segan pulak saya.”

Riak wajah aku berubah. Manis sedar akan perubahan muka aku yang suram.

“ Alah, sebab ni saya malas nak cerita. Encik Joe tak payah nak bayangkanlah. Yang penting sekarang ni, Encik Joe lepas ni kenalah jenguk parents Encik Joe. At least, contact pun jadilah.”
Aku mengangguk.

“ Encik Joe, saya nak tanya sikit. Saya perasan ada beberapa buah novel yang sama. Satu novel ada tiga copy dekat rak tu. Kenapa eh? Mesti Encik Joe peminat fanatik dia kan.”

Terdiam terus aku dibuatnya. Aku mati akal.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience