Series
80659
(Imbas kembali)
Haniff Harris memarkirkan keretanya di luar rumah Iqbal. Dia menekan lonceng, dan dia melihat Iqbal yang sedang bertongkat keluar dan reaksi wajahnya seperti yang diagak oleh Haniff, terkejut.
"Tuan... Apa kahbar? Lama tak jumpa. " ramah Iqbal. Anak angkat arwah Dato Mustapha yang di luar negara sudah kembali. Namun, ada perkara yang Iqbal takutkan. Adakah datangnya untuk membela kematian ayah angkatnya.
"Tuan, sila lah masuk." kata Iqbal. Haniff hanya tersenyum, "kau kenapa Iqbal? Kenapa boleh bertongkat?" tanya Haniff. Iqbal tersenyum, "err... biasalah Tuan. Saya terseliuh" kata Iqbal cuba melindungi kes sebenar.
Haniff memandang Iqbal lama, "nak tipu aku pun agak-agak lah Iqbal. Walaupun aku lama dekat luar negara. Kau ingat aku tak tahu apa yang terjadi dekat sini?" soal Haniff.
Iqbal menelan air liur, semoga sahaja Haniff tidak mengetahui semua hal termasuk perihal majikannya, Puan Irsha.
"So.. mana jutawan tu?" tanya Haniff terus menyilangkan kakinya. Iqbal sudah gelabah. "Jutawan mana Tuan? Banyak jutawan dekat Malaysia ni." kata Iqbal, cuba berseloroh.
"Hahahha. Iqbal... Aku dah tahu semualah, siapa nama perempuan tu?" soal Haniff. Iqbal sudah ketakutan.
"Tuan nak buat apa dengan Puan?" soal Iqbal. Haniff tersenyum sinis, "tak buat apa pun, cuma nak berkenalan dengan dia.. kira sepupu angkat lah kut, ke apa.. saudara tidak berdarah.. so, aku tanya lagi sekali siapa nama dia?" soap Haniff.
Iqbal sudah ketakutan, "nama Puan.. Puan Iryna Irsha." kata Iqbal.
Haniff tersenyum lagi, "oh.. Iryna Irsha. Nama dia familiar sangat. Macam isteri Dato Dylan kan. Anyway, aku pun dah lama tak jumpa Dylan. Last sekali kita orang jumpa waktu belajar dekat luar negara. Tak sangka pula dia kahwin dengan saudara tak sedarah aku. Menarik.." kata Haniff.
Iqbal sudah risau, dia harus memberitahu perkara ini dengan Dato Dylan, namun dia tidak tahu.. adakah kedatangan Haniff baik atau sebaliknya.
"Tuan nak buat apa dengan Puan? Tuan jangan main api. Saya yakin Tuan tahu siapa Dato Dylan kan?" soal Iqbal.
"Tak buat apa lah. Nak berkenalan je. Tu pun tak boleh ke?" soal Haniff lalu dia berdiri ingin meninggalkan Iqbal.
"Lagipun, ikut logik Iqbal.. Dia je keluarga yang aku ada sekarang. Jadi, sama ada kedatangan aku ni baik ataupun tidak. Terpulang kepada aku untuk menentukannya. Dah, semoga kau cepat sembuh. Bye" kata Haniff meninggalkan Iqbal.
Iqbal terus menghubungi Ria dan Sham.
*******
Haniff memasuki rumah agam milik Dato Ali atau lebih tepat Dato Mustapha. Yang bagusnya Irsha ini, dia tidak tamak harta. Dia cuma membiarkan rumah ini dikemas oleh orang gaji.
"Tuan Haniff" jerit ketua orang gaji. Mereka semua terkejut kedatangan anak angkat Dato Mustapha ini.
"Ye .. I' m back. Semua sihat ke?" soal Haniff. Semuanya mereka menganggukkan kepala mereka.
Selepas berbincang dengan semua orang gaji, dia terus naik ke atas, ke arah bilik Dato Mustapha. Bilik di mana dia di didik untuk menjadi seperti Dylan.
Haniff merenung gambar Dylan dan Irsha. Lama .. sangat lama
"Cantik juga sepupu tak sedarah aku ni. Boleh tahan taste kau ye Dylan. " kata Haniff.
Dia berfikir dan terus berfikir, "ke ni sebab.. Dylan tak bercinta dengan seorang perempuan pun waktu belajar dekat oversea sebab nak Irsha. Mungkin Irsha budak perempuan yang dalam gambar tu kut. Dia lah ni. Setia.. bagus" kata Haniff, terus ketawa.
"Let's make suprise.. shall we, Dayen Dylan and Iryna Irsha?" soal Haniff merenung gambar itu lagi.
"Anak buah pun comel juga... so, better give them suprise. Uncle Haniff is on the way" kata Haniff.
*****
"Dato dengan Puan bercuti Iqbal. Kenapa ?" soal Sham.
"Aku kena lawat tadi. Oleh anak angkat Dato Mustapha. Kedatangan dia ke sini, aku tak tahu.. baik ke tak..."kata Iqbal.
Sham sudah mulai risau. Lepas satu, satu hal.
"Okay. nanti aku bagitahu dengan Dato" kata Sham.
Share this novel