Bab 18 - Ada Sebab

Romance Series 80659

Ketika itu mereka berada di hospital. Ryna masih menangis di pangkuan Ria. Dia tidak mengerti apa yang terjadi sebenarnya. Minda kecilnya masih belum dapat memproses apa yang berlaku. Namun, tidak bagi Niel. Dia faham kenapa ini terjadi. Dia faham kenapa tindakan itu yang Papa mereka ambil.

"Aunty Ria.. Niel faham kenapa Papa buat macam tu. Sebab, Papa sayang Mama kan? Sayang sangat kan.." kata Niel. Ria mengusap kepala Niel, memang anak majikan mereka ini sedikit genius seperti Papanya.

"Ya Niel. Papa Niel sayang sangat dengan Mama Niel. Sayang sangat..." kata Ria. Menitis sedikit air matanya. Dia mengelap air matanya. Berharap inilah pengakhirannya. Kelihatan Sham mendekati mereka dengan bungkusan makanan di tangannya.

"Ryna, Niel.. mari kita makan dulu ye.. Okay?. Uncle Sham dengan Aunty Ria suapkan." Ryna yang menangis diusap tangisnya oleh Niel.

"Dahlah Ryna, jangan nangis tau.. " kata Niel memujuk. Ryna menganggukkan kepalanya. Sham masih terkejut dengan perlakuan Dato Dylan sebenarnya. Namun, dia yakin Dato Dylan ada sebab kenapa dia buat begitu.
**************
(Imbas kembali)

"Maafkan Abang, Sayang" kata Dylan melepaskan tembakan di bahu kiri Irsha. Dan, Irsha terus rebah.

"Papa... Mama.." jerit kembar. Ria dan Iqbal terkejut dengan perlakuan majikan mereka.
Fuad pula pucat dan akibat terlalu terkejut dia terlepas pisau di tangannya. Dan, di situ Sham bertindak menangkapnya dari arah belakang. Selepas sahaja Fuad dibaringkan di lantai konkrit oleh Sham. Dylan terus berlari ke arah Irsha.

"I am so sorry, Sayang.. So sorry... Call the ambulance now!" jerit Dylan. Pertama kali dia terpaksa melakukan ini. Menembak Irsha kerana inilah yang dipelajarinya dalam latihan yang dia ikuti di luar negara dulu.

"Jika keadaan tegang, dan musuh sudah ingin membunuh mangsa. Cara terakhir ialah menembak mangsa agar musuh menganggap mangsa sebagai beban, supaya musuh tidak mengendahkan lagi mangsa yang dia kira sudah mati. Namun, harus mengetahui.. anggota badan mana yang selamat ditembak, yang jauh daripada jantung dan organ penting mangsa" kata jurulatih penembak tepatnya dahulu.
***********
(Kini)

Dylan masih memegang tangan Irsha. Seakan tidak mahu melepaskannya. Berharap agar bila Irsha membuka mata, banyak yang dia ingin bincangkan terutama sekali tindakan Irsha yang membelakangkan dia.

"Sayang anggaplah apa yang terjadi sebagai pengajaran, jangan belakangkan Abang kalaupun Sayang nak tunjuk berani sangat. " kata Dylan. Dia sebenarnya masih kesal. Jika Irsha tidak bertindak melulu, perkara ini tidak akan terjadi.

Sham masuk ke dalam bilik. "Dato... " kata Sham. Dylan memandang dengan wajah yang sayu.

"Kembar macam mana? Dah makan?" soal Dylan. Sham menganggukkan kepalanya sambil berkata, "Dah Dato. Mereka dengan Ria sekarang. Mungkin, lepas ni saya akan bawa mereka pulang untuk mandi dan salin pakaian Dato. Nanti kami akan ke sinj kembali" kata Sham.

Dylan hanya diam, "Iqbal okay?" soal Dylan.

"Iqbal okay Dato, dah sedar dah.. Dan, kami nak minta maaf dengan Dato. " kata Sham menundukkan kepalanya. Dylan mendengus.

"Aku dah maafkan pun korang. Sebab, bila aku fikir balik. Ini bukan salah korang pun. Korang pun ikut arahan seseorang. " kata Dylan. Dia memandang Irsha.

Ya, dia sebenarnya yang akan berbincang dengan Irsha selepas ini. Kenapa Irsha sampai terfikir untuk membuat perkara ini sendiri.

"Sham. nanti balik, kau jelaskan dengan kembar... Papa mereka ada sebab kenapa Papa mereka terpaksa tembak Mama " kata Dylan. Dia takut kembar itu salah faham. Bukan bermakna dia tidak menyayangi Irsha. Dia sayang sangat. Terpaksa dia melakukan begitu.

Sham tersenyum, "jangan risau Dato. Saya rasa Niel dah faham kenapa Dato buat macam tu. Cuma, Ryna jelah lagi nak bagi dia faham" kata Sham.

Dylan turut tersenyum, "Niel tu macam aku kan waktu aku kecil.." kata Dylan, tangannya masih belum melepaskan tangan Irsha yang belum sedar.

"Ya Dylan. Macam kau.. Atau lebih tepat, macam Atuk dia, kalau Atuk dia masih hidup.. Mesti dia bangga dapat cucu sebiji dengan perangai Atuk dia. " kata Sham.

Dylan tersenyum lantas mencapai tangan Irsha dan mengucup perlahan. Sham tersenyum melihat majikannya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience