Series
80659
"Lambat nya Uncle Joe ni. Ryna dahaga lah Abang.. Jom, kita beli aiskrim dekat sana nak?" Soal Ryna.
Niel tidak sampai hati melihat adiknya yang dahaga itu, Niel terus memimpin tangan adiknya tu supaya mereka dapat melintasi jalan dan membeli aiskrim.
Setelah mereka sudah membeli, mereka makan di stesen bas sementara menunggu Uncle Joe ambil mereka.
"Abang Niel.. Ryna nak tanya.. Kalau Ryna sakit, Abang Niel akan nangis ke?" Soal Ryna.
Hati Niel sudah risau oleh pertanyaan adiknya. "Ryna.. Jangan sakit" tu sahaja yang diluahkan oleh Abangnya.
"Okay.. Ryna janji tak akan sakit. Nanti Abang Niel risau. " Kata Ryna masih menikmati aiskrim yang baharu sahaja dibelinya.
"Ahhh.. Tu Abang, kereta Uncle Joe" kata Ryna. Seperti biasa, Niel akan memimpin tangan adiknya, seakan tidak mahu dia lepaskan.
"Sorry Ryna, Niel. Uncle lambat. Kereta rosak sikit" kata Joe.
"Takpe Uncle. " Kata Ryna, dan mulutnya mulai becok lagi menceritakan apa yang terjadi di sekola hari ini.
******
" Sham, bila nak lamar Ria. Ni Irsha semalam ada bercerita dengan saya, pasal korang. Bila nak pergi lamar dia.."kata Dylan.
"Err... Dato, kami ni sama je dengan Ria, Dato. Masih sayangkan Dato dan Puan. " Kata Sham.
"Khawin lah Sham. Jangan risau pasal aku. Aku tahulah jaga diri. Korang tu, selesaikan dulu" kata Dylan.
"Baik Dato. Ni Dato tak bercuti dengan Puan ke ?" Soal Sham.
"Belum lagi Sham. Kata Irsha, selesaikan dulu kerja mereka, sibuk sekarang ni syarikat mereka. Syukur lah" kata Dylan.
"Bagus lah tu Dato. Owh ye, betul ke Dato nak beli saham syarikat dekat Australia?" Soal Sham.
Dylan menganggukkan kepalanya.
"Tapi, saya nak kena tengok dulu lah macam mana. Masih dalam perancangan" kata Dylan.
*******
Ryna ketika itu sedang berenang di dalam kolam yang cetek dan Niel berada di tepi kolam. Lagaknya seperti pegawal keselamatan padahal mereka juga diperhatikan oleh Uncle Joe.
"Niel tak pergi berenang?" Soal Joe. Memang anak majikannya yang seorang ini pendiam. Namun, dari pendiamnya , dia sering memerhatikan adiknya.
"Tak nak lah Uncle. Niel nak jaga Ryna" kata Niel. Joe sebenarnya kagum dengan sikap Niel yang dilihatnya sedikit matang berbanding umurnya yang baru menginjak pra-sekolah.
Berkat daripada ajaran Dato dan Puan. Anaknya yang satu ini memang sikapnya melindungi adiknya.
"Niel sayang Ryna?" Kata Joe. Niel menganggukkan kepalanya.
"Kalau lah satu hari nanti Niel kena berpisah dengan Ryna, macam mana?" Soal Niel.
Niel sudah mengelengkan kepalanya. Dia tidak mahu, belum sanggup dia berpisah dengan kembarnya.
"Okaylah. Dah, jangan fikir sangat. Uncle gurau je.. okay?" Kata Joe.
Niel sudah tersenyum sedikit. Betul-betul macam muka majikannya apabila dia tersenyum.
"Niel nak jadi apa bila besar nanti?" soal Joe.
"Niel ingat nak jadi macam Papa" kata Niel. Joe tersenyum, memang kelak dialah yang akan mewarisi kekayaan keluarga ini.
"Ryna tu nak jadi apa, Niel ada tanya dia?" soal Joe kepada Niel. Niel sudah tersenyum, "Ryna cakap... dia nak jadi macam Mama, pandai masak, pandai tanam bunga, pandai segalanya lah" kata Niel.
"Yelah. Niel sebagai Abang, nanti bila dah besar, kena selalu lindungi dia ye.. boleh kan?" kata Joe.
"Boleh Uncle" kata Niel.
"Niel dah ada kawan dekat pra sekolah?" soal Joe. Niel tersenyum, "ada satu budak perempuan yang sudi jadi kawannya, iaitu kawan Ryna, Nisha.. "
"Nisha.. nama dia Nisha " kata Niel.
Share this novel