Bab 45- Sebuah Majlis Seribu Kenangan

Romance Series 80659

Irsha mengemaskan tali leher yang diikat reben di leher suaminya. Malam ni seperti biasa mereka akan memakai baju royal blue yang ditempah khas daripada butik Katrina.

"Cantik Irsha macam di hari pertama Abang jumpa Irsha." Kata Dylan sambil mengusap pipj isterinya.

"Yang waktu bila, waktu Irsha kecil ke, waktu Irsha kerja dekat kedia bunga?" Soal Irsha.

Dylah sudah terketawa, "waktu Irsha jadi isteri Abang, dan Irsha pertama kalinya jumpa Abang di meja makan selepas bergelar isteri Abang. Iryna Irsha yang Abang tunggu dari Abang kecil sampailah Abang dewasa. Hanya seorang perempuan yang Abang tunggu iaitu, Iryna Irsha" bisik Dylan kepada isterinya.
***

Katrina masih melihat dirinya di cermin. Ya, dia pergi ke majlis pada malam ni setelah dia bertemu dengan Ria dan Sham di butik pagi tadi.

Jika dahulu, dia berjumpa dengan mereka berdua sewaktu dia masih jahat, tapi kini segalanya sudah berubah. Mereka menganggap dia sebagai kawan dan bukannya seperti dahulu.

"Kalau Haniff dah mencintai awak dan menerima awak, apa lagi yang awak nak Katrina, kita perempuan.. perlukan seorang peneman untuk sentiasa berada bersama kita.. dan awak punya dah ada depan mata. Apa lagi awak nak tunggu Katrina?" Soal Ria.

Katrina masih memikirkan kata-kata Ria. Menerima orang yang akan menerima dirinya.

Kedengaran telefon Katrina berbunyi, dia mengangkatnya , "ye.. saya dah siap. Tunggu ye" kata Katrina menandakan Haniff sudah menunggunya di luar rumah.

"Apa lagi kau nak Katrina? Belum tentu ada lelaki menerima kau sepertimana dia.. " bisik Katrina.

Katrina keluar dan melihat Haniff sedang menyandar di sisi kereta. Sambil tangannya disuakan kepada Katrina.

"You look so beautiful tonight, Katrina" bisik Haniff. Katrina sudah menyerahkan tangannya untuk digengam oleh Haniff. Terserlah senyuman kemenangan Haniff, dia tahu dia sudah memiliki gadis ini.
***

Majlis dihadiri oleh semua kenalan dan para VVIP yang telah dijemput oleh Dylan. Dan, tidak dilupa Fuad, rakan mereka sejak kecil.

"Siapakah gadis bertuah ini?" Soal Irsha kepada Fuad. Fuad sudah tersenyum, "Bakal isteri aku.." kata Fuad. Irsha dan Dylan sudah tersenyum. Akhirnya mereka semua sudah menemui pasangan masing-masing.

"Ryna.. terima kasih sebab masih terima aku bekerja dekat syarikat kau balik" kata Fuad. Dia telah dimaklumkan mengenai khidmatnya yang masih diperlukan oleh syarikat Irsha.

"Bukan saya yang patut awak terima kasih, berterima kasihlah dengan Abang Haniff, dia kata dia nak tebus balik kesilapan dia dahulu." Senyum Irsha.

"Sekali lagi, terima kasih Ryna" kata Fuad.
***
Haniff sudah sampai diikuti dengan mengenggam tangan Katrina. Dylan dan Irsha sudah tersenyum, dia tahu misi mereka menyatukan dua insan ini sudah berjaya.

"Hai Aunty Kat. Cantiknya Aunty, macam Princess, Uncle pula macam Prince.." kata mulut becok Ryna. Katrina sudah tersenyum, "terima kasih sayang. Nanti bila Aunty kahwin dengan Uncle, kita buat tema Prince dan Princess ye" kata Katrina.

Terdengar sahaja Haniff akan kata-kata Katrina, dia sudah terkejut, "betul ke awak nak khawin dengan saya?" Soal Haniff sekali lagi.

"Eh.. taklah, saya gurau jelah" menutup rasa malu akibat terlepas cakap. Haniff berbisik ke telinga Katrina, "and i gonna make sure that our wedding theme is prince and princess" bisik Haniff.

Katrina sudah termalu, "betul ni? Baik.. saya cabar awak. Pastikan tema kita prince and princess" kata Katrina. Haniff sudah meloncat kegembiraan. Dia tahu, perkara ini membawa maksud yang tersirat. Dia akan berkahwin dengan Katrina. Tidak sabar rasanya untuk bersama dengan gadis di hadapannya ini.

"Nasib orang ramai Katrina, kalau tak.. dah lama saya peluk awak.. hujung bulan ni ye. Kita bercinta lepas khawin. Saya akan pastikan awaklah perempuan bertuah memiliki saya" kata Haniff, wajahnya sangat ceria malam ini. Sambil menggengam tangan Katrina di bawah meja.

Pengacara majlis sudah menjemput Irsha untuk naik ke pentas. Mata suaminya asyik meleret ke arahnya. Entah kenapa terbayang kembali saat dia menari dengan Irsha ketika Irsha masih bergelar seorang pelajar di kolej miliknya dahulu.

Setelah beberapa lama Irsha bercakap, dia ada sedikit pengumuman yang akan dibuat, "saya Iryna Irsha dengan ini menarik diri daripada syarikat saya dan menyerahkan syarikat saya kepada Abang Haniff untuk menerajui syarikat milik Dato Ali. Beliau akan dibantu oleh Fuad dan Iqbal. Sekian, terima kasih" kata Irsha.

Haniff terus mendapatkan Irsha, "terima kasih kerana percayakan Abang Haniff, Irsha.. Abang tak akan sia-siakan kesempatan ini. Terima kasih Irsha, atas segalanya. Dan, boleh tolong Abang satu perkara tak?" Pinta Haniff.

"Apa tu?" Soal Irsha. Dan Haniff sudah mulai berbisik kepada Irsha. Irsha sudah menayangkan senyumannya. Dia gembira dengan kahbar ini.

"Jangan risau. Nanti Irsha dengan Abang tolong Abang Haniff ye" kata Irsha.

"Ehemm.. boleh pinjam isteri aku sekijap?" Kata Dylan. Haniff sudah terketawa. "Sorry.. pinjam isteri kau. Ada benda nak bagitahu tadi. Nahh, ambil lah.." kata Haniff meninggalkan pasangan ini.

"Irsha, jom menari..." Kata Dylan sambil menyerahkan tangannya untuk dicapai oleh Irsha. Irsha sudah tersenyum. Terpasang lagu Ed Sheeran-Perfect, lagu ketika dia kali pertama menari dengan suaminya di kolej milik Dylan dahulu. Dan, mereka masih mengingati langkah tari mereka dahulu.

"Abang Niel, look... Mama dengan Papa macam Prince dengan Princess kan?" Soal Ryna. Niel hanya menganggukkan kepalanya. Tersenyum mereka melihat kedua ibu bapa mereka menari.

"Merekalah kesayangan kita kan Ria... " Kata Sham kepada Ria. Dan Ria juga turut tersenyum. " Tuan Dylan dan Puan Irsha... Kedua-duanya kesayangan kita Abang. " Kata Ria.

Fuad dan Layla hanya tersenyum melihat mereka berdua, "harap kita nanti macam tu.. boleh?" Soal Layla. "Boleh... Insha Allah" kata Fuad.

Manakala Iqbal gembira melihat majikannya dan kembar.. "Kak Adriana, kalau Kakak masih hidup, mesti Kakak akan gembira tengok semua ini. Dan, jangan risau.. seperti yang Kakak pernah pesan dengan Iqbal. Kembar akan sentiasa Iqbal jaga. Walau apapun yang berlaku..." Bisik Iqbal dalam hatinya.

Irsha tersenyum melihat Dylan.. "I love you, Ontel.." bisik Irsha. Dylan sudah tersenyum, " and I always love you, Iryna Irsha .." kata Dylan.

"Abang... Boleh tolong Irsha tak?" Pinta Irsha... "Apa tu sayang?" Soal Dylan.

Dan, Irsha memeberitahu semuanya kepada suaminya ..

Dua Chapter lagi.. dan, kita akan beralih ke Novelis, I am In Love With You pula ye ;-)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience