Bab 1

Romance Completed 1259626

"SOFIE DARLIA, tunggu!" panggil seseorang daripada belakang sewaktu gadis itu sedang melangkah pergi meninggalkan mahkamah syariah selepas urusan perceraiannya selesai.

Sofie terus menghentikan langkahnya apabila mendengar namanya dipanggil.Kelihatan bekas suaminya sedang berlari anak anak menghampiri dirinya.

"Ya abang?" balas Sofie setelah lelaki itu berdiri di hadapannya.

"Lepas ni,Fie duduk sahaja dirumah tu.Abang sudah tukar nama rumah tu ke atas nama Sofie sebagai pampasan tas perceraian kita," kata lelaki itu dengan tenang.


Sofie hanya sekadar memberikan senyuman hambar kepada bekas suaminya yang baru sahaja melafazkan talak ke atas dirinya sebentar tadi.Dia tidak menyangka selama enam bulan usia perkahwinan mereka, tiada secebis pun perasaan yang terbit didalam hati lelaki itu buat dirinya.

"Tapi...Abang nak duduk di mana selepas ni?" soal Sofie bernada kerisauan.

"Jangan risau.Abang akan duduk di apartment yang baru sahaja abang beli.Tak apa lah abang pergi dahulu.Izzamel hantar dia balik dengan selamat," jawab lelaki itu sebelum melangkah pergi.

Izzamel hanya sekadar mengangguk faham.

"Abang," panggil Sofie sewaktu lelaki itu baru membuka langkah.Lelaki itu hanya sekadar memberhentikan langkah.


"Terima kasih sebab terima saya menjadi isteri abang walaupun hanya sekejap sahaja.Halalkan makan dan minum saya selama menjadi isteri abang," ujar Sofie sambil sedaya upaya menahan kelopak matanya daripada mengeluarkan air mata.

Lelaki dihadapan matanya itu hanya tersenyum.

"Sama sama," balas lelaki itu sebelum melangkah pergi.

"Fie ada nak pergi mana mana tak?" soal Izzamel sewaktu mereka sudah berada di dalam kereta.

Sofie hanya sekadar menggelengkan kepala.Saat itu sudah tiada apa yang mahu difikirkan lagi.

"Abang hantar Fie terus ke alamat yang Fie bagi tu sahaja," balas Sofie malas.

Izzamel hanya mengangguk faham dan terus memandu tanpa bersuara lagi.Sekali sekala bekas kakak iparnya disebelah itu dijeling melalui ekor mata.

"Fie tak nak pulang ke rumah mama dan papa?" soal Izzamel bagi memecahkan tembok kesunyian diantara mereka berdua.

"Tak apa lah bang.Mereka berdua tidak tahu lagi kan pasal apa yang terjadi ni.Fie tak nak mereka berdua risaukan Fie," tolak Sofie dengan cara baik.

....................

KERETA yang dipandu oleh Izzamel terus diberhentikan setelah mereka berdua samoai ke alamat yabg diberikan oekh Sofie sewaktu di dalam kereta.

Kelihatan seorang gadis yang tidak bertudung sudah menunggu disebalik pagar rumah.Tanpa berlengah lagi, Sofie terus menerpa ke arah gadis itu.

"Abang kenalkan ni kawan baik Sofie, Andra dan Andra ni abang Izzamel, bekas adik ipar aku merangkap abang angkat aku, " kata Sofie apabila melihat wajah Izzamel seakan akan tidak mengerti apa yang berlaku.

Andra hanya tersenyum saat diperkenalkan kepada Izzamel.Izzamel pula hanya sekadar mengangguk dan tersenyum.

"Tidak mengapalah kalau macam tu.Abang balik dulu dan Fie kalau ada apa apa tolong call abang," kata Izzamel sebelum melangkah pergi meninggalkan dua orang gadis itu.

"Babe, engkau okey tak ni?Macam mana dengan urusan kau di mahkamah tadi?" soal Andra prihatin sewaktu mereka berdua sudah berada di dalam rumah.

Sofie hanya tersenyum hambar.Andra yang perasan perubahan di wajah sahabatnya itu sepantas kilat menarik tubuh Sofie ke dalam dakapannya.Tanpa berfikir panjang, Sofie terus menghamburkan tangisannya di dalam oelukan sahabat baiknya Andra.

"It's okay Fie.Aku tahu engkau kuat.Jangan risau aku akan sentiasa ada untuk menyokong kau," pujuk Andra.

"Aku sayang dia Andra.Aku sayang sangat dekat dia.Tapi kenapa dia ceraikan aku?Memang sejak kecil, aku ni tidak layak untuk merasai kebahagiaan ke?Aku baru sahaja berumur sembilan belas tahun Andra.Tapi aku sudah perlu memegang gelaran ni.Apa uang orang luar akan kata dan fikir tentang aku?" luah Sofie di dalam tangisannya.

"Aku faham dan aku tahu yang kau sayangkan bekas suami kau.Tapi, mungkin memang jodoh kau dengan dia tak panjang.Jangan risau, kalau betul dia jodoh engkau pasti Tuhan sudah aturkan jalan cerita yabg terbaik untuk engkau dan dia tapi masanya sahaja belum sampai," pujuk Andra lagi.

Andra sememangnya tahu tentang perasaan yang dipendam oleh sahabatnya itu sejak mereka berusia lima belas tahun dan waktu itu bekas suami Sofie sudah berusia dua puluh tahun.Dan perkahwinan di antara mereka berdua juga berlaku kerana arahan daripada kedua orangtua lelaki itu.

Sofie terus melepaskan pelukannya.Air mata yang mengalir terus ditepis menggunakan kedua telapak tangannya.

"Andra, engkau dah belikan apa yang aku suruh?" soal Sofie tiba tiba.

Andra hanya mengangguk.Kotak bersaiz sederhana kecil itu dihulurkan.

"Ini telefon baru untuk kau.Simcard semua sudah ada di dalam tu tapi Fie...Aku ada soalan untuk kau," ujar Andra setelah berfikir panjang.

"Apa dia?" soal Sofie sambil membelek telefon baharunya.

"Engkau betul nak ikut aku?Engkau tak nak jumpa family angkat kau ke sebelum kita gerak ke sana?" soal Andra serba salah.

Sofie terus menggelengkan kepala.

"Aku tak nak.Kalau aku ke sana pasti aku akan melihat wajah mama yang akan sedih bila tahu aku dan dia sudah bercerai.Aku tak nak tengok mama sedih sebab itu akan buatkan aku rasa serba salah untuk meninggalkan mereka berdua yang sudah menjaga aku.Lagi satu, aku nak buktikan kepada mereka semua yang aku boleh berjaya tanpa bantuan daripada mereka," balas Sofie penuh tekad.

Andra hanya sekadar mengangguk.Tidak pernah dia melihat kawan baiknya setekad itu.Aku percaya kau boleh, kata Andra di dalam hati.

"Esok flight pukul berapa?" soal Sofie ingin tahu.

" Aku ambil tiket yang paling awal sekali.So dalam pukul tujuh setengah pagi kita sudah perlu gerak ke KLIA," jawab Andra lagi.

"Sudah la tu.Engkau pergilah berehat mesti engkau penatkan?Esok dah kena bangun awal," tambah Andra lagi.

....................

"IZZAMER mana isteri kamu?" soal Datin Suraya apbila melihat anak sulungnya itu masuk ke rumah tanpa ditemani menantu kesayangannnya.

Anak lelakinya itu hanya sekadar mengunci mulut tanpa ingin berkata apa apa.Beberapa minit kemudian kedenagran pintu utama rumah itu dibuka dari luar dan kelihatan Izzamel yang berada di muka pintu itu.

"Kau dah hantar dia?" soal Izzamer kepada adiknya.

Izzamel yang tidak tahu aoa yang berlaku hnaya sekadar mengangguk.

"Hantar siapa?Amer?Izz?" soal Datin Suraya pula ingin tahu.

"Amer minta maaf ma.Tapi Amer nak naik dahulu," pinta Izzamer dan dengan pantas dia berjalan meninggalkan mamanya yang masih lagi dengan tanda tanya.Izzamel juga turut mengikut langkah abang sulungnya itu.

"Abang," panggil Izzamel dari belakang sewaktu mereka berdua mendaki anak tangga untuk naik ke tingkat atas.

"Apa?" soal Izzamer malas.

Izzamel memandang ke arah belakangnya bagi memastikan tiada sesiapa yang akan mendengar perbualan diantara mereka berdua.

"Kau memang tak nak bagitahu mama dan papa ke tentang apa yang berlaku siang tadi?" soal Izzamel pula.

"Nantilah.Aku nak naik mandi dulu.Lepas makan malam nanti baru aku beritahu kepada mereka berdua," jawab Izzamer malas sebelum dia mula melangkah kembali.

"Abang," panggil Izzamel lagi.

"Apa lagi Izz?Aku nak mandi la!" soal Izzamer dengan nada yang ditinggikan sedikit.

"Kenapa kau ceraikan Fie?Dia tak cukup layak ke jadi isteri kau?" soal Izzamel ingin tahu.

Soalan daripada adiknya itu membuatkan Izzamer terkaku seketika.

"Dia..."

"Betulkah apa yang mama dengar ni Megat Izzamer?" soal Datin Suraya memotong percakapan Izzamer yang entah muncul daripada mana.

Kedua dua mereka terkejut dengan kemunculan Datin Suraya dan soalan cepumas yang tiba tiba keluar daripada mulut wanita yang bergelar ibu itu.Kedua duanya saling menatap dan langsung mengunci mulut.

"Megat Izzamer dan Megat Izzamel ikut mama ke ruang tamu.Now!" arah Datin Suraya bernada serius.

Mereka berdua sudah menelan air liur.Masak aku kali ni, kata Izzamer di dalam hati.

"Ini semua salah kau," bisik Izzamer sewaktu mereka berdua membuntuti langkah mama mereka ke ruang tamu.

"Sorry la.Aku mana tahu mama ada power boleh muncul bila bila yang dia nak," balas Izzamel pula juga dengan nada berbisik.

"Izzamer dan Izzamel cepat sikit jalan tu!" arah Datin Suraya dengan nada yang tinggi apabila melihat kedua orang anak lelakinya masih lagi tidak menunjukkan muka di ruang tamu itu.

Izzamer dan Izzamel yang sudah mendengar nama mereka diseru sepnatas kilat berlari lari anak ke ruang tamu.

"Back up aku," ujar Izzamer secara berbisik ditelinga adiknya disebalh sewaktu mereka berdua berdiri di hadapan mama dan papa mereka berdua.Izzamel hanya sekadar mengangguk setuju.

"Tak puas lagi ke berbisik?Daripada tadi sampai ke sini tak puas puas?' soal Datin Suraya geram dengan teletah anak anaknya yang seperti budak budak itu.

Izzamer dan Izzamel terus memandang satu sama lain melalui ekor mata apabila disoal begitu.

"Mana mama tahu yang kita berbisik di belakang dia tadi?" soal Izzamel perlahan.

Izzamer hanya mengangkat bahu."Mana aku tahu.Engkau sendiri yang cakap tadi mama ada powerkan?"

"Sudah sudah lah tu berbisik macam budak budak.Papa nak tanya ni betul ke Amer sudah menceraikan Sofie?" soal Dato' Megat Yusof dengan nada serius.

"Jangan duduk sebelum kamu berdua jawab soalan papa," celah Datin Suraya apabila melihat kedua orang anak lelakinya itu mahu duduk di sofa yang terdapat di belakang mereka.

Izzamel terus mengeluh.

"Apa kena mengena dengan Izz pula ma?Yang papa soal kan abang bukannya Izz.Izz penatlah mama daripada siang tadi asyik perlu berdiri sahaja," omel Izzamel seperti seorang kanak kanak.

"Kamu jangan menipu mama ya Izz.Habistu sewaktu kamu ke sini kamu berdiri ke di dalam kereta?Tak kan?Lagi satu kamu patut berdiri sekali dengan abang kamu ni sebab kamu bersubahat dengan dia," jawab Datin Suraya tanpa rasa bersalah.

Izzamer di sebelah hanya mengemam bibirnya daripada tertawa.

"Tak payah nak gelak sangat eh.Ni semua salah abang tahu tak?" marah Izzamel.

"Jangan nak salah kan satu sama lain.Ni semua salah kamu berdua sendiri.Sekarang Amer jawab soalan papa, betulke kamu dan Sofie sudah bercerai?" soal Dato' Megat Yusof kembali.

Izzamer hanya sekadar mengangguk.

"Tapi kenapa Amer?Sofie tu tak layak ke menjadi isteri Amer?" soalan dari Izzamel sewaktu ditangga tadi ditanya kembali oleh Datin Suraya.

"Fie sudah cukup sempurna dan layak untuk menjadi seorang isteri kepada sesiapa sahaja,.." jawab Izzamer tenang.

"Kalau dia sudah cukup layak, then why kamu lepaskan gadis sebaik dia?" soal Datin Suraya lagi.Sedaya upaya dia cuba untuk bersabar dengan anak sulungnya ini.

Izzamer terus menarik nafas secara perlahan sebelum melepaskannya.Ini lah yang dia malas nak hadap sebenarnya.Soalan soalan daripada mamanya memang merungsingkan kepala.

"Tapi Amer yang tidak layak untuk jadi seorang suami kepada Sofie Darlia," balas Izzamer beriak tenang seperti tadi tetapi di dalam hanya Allah yang tahu.

"Maksud Amer apa?Kamu berdua kan sudah kenal sejak kecil," soal Dato' Megat Yusof pula.

"Macam papa sendiri cakap, kami berdua kenal sejak kecil.Bukan setakat kenal tapi membesar pun bersama.Amer hanya mampu menganggap Sofie dan menyanyangi dia sebagai seorag adik bukan isteri..."

"Apatah lagi cinta.Secebis perasaan cinta tu tak wujud langsung untuk seorang gadis bernama Nur Sofie Darlia walaupun sekecil zahrah mama dan papa.Lagi satu, Amer sedar yang Izz sebenarnya memendam perasaan kepada Sofie sejak Fie tu belum bergelar isteri kepada Amer lagi.Jadi tak adil lah bagi kami berdua kan?" tambah Izzamer lagi.Kali ni nama adiknya juga turut dikaitkan sekali.

Mereka bertiga yang mendengar pengakuan daripada Izzamer itu terkejut apabila mendengar kata kata yang terakhir keluar daripada mulut Izzamer.

Kedua pasang mata milik suami isteri itu teru memandang ke arah Izzamel.

"Betul ke Izz?" soal Dato' Megat Yusof ingin tahu.

"Mana ada," jawab Izzamel dengan berani.Izzamer terus memandang ke arah adiknya apabila mendengar jawapan sebegitu.

"Tak kisah lah tentang apa yang kamu cakap.Sekarang ni mana Sofie?" soal Datin Suraya bernada risau.

Izzamer hanya mengangkat bahu."Tak tahu.Izz yang hantar dia tadi,"

Mata Datin Suraya terus berubah arah kepada anak keduanya pula.

"Izz hantar ke rumah kawan baik dia sebab dia yang suruh," jawab Izzamel takut takut.

"Ya Allah, macam mana sekarang ni abang?Saya risau lah dengan keadaan anak perempuan kita tu," adu Datin Suraya kepada suaminya.

"Buat apa nak risaukan dia ma?Dia sudah berusia sembilan tahun tau,pandai pandai dia lah nak hidup selepas ni," balas Izzamer tanpa rasa bersalah di dalam diri buat bekas isterinya.

"Kamu diam sahaja Amer.Mama masih lagi geram dengan tindakan kamu ni tau.Memang dia dah besar tapi dia masih lagi kecil dimata mama.Sudah bercerai ataupun tidak dengan kamu, dia masih lagi anak perempuan mama dan papa sampai bila bila," jawab Datin Suraya.

"Izz,esok bawa mama jumpa adik perempuan kamu tu," ujar Datin Suraya sebelum melangkah pergi meninggalkan ketiga tiga heronya di ruang tamu itu.

Izzamel hanya sekadar mengagguk.

assalamualaikum n hai semua...miss rase dah lama sangat miss berehatkan??so kali ni miss keluarkan karya baru tapi miss tak tahu la best atau pun tak...so korang semua jangan lupa baca n tinggalkan komen tau...luv u guys >3

Share this novel

Asmah Ismail
2022-08-12 17:27:14 

hak milik aku

plusterhati
2022-04-04 22:36:18 

hi singgahlah baca story saya ya " Nikah Muda"

Rei_ren
2022-03-29 08:13:07 

typo banyak


NovelPlus Premium

The best ads free experience