Bab 3

Romance Completed 1260741

ANDRA melihat rakan baiknya melalui celahan pintu bilik yang sedikit terbuka dari luar.Kelihatan Sofie sedang menyanyi kecil sambil mempersiapkan diri untuk ke lapangan terbang sebentar lagi.

"Ala payung la payung si intan payung...intan payung,
Dipandang rendah setahun jagung...tu-tu, tu-tu,
Perlahan dayung asal sampai ke hujung...sampai hujung,
Janganlah sanjung kaduk naik junjung..."

"Amboi seronoknya menyanyi?" tegur Andra yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik teman baiknya itu.

Sofie hanya melihat Andra yang sudah duduk dibirai katil melalui pantulan cermin di hadapannya.

"Aku nak menyanyi pun salah ke?Kan aku tengah mood happy sekarang ni," jawab Sofie sambil memberikan sentuhan terakhir ditubuhnya sebelum membuka langkah ke arah teman baiknya.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?Ada yang tak kena ke denagn tudung aku atau pun muka aku ni?" soal Sofie pelik sambil tudungnya disentuh.

Andra tersenyum sambil menggeleng.

"Kau betul betul happykan?Aku harap kau tak akan berpura pura atau pun terpaksa tersenyum atau bahagia di hadapan orang lain untuk menunjukkan yang kau kuat," nasihat Andra.

Sofie hanya sekadar tersenyum.

"Kau kenapa tak siap lagi ni?" soal Sofie sambil kedua belah tangannya diletakkan ke pinggang.

"Awal lagi la makcik.Kau tu yang siap awal sangat kenapa?" jawab Andra sambil bibirnya dimuncungkan.

"Weh kau pernah dengar tak pepatah Melayu mengatakan yang masa itu emas.So jangan nak buang masa, pergilah siap cepat nanti tak ada lah nak kelam kabut waktu nak pergi nanti.Go Andra..." bebel Sofie sambil menarik narik tangan rakan baiknya itu keluar.

"Baiklah makcik," Andra terus sahaja mengalah dengan kata kata kawannya itu.

....................

"FIE kau dah kunci pintu dengan pagar rumah?" soal Andra sewaktu Sofie masuk dan duduk di sebelahnya di dalam teksi.

"Semua aku dah kunci.Hm, pakcik boleh gerak sekarang ya takut nanti lambat pula sampai ke airport," tegur Sofie selepas pintu teksi itu ditutup.

Pemandu teksi itu hanya sekadar mengangguk.

Sofie terus memberhentikan langkahnya sewaktu masuk ke dalam lapangan terbang itu.Entah mengapa, hatinya berasa resah dan bersalah untuk meninggalkan keluarga angkat yang telah menjaganya sejak daripada kecil lagi.

Andra yang sudah jauh ke hadapan juga memberhentikan langkah apabila melihat rakan baiknya tiada di sisi.

"Babe, kau okey tak ni?" soal Andra risau melihat rakan baiknya itu.

Sofie terus memandang wajah Andra dengan rasa bersalah.

"Betulkah apa yang aku nak buat ni babe?" soal Sofie tanpa sedar.

Andra hanya tersenyum kerana dia cukup faham dengan apa yang dirasakan gadis disebelahnya itu.

"Engkau rasa bersalah?Belum terlambat lagi Fie untuk kau kembali kepada keluarga angkat kau tu.Kalau kau fikir pasal akj, aku okey saja terbang ke sana seorang diri," nasihat Andra dengan lembut.

"Tak!Aku tak boleh berundur dengan apa yang aku dah rancang.Kalau aku berundur sekarang bermakna aku memang tak boleh hidup tanpa bantuan mereka semua.Aku perlu ke sana Andra.Aku perlu buktikan pada mereka yang aku mampu untuk berjaya dengan usaha aku sendiri," seperti baru tersedar, Sofie mengatakan semua itu dengan hati yang tekad.

Tangan Andra terus diraih dan menarik rakan baiknya itu ke balai pelepasan.Andra dibelakang hanya tersenyum.

Ini Sofie Darlia yang aku kenal.Tak akan pernah berputus asa atau berundur dengan apa yang telah dirancang.Aku doakan semoga ada kebhagiaan untuk kau sewaktu kita di sana nanti Fie,doa Andra di dalam hati.

"Selamat tinggal Malaysia.Selamat tinggal keluarga Megat Yusof.Fie janji, Fie akan kembali semula dengan Sofie yang baru," kata Sofie sendiri sewaktu kapal terbang muka meninggalkan lapangan.

Tanpa sedar ada air mata yang mengalir dipipi gebunya saat itu.Air mata yang menyimpan seribu duka yang tidak tahu bila akan sembuh.

....................

LOCENG yang berdekatan dengan pagar rumah itu ditekan beberapa kali namun hampa tiada sebarang hasutan dari dalam rumah.

"Betulkah ini rumahnya Izz?" soal Datin Suraya bagi meminta kepastian.

Izzamel terus memandang mamanya yang berada di dalam kereta.

"Betul lah ma.Ini rumahnya, tapi tak tahu lah mana mereka berdua pergi," ujar Izzamel.Izzamel melihat kawasan sekeliling takut takut ternampak mereka berjalan kaki ke kedai yang berdekatan.

"Kamu tak cuba call Fie ke?" soal Datin Suraya lagi.

Kedengaran keluhan terbit dicelahan bibir Izzamel.

"Izz dan try banyak kali dah ma.Call and WhatsApp tapi semua dia tak reply.Izz rasa Fie dah tukar nombor, dia tak nak kita ganggu kehidupan dia lagi," tebak Izzamel secara tiba tiba.

"Ya Allah, mana kamu pergi ni sayang?Mama risaulah," soal Datin Suraya sendiri.

"Assalamualaikum.Cari siapa ni?" sapa seorang jiran kepada mereka berdua.

"Waalaikumussalam," jawab kedua beranak itu serentak.Datin Suraya yang berada di dalam kereta tadi terus keluar dan bersalaman dengan jiran itu.

Izzamel berdeham seketika sebelum menjawab pertanyaan makcik itu.

"Makcik ada nampak tak kemana tuan rumah ni pergi.Maksud saya dua orang gadis yang duduk dirumah ni pergi?" soal Izzamel dengan riak kerisauan.

"Pagi tadi saya ada nampak mereka berdua dengan beg semua.Ni untuk encik," balas wanita seusia Datin Suraya itu dengan menghulurkan sampul surat berwarna putih kepada Izzamel.

Izzamel memandang surat itu pelik sebelum memandang wajah makcik itu semula.

"Surat apa ni?" soal Izzamel.

"Pagi tadi ada seorang perempuan ni, dia suruh bagi surat ini kepada lelaki yang mungkin akan datang ke rumah ni.Jadi saya rasa lelaki itu mungkin encik.Kalau tak ada apa lagi saya minta diri dulu ya," pinta makcik itu sebelum pergi.

"Tak apalah mama.Kita balik dahulu ya?Nanti ada masa kita datang sini lagi," kata Izzamel selepas membaca surat yang di tulis oleh Sofie itu.

....................

"MAMA," panggil Izzamer sewaktu melihat Datin Suraya berjalan ke arahnya namun hampa tiada sahutan daripada wanita itu.Datin Suraya pura pura tidak mendengar panggilan daripada anak lelaki sulungnya.

Izzamer hanya memandang mamanya yang sudah jauh melangkah dengan pandangan kosong sebelum pandangannya dialihkan kepada adik lelakinya yabg baru masuk ke dalam rumah.

"Kenapa dengan mama Izz?Lagi satu macam mana dengan keadaan Fie?" soal Izzamer hairan.

"Kata tak suka kat dia tapi kenapa sibuk nak ambil tahu?" soalan abangnya dibalas dengan soalan.

"Tak salahkan.Apa apa pun dia masih lagi adik kita berdua," jawab Izzamer tanpa berselindung.

"Bagitahu aku sekarang kenapa mama moody saja tu?" soal Izzamer buat kali kedua.

Surat yang dipegang dihulurkan kepada abangnya.

" Surat apa ni?" soal Izzamer pelik.

"Kalau nak tahu baca lah sendiri," jawab Izzamel denagn suara yang sedikit kuat kerana sudah berada di anak tangga.

Izzamer terus mengerutkan dahi sewaktu mengeluarkan surat dari dalam sampul itu.Surat apa pula ni?soal dirinya sendiri.

...................

ASSALAMUALAIKUM abang Izz,

Hai abang Izz.Sebelum tu Fie nak minta maaf sebab sewaktu abang baca surat ni, Fie sudah tiada di Malaysia lagi.Sofie harap abang tak akan berkecil hati kerana Fie tidak pernah menceritakan rancangan Fie selepas bercerai dengan abang Amer.Sofie bukan berniat untuk tidak mahu berkongsi dengan abang, tetapi Fie memang perlukan masa untuk bersendiri untuk waktu sekarang.Abang tahu kan sebabnya kenapa?Biarlah Fie pergi menenangkan hati Fie dahulu.Jangan risaukan keadaan Sofie sebab ada Andra untuk menemankan Sofie buat seketika.Abang jangan risau ya,Fie janji Fie tak akan pernah melupakan abang yang sentiasa ada untuk Fie waktu Fie sedih dan gembira.

Sampai sini sahajalah apa yang ingin Fie beritahu kepada abang.Tolong sampaikan salam Fie buat semua ahli keluarga kita ya.

Surat itu kembali dilipat selepas habis dibaca.

Hai semua...sori miss baru sempat update..harap ii chapter kali ni best untuk korang semua baca tau...jgn lupa tinggalkan komen oke

Share this novel

Cervin Sgm
2022-04-08 04:06:53 

menarik penuh nasiht

Che Da(Ayunifalin)
2021-10-19 09:52:31 

Ops rypo sahutan

Che Da(Ayunifalin)
2021-10-19 09:52:16 

Bab ni sahuyan jadi hasutan la aisha.


NovelPlus Premium

The best ads free experience