Bab 2

Romance Completed 1259626

"IZZAMER dan Izzamel cepat sikit jalan tu!" arah Datin Suraya dengan nada yang tinggi apabila melihat kedua orang anak lelakinya masih lagi tidak menunjukkan muka di ruang tamu itu.

Izzamer dan Izzamel yang sudah mendengar nama mereka diseru sepnatas kilat berlari lari anak ke ruang tamu.

"Back up aku," ujar Izzamer secara berbisik ditelinga adiknya disebalh sewaktu mereka berdua berdiri di hadapan mama dan papa mereka berdua.Izzamel hanya sekadar mengangguk setuju.

"Tak puas lagi ke berbisik?Daripada tadi sampai ke sini tak puas puas?' soal Datin Suraya geram dengan teletah anak anaknya yang seperti budak budak itu.

Izzamer dan Izzamel terus memandang satu sama lain melalui ekor mata apabila disoal begitu.

"Mana mama tahu yang kita berbisik di belakang dia tadi?" soal Izzamel perlahan.

Izzamer hanya mengangkat bahu."Mana aku tahu.Engkau sendiri yang cakap tadi mama ada powerkan?"

"Sudah sudah lah tu berbisik macam budak budak.Papa nak tanya ni betul ke Amer sudah menceraikan Sofie?" soal Dato' Megat Yusof dengan nada serius.

"Jangan duduk sebelum kamu berdua jawab soalan papa," celah Datin Suraya apabila melihat kedua orang anak lelakinya itu mahu duduk di sofa yang terdapat di belakang mereka.

Izzamel terus mengeluh.

"Apa kena mengena dengan Izz pula ma?Yang papa soal kan abang bukannya Izz.Izz penatlah mama daripada siang tadi asyik perlu berdiri sahaja," omel Izzamel seperti seorang kanak kanak.

"Kamu jangan menipu mama ya Izz.Habistu sewaktu kamu ke sini kamu berdiri ke di dalam kereta?Tak kan?Lagi satu kamu patut berdiri sekali dengan abang kamu ni sebab kamu bersubahat dengan dia," jawab Datin Suraya tanpa rasa bersalah.

Izzamer di sebelah hanya mengemam bibirnya daripada tertawa.

"Tak payah nak gelak sangat eh.Ni semua salah abang tahu tak?" marah Izzamel.

"Jangan nak salah kan satu sama lain.Ni semua salah kamu berdua sendiri.Sekarang Amer jawab soalan papa, betulke kamu dan Sofie sudah bercerai?" soal Dato' Megat Yusof kembali.

Izzamer hanya sekadar mengangguk.

"Tapi kenapa Amer?Sofie tu tak layak ke menjadi isteri Amer?" soalan dari Izzamel sewaktu ditangga tadi ditanya kembali oleh Datin Suraya.

"Fie sudah cukup sempurna dan layak untuk menjadi seorang isteri kepada sesiapa sahaja,.." jawab Izzamer tenang.

"Kalau dia sudah cukup layak, then why kamu lepaskan gadis sebaik dia?" soal Datin Suraya lagi.Sedaya upaya dia cuba untuk bersabar dengan anak sulungnya ini.

Izzamer terus menarik nafas secara perlahan sebelum melepaskannya.Ini lah yang dia malas nak hadap sebenarnya.Soalan soalan daripada mamanya memang merungsingkan kepala.

"Tapi Amer yang tidak layak untuk jadi seorang suami kepada Sofie Darlia," balas Izzamer beriak tenang seperti tadi tetapi di dalam hanya Allah yang tahu.

"Maksud Amer apa?Kamu berdua kan sudah kenal sejak kecil," soal Dato' Megat Yusof pula.

"Macam papa sendiri cakap, kami berdua kenal sejak kecil.Bukan setakat kenal tapi membesar pun bersama.Amer hanya mampu menganggap Sofie dan menyanyangi dia sebagai seorag adik bukan isteri..."

"Apatah lagi cinta.Secebis perasaan cinta tu tak wujud langsung untuk seorang gadis bernama Nur Sofie Darlia walaupun sekecil zahrah mama dan papa.Lagi satu, Amer sedar yang Izz sebenarnya memendam perasaan kepada Sofie sejak Fie tu belum bergelar isteri kepada Amer lagi.Jadi tak adil lah bagi kami berdua kan?" tambah Izzamer lagi.Kali ni nama adiknya juga turut dikaitkan sekali.

Mereka bertiga yang mendengar pengakuan daripada Izzamer itu terkejut apabila mendengar kata kata yang terakhir keluar daripada mulut Izzamer.

Kedua pasang mata milik suami isteri itu teru memandang ke arah Izzamel.

"Betul ke Izz?" soal Dato' Megat Yusof ingin tahu.

"Mana ada," jawab Izzamel dengan berani.Izzamer terus memandang ke arah adiknya apabila mendengar jawapan sebegitu.

"Tak kisah lah tentang apa yang kamu cakap.Sekarang ni mana Sofie?" soal Datin Suraya bernada risau.

Izzamer hanya mengangkat bahu."Tak tahu.Izz yang hantar dia tadi,"

Mata Datin Suraya terus berubah arah kepada anak keduanya pula.

"Izz hantar ke rumah kawan baik dia sebab dia yang suruh," jawab Izzamel takut takut.

"Ya Allah, macam mana sekarang ni abang?Saya risau lah dengan keadaan anak perempuan kita tu," adu Datin Suraya kepada suaminya.

"Buat apa nak risaukan dia ma?Dia sudah berusia sembilan tahun tau,pandai pandai dia lah nak hidup selepas ni," balas Izzamer tanpa rasa bersalah di dalam diri buat bekas isterinya.

"Kamu diam sahaja Amer.Mama masih lagi geram dengan tindakan kamu ni tau.Memang dia dah besar tapi dia masih lagi kecil dimata mama.Sudah bercerai ataupun tidak dengan kamu, dia masih lagi anak perempuan mama dan papa sampai bila bila," jawab Datin Suraya.

"Izz,esok bawa mama jumpa adik perempuan kamu tu," ujar Datin Suraya sebelum melangkah pergi meninggalkan ketiga tiga heronya di ruang tamu itu.

Izzamel hanya sekadar mengagguk.

"Papa," panggil Izzamer sewaktu melihat papanya ingin bangun daripada duduk di kerusi rotan itu.

"Pandai pandai kamu lah Mer, pujuk mama kamu tu.Kamu bukan tak tahu betapa pentingnya Sofie itu di dalam hidup mama kamu," nasihat Dato' Yusof kepada anak sulungnya sebelum pergi.

Izzamer terus melepaskan keluhan berat sewaktu dia duduk di atas sofa di belakangnya.Rasa bersalah terus menyelubunginya saat itu.

...................

PINTU bilik tidur Izzamel diketuk beberapa kali sebelum dibuka dari luar.Izzamel hanya memandang abangnya yang masuk dari celahan pintu dari atas katil miliknya.

"Kenapa bang?" soal Izzamel pelik.Bukan selalu abangnya itu mahu masuk ke biliknya jika bukan ingin berkongsi sesuatu.

"Salah aku Izz sebab aku lepas kan dia?Buat mama marah?" soal Izzamer tiba tiba selepas dia mengambil tempat disisi adiknya.

Izzamel terus membetulkan duduknya.

"Sabar lah bang.Mama punya merajuk tu sekejap sahaja.Esok lusa baik lah tu," jawab Izzamel bagi menenangkan perasaan abangnya saat itu.

"Engkau pun satu Izz," luah Izzamer tiba tiba.

"Aik, aku pula kena.Engkau kalau nak melepaskan amarah kau pun bukan dekat aku eh," sempat Izzamel memberikan amaran.

"Memang salah kau pun.Kenapa kau tak jujur sahaja pada mama dan papa tentang perasaan kau pada Sofie?" soal Izzamer geram.

"Mmm...Mana ada.Engkau jangan nak memandai ye bang," sangkal Izzamel.

Izzamer terus memandang wajah adiknya.

"Kenapa pandang aku macam tu?" soal Izzamel pula.

"Tak penat ke pendam perasaan kau tu sendiri?Kalau mama dan papa kau boleh menipu dan sorokkan perasaan kau tu tapi dengan aku kau tak boleh nak sorokkan apa apa pun Izzamel.Aku ni abang kau,dari kecil semua benda kau kongsi dengan aku kecuali perasaan kau pada Sofie.Lagi satu aku nampak perubahan ekspresi wajah kau waktu majlis nikah aku.Kenapa?Engkau takut Fie tak boleh terima tentang apa yang engkau rasa pada dia?" soal Izzamer ingin tahu.

Izzamel hanya menunduk memandang lantai apabila abangnya menyoalnya begitu.

"Mungkin itu salah satunya.Aku tahu Sofie sayangkan kau.Semua yang dia rasakan pada engkau, semua dia share dengan aku.Dan bila dia tahu yang mama dan papa nak satukan kau orang berdua, aku boleh nampak kebahagiaan yang tak pernah aku nampak selama ni terpancar pada wajah dia..." balas Izzamel sambil membalas pandangan abangnya.

"Jadi kalau kau jadi aku, kau sanggup ke nak rosakkan kebahagiaan orang yang kau sayang dengan meluahkan perasaan kau pada dia?Engkau tak rasa ke kalau aku luahkan perasaan aku pada dia sedangkan aku tahu yang dia sayangkan kau hubungan kami berdua akan jadi janggal?" Izzamel terus meluahkan apa yang dia rasa selama ni kepada abangnya itu.

"Kalau betul dia jodoh kau, engkau jaga lah dia dengan baik Izz.Cari cara untuk dapatkan hati dia yang tak pernah ada untuk kau tu," nasihat Izzamer tiba tiba.

Senyuman terus mekar diwajah Izzamel.

"Kau izinkan ke bang?" soal Izzamel meminta kepastian.

Izzamer hanya memberikan jawapan dengan anggukan.Izzamel teris memeluk abang sulungnya itu.

"Aku sayang kau bang.Terima kasih," bisik Izzamel ditelinga abangnya.

"Sama sama.Aku sayangkan kau juga Izz.Kau satu satunya adik yang aku ada dalam dunia ni," balas Izzamer ditelinga Izzamel.

"Sudahlah.Apa main peluk peluk ni.Kalau mama dan papa nampak apa pula yang mereka fikirkan nanti.Aku tak nak mereka fikir aku ni songsang bila belajar jauh jauh dan itu menjadi penyebab utama aku ceraikn Fie pula," ujar Izzamer lagi sambil melepaskan pelukan.

Izzamel masih lagi dengan senyumannya.

"Engkau tak ada kelas ke esok?" soal Izzamer ingin tahu.

Izzamel hanya sekadar mengangguk." Ada tapi petang.So esok pagi aku boleh lah teman kan mama pergi jumpa Sofie,"

"Amboi, bukan main lebar senyuman kau bila sebut nama Sofie kan?!" usik Izzamer sambil merangkak ke atas katil milik adiknya sebelum merebahkan badan.

"Engkau buat apa ni?" soal Izzamel tidak faham.

"Tidurlah," jawab Izzamer sambil menutup muka menggunakan bantal milik adiknya.

"Tidurlah dalam bilik kau," marah Izzamel.

"Malas! Alah, bukannya selalu aku tidur dengan kau kan?Lusa aku dah kena balik UK semula," jawab Izzamer selamba.

Izzamel memandang wajah abangnya yang sudah ditutupi bantal." Ceh, balik sini semata mata nak bercerai sahaja! Baik tak payah balik," omel Izzamel.

"Diam ah.Eh, nanti jangan lupa tutup lampu susah aku nak tidur nanti!" sempat lagi Izzamer memberikan arahan kepada adiknya.

"Suka hati kau saja nak arah aku kan?Nasib baik kau tu abang aku tau, kalau kau tu adik dah lama aku halau kau keluar daripada bilik aku ni," balas Izzamel geram.

Izzamer hanya sekadar tersenyum walaupun wajahnya ditutupi dengan bantal.Aku sayangkan kau dik walupun kau selalu membebel, bisik hati Izzamer.

...................

Dato' Megat Yusof memberhentikan langkahnya apbila melihat pintu bilik anak lelaki kkeduanya terbuka.Dari celahan pintu dia melihat isterinya sedang memandang anaknya tidur.Tanpa berfikir panjang, dia terus mengatur langkah menuju ke arah isterinya.

"Awak pandang apa tu Su?" soal Dato' Megat Yusof.

Datin Suraya hanya tersenyum.

"Saya tengok mereka berdua ni membuatkan saya teringat zaman mereka kecil dahulu.Macam ni lah mereka berdua tidur.Ganas! Satu katil bersaiz king pun tak cukup untuk mereka berdua ni kalau tidur bersama.Saya rasa macam baru semalam sahaja saya lahirkan Izzamer," cerita Datin Suraya.

"Sekejap sahaja kan mereka berdua ni membesar.Tahu tahu sahaja Amer sudah belajar jauh daripada kita selepas ni giliran Izz pula tinggalkan kita," kata Dato ' Megat Yusof pula.

"Sudahlah, mari kita tidur," tambah Dato' Megat Yusof.Datin Suraya hanya sekadar mengangguk.

Sebelum mereka berdua keluar,mereka berdua sempat mencium kedua dua orang anak lelaki mereka yang sedang terlena dibuai mimpi itu.

Hai semua..tq tau untuk semua komen positif awak semua...saya hargai sangat sangat :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience