Bab 4

Romance Completed 1259626

ANDRA hanya sekadar memerhatikan tingkah laku kawan baiknya yang sedari tadi memandang ke arah tingkap tanpa memperdulikan dirinya.Entah apa yang bermain difikiran gadis itu hingga membuatkan dirinya seperti tidak wujud sahaja di sebelah pun dia tidak tahu.

" Apa lagi yang bermain difikiran kau tu Sofie?" soal Andra ingin tahu.

Sofie yang sudah terbuai dengan dunianya terus memandang ke arah Andra tanpa sedikitpun senyuman di wajah.

"Tak ada apalah.Aku tak percaya yang aku bakal hidup sendiri mulai daripada sekarang.Belajar untuk berdikari ditempat baru," sangkal Sofie dengan senyuman hambar.

Tangan kanan Sofie terus diraih oleh Andra.

" Fie jangan risau.Aku akan sentiasa ada untuk kau.Aku tak akan tinggalkan kawan baik aku ni seodang diri," balas Andra sambil mengenggam erat tangan rakannya itu sambil tersenyum.

....................

"MAMA,"

Datin Suraya tetap membaca dan menyelak helaian majalah wanita yang berada dipegangannya tanpa memperdulikan panggilan daripada si anak sulung.Izzamer kembali memanggil mamanya buat kali kedua namun tetap tidak dihiraukan.

"Sampai bila mama tak nak bercakap dengan Amer?" soal Izzamer apabila Datin Suraya sudah bangun daripada duduknya dan bersiap sedia untuk meninggalkan dia sendirian.

"Sampai Amer berjaya kembalikan Sofie kepada mama," balas wanita itu sebelum mengatur langkah.

Izzamer terus melepaskan keluhan berat.Dia hanya menghantar langkah mamanya melalui ekor mata hingga bayangan wanita itu hilang disebalik pintu utama.

"Abang okey tak ni?" soal Izzamel yang baru sahaja pulang daripada kuliah.

Izzamer terus meraup rambutnya ke belakang.

"Kau gaduh dengan mama ke?" soal Izzamel lagi apabila soalan pertamanya tidak dijawab.Dia terus duduk dikerusi berhadapan dengan abangnya.

Wajahnya Izzamel dipandang kosong.Keluhan kembali dilepaskan.

"Bukan gaduh tapi mama tu masih lagi tak nak bercakap dengan aku.Aku tak tahu lah apa yang istimewa sangat dengan Sofie tu sampai budak tu lari bawa diri pun mama boleh salahkan aku.Bukan setakat salahkan sahaja ini sampai tidak mahu bercakap," luah Izzamer kepada adiknya.

"Memang salah kau pun bang Sofie tu lari," jawab Izzamel tanpa rasa bersalah.

Izzamer terus menaikkan keningnya apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh si adik tadi.Dia pun salahkan aku juga?soal dirinya.

"Kau pun salahkan aku?" soal Izzamer.

Izzamel hanya sekadar mengangkat bahu.

"Nak tak nak kau perlu terima mama marah kau selepas kau ceraikan Sofie semalam.Engkau tak terfikir ke nak cari dia?" soal Izzamel.

Izzamer menggeleng."Untuk apa aku nak cari dia lagi?Aku dengan dia bukan ada apa apa hubungan lagi,"

"Walaupun abang dengan Sofie sudah tak ada hubungan sebagai suami dan isteri tetapi kau kena ingat yang dia tu masih lagi adik kita berdua," balas Izzamel.

"Sudah lah tu bang.Tak perlu nak difikirkan sangat tentang marah mama tu.Esokkan kau nak balik sana, pandai pandailah aku pujuk mama nanti," Izzamel sekadar memberikan cadangan.

Izzamer hanya sekadar mengangguk.

"Izz aku minta maaf.Kalau bukan sebab aku mesti Sofie tak lari tinggalkan family kita dan tinggalkan kau," ucap Izzamer ikhlas.Setidaknya dia mengakui yang semua itu berpunca daripadanya.

"Tak apalah abang.Kalau bukan sebab kau mesti Sofie tu masih lagi bergelar isteri.Sekurang kurangnya dia lari tu, tanpa ada ikatan lagi dengan kau," seloroh Izzamel lalu melangkah masuk ke dalam rumah tanpa memperdulikan abangnya itu.

....................

"KAKAK," Andra terus berlari anak ke arah kakaknya yang sudah menunggu di luar Lapangan Terbang Heathrow London itu.

Sofie di belakang hanya sekadar menggeleng kepala melihat telatah rakan baiknya yang seperti anak kecil apabila bertemu dengan keluarga.Andra terus bersalaman dan berpelukan dengan kakaknya yang sudah lama tidak berjumpa kerana kesibukan kerja.

"Akak ni adik kenalkan kawan baik yang adik cerita tu, Sofie," Andra terus memperkenalkan Sofie kepada kakaknya.

"Fie ni lah kakak aku yang aku selalu cerita dekat kau.Nama kakak aku ni Alya.So sepanjang kita belajar kat sini kita akan stay dekat rumah dia," tambah Andra lagi.

Sofie hanya sekadar mengangguk faham lalu berbalas senyuman dengan Alya dan bersalam dengan wanita yang beberapa tahun lebih tua daripadanya itu.Andra memanjangkan lehernya untuk melihat kawasan sekeliling seperti mencari sesuatu.

"Kakak, mana Mimi dan Hud?" soal Andra pelik.

"Ada dekat rumah.Dah lah jom budak budak dah tunggu dekat rumah.Bukan main tak sabar lagi nak mereka nak berjumpa dengan maksu mereka ni," balas Alya sambil menarik tangan adiknya dan Sofie.

"Andra kata akak sudah lima tahun duduk sini.Jadi selepas ni bolehlah kan akak bawa kami berdua berjalan jalan?" soal Sofie bagi memecahkan tembok kesunyian di antara mereka.

Alya yang sedang memandu hanya memandang wajah Sofie melaui cermin pandang belakang sambil tersenyum.

"Boleh sahaja.Sofie jangan risau ya.Sepanjang Sofie belajar di sini, Fie anggaplah akak sekeluarga sebagai keluarga Fie juga ya.Lagipun akak sudah lama tidak berjalan walupun akak duduk di sini," jawab Alya senang.

Andra yang duduk di sebelah tempat pemandu terus memusingkan kepalanya ke belakang.

"Kan aku dah cakap yang akak aku ni akan layan kau macam keluaga kami juga.So lepas ni kau tak perlu nak sembunyikan apa apa lagi daripada kam.iKalau kau susah atau perlukan apa apa pertolongan kau beritahu sahaja kepada kami tau," kata Andra pula.

Sofie hanya sekadar mengagguk walaupun hakikatnya dia sudah merasakan yang dia cukup menyusahkan gadis itu.Sepanjang perjalanan Sofie hnaya membiarkan matanya memandang ke arah luar bagi menikamati keindahan kota London pada pagi itu.

....................

GAMBAR anak perempuannya ditatap penuh kerinduan.Entah mengapa saat itu dia benar benar merindui anak gadisnya yang sudah pergi entah ke mana.Namun, dia tidak pernah menyalahkan gadis itu kerana dia tahu itu semua berlaku kerana anak lelakinya juga.

"Mana kamu pergi Sofie?Mama rindu sangat dengan kamu.Kamu jangan lama lama sangat tenangkan diri tu ya sayang.Balik nanti terus jumpa mama ya?Mama rindu ni, tak pernah kamu pergi sejauh ini daripada mama.Mama minta maaf dengan apa yang anak mama telah lakukan terhadap diri kamu," kata Datin Suraya sendiri.

"Kenapa awak duduk di sini seorang diri?" soal Dato' Megat Yusof yang lalu menarik kerusi disebelah isterinya.

Datin Suraya terus menunjukkan gambar Sofie kepada suaminya.

"Rindunya saya pada anak perempuan kita ni bang.Entah sihat ataupun tak dia tu.Kalau dia sakit macam mana bang?Siapa yang nak jaga dia?Dia tu manja bang kalau sakit, dia mesti akan cari saya.Tapi selepas ni siapa yang nak tengokkan dia?" luah Datin Suraya penuh kerisauan.

Dato' Megat Yusof terus mengambil bingkai gambar itu lalu memandang wajah isterinya sebelum memandang kembali wajah anak angkatnya.Seperti Datin Suraya, dirinya juga turut merindui gadis yang sering ceria itu.Tetapi dia tidak boleh menunjukkan kerinduan dan kesedihan di hadapan isterinya yang sudah memang sedih dan merindui gadis itu

"Abang pun rindukan anak perempuan kita ni juga.Tapi kita tak boleh buat apa.Nak atau pun tidak kita perlu hormat keputusan yang sudah Fie buat.Biarlah dia pergi membawa diri sebab abang pasti suatu hari nanti dia pasti akan kemabli semula kepada kita," ujar Dato' Megat Yusof dengan yakin.

Datin Suraya terus meletakkan kepalanya di atas bahu Dato' Megat Yusof sambil memandang gambar itu bersama.

"Salah apa lah anak perempuan kita tu sampai Amer sanggup melepaskan dia?" soal Datin Suraya.

"Tak mengapalah.Mungkin memeng sampai sini sahaja jodoh mereka berdua," jawab Dato' Megat Yusof.

Izzamer yang kebetulan ingin ke dapur pada waktu itu hanya melihat mama dan papanya itu dari jauh.Dia tahu yang orang tuanya itu merindui bekas isterinya namun dia sendiri tidak boileh mengubah kenyataan yang telah berlaku.

Amer minta maaf mama.Tapi Amer memang tiada memiliki perasaan terhadap Fie selama kami bernikah.Amer tak nak biarkan Sofie sakit dan berasa tidak adil dengan Amer.Biaarlah dia mencari kebahagiaan yang dia impikan selama ini di luar sana kerana Amer tahu yang dia tidak akan pernah berasa bahagia apabila bersama dengan Amer, kata Izzamer didalam hati dan membatalkan niatnya untuk minum air lalu kembali ke biliknya ditingkat atas.

Masuk sahaja ke dalam bilik, mata Izzamer terus tertumpu ke arah bingkai gambar yang diletakkan di atas meja.Bingkai gambar yang ada gambar dia, Sofie dan Izzamel sewaktu raya beberapa tahun lalu itu dipandang kosong.

"Fie tenangkanlah diri seberapa lama yang Fie mahukan tetapi abang merayu tolong jangan lama sangat.Kesian mama dan papa kerana merindui Sofie.Maafkan abang sebab tak boleh jadi suami yang terbaik dan perlu melepaskan Sofie.Tolong jumpa mama selepas Sofie kembali ke sini," kata Izzamer seolah olah bekas isterinya berada di hadapan mata saat itu.

Bingkai gambar itu terus diletakkan kembali di atas meja.

Hai...maaf untuk yang menunggu miss update lagi...so miss harap chapter 4 ni akan membuatkan semua seronok tau..jgn lupa tinggalkan komen ya...hehe

Share this novel

minionbutterfly
2021-10-12 15:45:14 

tk sbr nak baca chapter seterusnyaaa !!! caiyok writer ♥️♥️

minionbutterfly
2021-10-12 15:45:12 

tk sbr nak baca chapter seterusnyaaa !!! caiyok writer ♥️♥️

minionbutterfly
2021-10-12 15:45:11 

tk sbr nak baca chapter seterusnyaaa !!! caiyok writer ♥️♥️


NovelPlus Premium

The best ads free experience