Rate

Bab 2

Action Series 4322

Take note-Ariq Affan ialah Ray Alvin

******

"Ish,mana papa ni?!Dah tengah malam tak balik-balik"Rungut Amelia.Bukan satu jam dia tunggu dah berjam-jam.

Hasratnya hanya satu,ingin beritahu kek yang dia buat menjadi!

Tidak lama selepas itu,bunyi enjin kereta memasuki perkarangan rumah kedengaran.Amelia terus berlari anak untuk membuka pintu utama.

"Papa!!!"Laung Amelia.

"Kenapa tak tidur lagi?Dah pukul berapa dah"

"Amelia tunggu papa lah!Lambat betul papa balik"

"Kan papa dah cakap,papa balik lewat"

"Papa,Amelia buat Red Velvet!Jom makan!"

"Amelia,papa penat.Esok papa makan"

"Alah,tak syok lah macam ni!Jomlah papa!Bukan senang nak rasa air tangan Amelia Adellia yang jarang masuk dapur ni"

"Amelia jangan degil!"Tegas suara Encik Abbas.

Amelia terkejut dan terkaku.Dia tidak pernah melihat Encik Abbas marahkan dirinya sebegitu rupa,jika hal remeh-temeh.

"Pergi masuk bilik,tidur!Esok kita makan sama-sama"

Amelia tiada pilihan lalu mengangguk perlahan dengan perasaan yang kecewa.

*****

Amelia menghempaskan dirinya di atas katil.Dia mengeluh.

Matanya merenung tingkap yang terlihat langit malam.

"Positif jelah,mungkin papa terlalu stress dengan kerja"

Amelia mengeluh sekali lagi.

"Kalau ada mama dengan abang kan best.Adik rindu abang!Abang pergi mana?Bila abang nak balik!"

Sedang Amelia meluahkan perasaannya,dia akhirnya terlena.

******

"Maafkan papa,Amelia.Disebabkan dendam dan benci papa pada Amelia,Amelia jadi mangsa semua ni!Papa tak mampu nak lindungi Amelia setelah apa papa lakukan selepas kematian isteri papa iaitu mama kamu"

Encik Abbas meluahkan rasa sedih dan bersalah sambil melihat gambar mereka berempat,erti kata lain satu keluarga yang dulunya bahagia kini penuh dengan pancaroba.

Esok adalah hari yang akan membuatkan hidup seorang gadis Amelia Adellia dihantui dengan penuh kekejaman.Oleh kerana,kejadian hitam.

*****

"Mak Timah,jom sarapan sama-sama dengan Amelia"

"Segan lah Mak Timah,lagipun Tuan kan ada.Sarapan lah dengan Tuan"

"Papa,dah pergi kerja awal pagi tak di!Amelia tak paham lah dengan papa,tiba-tiba je berubah"

Air yang sudah bertakung ditahan.Pagi-pagi,papanya sudah letak note di pintu biliknya.

THE NOTE:Sorry Amelia,papa busy hari ni!Papa baru teringat papa ada breakfast meeting dengan clien.Jangan tunggu papa balik

(Itulah note yang ditinggalkan oleh Encik Abbas)

"Begitu pulak?Mak Timah tak dengar pun bunyi kereta"

"Entahlah,jomlah Mak Timah teman Amelia makan"Rayu Amelia lagi.

"Yelah,jom ke meja makan"

"Papa dah berubah kan,Mak Timah.Papa dah tak sama macam dulu"Luah Amelia.

"Mana ada lah,Mak Timah tengok sama je!Mungkin,Tuan busy dengan kerja tu yang dia beri perhatian dekat Amelia"

"Selalunya kalau papa busy,dia ada juga masa untuk Amelia.Ni tak ada langsung"

"Semalam,Mak Timah dengar suara Tuan Abbas dengan Amelia berbual"

"Bukan berbual tapi papa marah Amelia"

"Marah?Dah kenapa pulak?"

"Amelia buat red velvet,Amelia ingatkan papa balik nak ajak rasa sama-sama tapi papa kata penat apalah"

"Jadi,apa isu nya?"

Amelia mengeluh.

"Entahlah,Mak Timah!Malas lah Amelia nak pikir lagi"

"Yelah!Ni lepas makan,kamu ada nak buat apa-apa?"

"Nak keluar,menikmati angin luar"

Mak Timah mengangguk.

*****

"Aku nak tunaikan janji aku malam ni"Mendatar nada suara Encik Abbas.

"Kau pasti?Kau tak de nak fikir dua kali dah?"

"Kau sendiri yang bagi masa kan?Apahal tanya aku soalan bodoh macam tu?"

"Rilek lah bro!Okay,malam ni tepat jam 11 malam kumpul dekat tempat biasa"

Encik Abbas hanya mengangguk sebagai respon.

*****

POV ARIQ AFFAN

Fikiranya serabut memikirkan hal keluarganya yang tidak lama lagi berpecah-belah.Bukan ini yang dia mahukan.Dirinya sendiri tidak mengerti,kenapa papanya sanggup buat sebegini kepada anaknya dan keluarganya sendiri.

Tiada jalan lain yang harus dia lakukan.Malam ni kemungkinan malam pengakhiran untuk dia berharapan mempunyi keluarga yang bahagia.

Apa yang lebih sukar ialah Amelia.Dapat ke dia terima apa yang akan terjadi selepas ini?Dia terpaksa meninggalkan Amelia hidup sendirian,tiada orang untuk bergurau senda dan sebagai teman sepanjang hari.Hanya kerana Encik Abbas semuanya musnah.Harapan dan impian untuk keluarganya bersatu,hancur dengan sekelip mata.

Malam ni adalah penentuan segalanya.

Ya,dia sudah dapat maklumat tentang rancangan untuk tunaikan janji itu akan dilakukan malam ini.Malam di mana dia bakal bertemu kembali Encik Abbas dan Amelia,walaupon dalam keadaan yang boleh dikatakan sukar untuk menerima.

Adakah ini semua akan berlaku?

******

"Kau fikir pasal family kau ke?"Zander menegur.

"Apa lagi yang aku kena fikir selain family aku"

"Kenapa kau beria sangat nak sembunyikan diri dari keluarga kau?Kalau kau sendiri tak sanggup nak buat apa yang kau sendiri rancang"

"Habis?Takkan aku nak tengok je adik aku lalui peristiwa tu?"

"Kau yakin apa yang kau cakap ni akan berlaku?Takkan seorang bapak sanggup bunuh anak sendiri sebab dendam?"

Ariq sekadar mengangkat bahu.Dirinya sendiri keliru dengan apa yang berlaku.

Zander hanya mampu mengeluh.

Ariq tetap Ariq,keras kepala.

******

Tepat jam 11 malam,Encik Abbas sampai di tempat mereka berkumpul.Walaupon hatinya berat namun janji tetap janji dan dendam tetap dendam.

"Ikut plan,tapi aku rasa ni benda simple!"Ujar ketua mereka.

Semua mengangguk setuju.

"Jom,gerak!"

SEMENTARA ITU

"Diorang dah gerak,Fraser kau follow diorang"Arah Ariq.

Sebenarnya,mereka sudah sampai lebih awal supaya tidak kantoi.

Fraser mengikuti kereta mereka dengan berhati-hati.

"Sampai rumah aku nanti,lalu ikut belakang jangan ikut depan"

"Kau pasti diorang serang ikut depan bukan belakang?"Tanya Felix.

"Aku pasti.Aku dengar semua plan diorang"

Semua mengangguk.

*****

Amelia yang sedang menonton tv,tiba-tiba diganggu bunyi enjin kereta yang memasuki perkarangan rumah.

Entah mengapa,hatinya tiba-tiba berdebar-debar seakan rasa seperti akan ada sesuatu buruk yang terjadi.

Dia berjalan perlahan ke pintu utama untuk melihat siapa di luar.

"Mak Timah!!!"Laung Amelia.

"Ye,kenapa jerit-jerit ni?"

Terkejut Mak Timah dibuatnya,apabila tidurnya diganggu oleh Amelia.

"Amelia takutlah!Siapa yang datang tengah malam ni?Kalau nak cakap papa dah balik,bunyi kereta papa bukan macam tu"

"Macam tu?Macam mana?"

"Alah,Mak Timah!Tak pelah,jom kita buka pintu sama-sama"

Mak Timah hanya mengangguk.

Kesian,dia melihat Amelia yang menggigil ketakutan.

Belum sempat Mak Timah membuka pintu,seseorang di luar sudah menendang.

Amelia terus mendapatkan Mak Timah.

"Bagus dua-dua dah ada depan mata,kau berdua pegang diorang"Arah Boss.

Dua lelaki berbadan tegap memegang Amelia.

Amelia cuba melepaskan diri namun apakan daya,dia tak mampu untuk melawan dan dia pasrah.

"Korang ni siapa haa?!!!"Jerit Amelia.

"Hoi perempuan,bising lah!!!"

"Diorang dah mula nampaknya"Felix berkata perlahan.

"Tak pe,kita tengok je dulu.Lagipun orang tua tu belum muncul"Ujar Zander.

Mereka memerhati gerakan mereka dari jauh.

Amelia yang bergelut untuk melepaskan diri terus tekedu dan terdiam melihat Encik Abbas yang muncul di hadapan pintu utama.

"Papa"Perlahan suara Amelia memanggil.

Keliru.Dia keliru.Apa yang telah berlaku?

"Dia bukan bapak kau lah!"

Amelia memekakkan telinga.

"Papa tolong, Amelia!"Rayu Amelia.

Encik Abbas menghiraukan rayuan Amelia sebaliknya menghampiri Amelia dengan pistol di tangannya.

"Apa semua ni?!!"

"Jangan memekak lah sial!!"Salah seorang lelaki di situ menengking.

Terhinjut bahu Amelia.

Encik Abbas mengacukan pistol tepat di dahi Amelia.Riak wajahnya dingin.

"Apa salah Amelia,papa?!Sanggup,papa nak bunuh Amelia!!Amelia anak papa,kenapa buat macam ni?apa salah Amelia,papa?"

Air mata laju mengalir dan membasahi pipi.

"Kau jangan panggil aku 'papa' jijik tahu tak?!"

Hati Amelia hancur,mendengar perkataan 'jijik' keluar dari mulut Encik Abbas.

"Apa salah Amelia?Apa yang Amelia dah buat?"

"Kau tanya aku?Kau lupa?Kau yang bunuh isteri aku?Atau buat-buat lupa?"

Amelia tersentak.

"Amelia tak segila itu nak bunuh mama!!Dia,mama,Amelia!"

Encik Abbas tersenyum.

"Disebabkan kau,isteri aku mati!!Patut kau je yang mati, menyusahkan aku je"

Amelia terdiam.Dia tidak mampu untuk bersuara.Hatinya retak.Ini bukan Encik Abbas yang dia kenal.

"Selama ni,aku hanya berlakon baik,sayang kau je!"

"Untuk apa?"

"Kalau aku tak berlakon,plan aku takkan berjaya"

Encik Abbas senyum jahat.

"Baguslah,abang kau tu dah blah!senang kerja aku nak bunuh kau,kan?"

Amelia menggeleng.Kecewa!

"Takkan sebab mama selamatkan Amelia,papa benci Amelia?"

"Memang.Memang betul!"

"Papa tipu!!!Papa terjerat dengan diorang semua ni kan?!!"

"Orang tua,bila kau nak habiskan drama bodoh ni?Cepat sikit boleh tak?Aku dah penat tunggu"Celah seorang ahli kuat itu.

"Move!"Arah Zander.

Mereka mengangguk lalu melangkah dengan berhari-hati.Pintu belakang dibuka.Mereka membongkokkan badan dan menunggu Masa yang sesuai.

"Papa,please jangan buat macam ni!"

"Aku dah cakap aku bukan bapak kau!"

Amelia menggeleng kecewa.

"Aku tak ada anak macam kau,Amelia Adellia"

Amelia merenung muka Encik Abbas.Air matanya mengalir dan terus mengalir.

1

2

3

Bunyi tembakan dilepaskan.

Amelia membuka matanya,dan terkaku.

Bukan dia yang ditembak tapi Encik Abbas.

"PAPA!!"Jerit Amelia.

Dia terduduk lalu menepuk pipi Encik Abbas yang sudah terbaring.

"Papa,bangun papa!!jangan tinggal Amelia!Bangun pa!!"

Semua di situ sudah melarikan diri.

FLASHBACK

"Kau dah sedia,Ray?"Zander bertanya.

Ray mengangguk.Pistol diacukan diacukan tepat ke sasaran iaitu kepala.

Ray mengambil nafas.

1

2

3

Tembakan dilepaskan dan semuanya seperti dirancang 3 tahun lepas.

END FLASHBACK

"Amelia Adellia"Ariq memanggil.

Amelia memandang tepat ke arah Ariq.

"Abang,minta maaf!Tapi"

"Aku tak nak dengar apa pun penjelasan dari mulut pembunuh macam kau!!"

Ariq memandang wajah Amelia.

Jelas wajah kecewa.

"Amelia,abang buat bersebab"

"Bersebab sampai kau sanggup bunuh bapak aku?Mana kau menghilang?Kau tinggalkan kitaorang,kau tinggalkan aku!Lepastu kau muncul tiba-tiba dan bunuh bapak aku pulak?!"

"Amelia,dengar apa abang nak cakap!Orang tua ni dah lama rancang nak bunuh adik,dengar lah cakap abang"

Amelia senyum terluka.

"Lepas apa dah buat dekat aku,dekat papa,kau nak aku dengar cakap kau?Aku hilang kasih seorang abang.Aku sunyi.Tiga tahun,tiga tahun kau tinggalkan kitaorang.Aku sunyi,AKU SUNYI!!Mana kau?Mana kau untuk teman aku"

Ariq hanya diam.Diam tidak mampu membuka mulut untuk bersuara.

"Aku hilang mama dalam masa yang sama aku hilang seorang abang,abang kandung aku sendiri!"

Amelia mengesat air matanya.

"Kau hilang tanpa satu petunjuk pun,tanpa sebab.Kau sanggup tinggalkan aku,masa aku perlukan kau!Aku hilang semuanya.Kau pergi mana?kau tinggalkan aku macam tu je!Kau tahu tak bertapa susahnya untuk aku move on dari keadaan yang sengsara,sunyi macam tu!Kau langsung tak ambil tahu!Lepastu kau muncul balik dan kau bunuh papa pulak?Tell me apa salah aku?Aku ni tak layak ke nak dapat kasih sayang?Bagitahulah?!!!Layak ke aku,Ariq Affan?!Apa aku memang tak layak dapat kasih sayang dari seorang abang,mama dan papa!Aku dah tak de siapa dalam hidup aku!Terima kasih sebab buat hidup aku macam ni!"

"Amelia Adellia,abang sayang adik!abang buat semua ni bersebab dan Hari ni abang datang untuk jelaskan semuanya!Tolonglah bagi abang peluang!"

"Mulai hari ni,aku takkan mengaku siapa Ariq Affan!Aku benci kau!!"

Ariq tersentak.Adakah dia sedang bermimpi?Dia sudah hilang segala-galanya.

*******

Pihak polis dan ambulance sampai selepas beberapa minit itu.

Ariq ditemani oleh Felix manakala Fraser dan Zander sudah pergi terlebih dahulu.

Amelia memandang kosong jasad yang tak bernyawa.

Ya,Encik Abbas.Lelaki yang dia sayang,lelaki yang curahkan semua kasih sayang ya,yang menemani dirinya,yang tolong dia keluar dari keadaan yang penuh dengan duka.Biarlah ianya hanya satu lakonan tapi lelaki itulah yang ada dengannya saat dia perlukan seseorang.Sikit pon dia tidak membenci papanya walaupun lelaki itulah berniat untuk membunuhnya.Kini,dia hilang segala-galanya.Hilang kasih sayang seorang bapa,seorang ibu.Hidupnya penuh dengan duka.

Ariq tidak mampu lakukan apa-apa.Jika diberi peluang ingin sahaja dia memeluk adik nya.Namun,apakan daya.Amelia sendiri sudah membencinya.Dia terima.

Felix menepuk perlahan bahu Ariq sebagai pembakar semangat.

Mak Timah?

FLASHBACK

"Aku rasa sebelum aku bunuh kau,orang tua ni dulu kot yang patut aku bunuh?"

Pistol beralih arah.Kini,berasa tepat di dahi Mak Timah.

"Papa,please!Jangan buat semua ni!Mak Timah,yang teman Amelia!Amelia dah anggap dia mak Amelia,tolong papa!"

Tembakan dilepaskan.

"MAK TIMAH!!"Jerit Amelia.

Amelia bergelut untuk melepaskan diri.

Kemudian,pistol kembali ke arah Amelia.

END FLAHSBACK

******

Pagi ini,bukan pagi seperti pagi biasa.Pagi ini pagi yang penuh duka.Kejadian hitam masih kekal diingatan Amelia.

Langkahnya berat menuju ke bilik Encik Abbas.

Pintu dibuka.

Tangisan yang ditahan kini mengalir.

"I miss you papa!"Perlahan suara Amelia.

Matanya melihat ruangan bilik itu.

"Amelia nak sarapan dengan papa.Papa tipu Amelia,papa kata papa nak makan kek yang Amelia buat tapi papa tak makan pon!Sanggup papa pergi tinggalkan Amelia sendiri"

Amelia terduduk.

Tidak kuat.Tidak kuat untuk jalani kehidupan sebegini.

Ruangan dapur dilihat.Disinilah,Mak Timah selalu berada.

Sarapan pagi biasanya sudah ada di atas meja,namun kini semuanya tidak seperti hari-hari sebelum ini.

******

Semua orang sudah meninggalkan perkarangan kubur.

"I miss you,papa!Always miss you"

Ariq memegang bahu Amelia.

"Adik,jom"

Amelia bangun lalu melangkah perlahan.

Ariq hanya mengikut langkah Amelia dari belakang.

******

Selepas majlis tahlil,Amelia menuju ke ruang tamu.

Banyak kenangan dia bersama Encik Abbas di ruang tamu.

"Adik"

Amelia tanpa berfikir panjang terus menghampiri Ariq lalu terus peluk seerat-eratnya.

Ariq tersenyum lalu membalas perlukan untuk lepaskan rindu.

"Jangan macam ni,abang tak sampai hati nak tinggal Amelia"

Amelia melepaskan perlukan lalu memandang Ariq.

Bagai tersedar dari mimpi.Amelia kembali dingin.

"Kau nak pergi,pergilah!Kau memang datang untuk hancurkan hidup aku pun kan?Jadi,pergilah!Jangan muncul lagi"

"Abang minta maaf seikhlas hati abang"

"Aku tak perlukan maaf kau!"

Amelia berlalu pergi menuju ke bilik.

Ariq mengambil nafas berat.

"Ray,jom!Diorang dah tunggu dekat airport"

Ariq mengangguk lemah.

Dia terima jika hari ini adalah hari terkahir untuk dia berjumpa dengan Amelia.Mungkin segala-galanya sudah berakhir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience