Rate

Bab 1

Action Series 4325

"Good morning,papa!!!"Laung Amelia apabila melihat kelibat bapanya di dapur.

"Amelia berapa kali papa cakap,jangan sergah papa macam tu!"

"Oups,sorry papa!"

Encik Abbas hanya menggeleng melihat perangai anaknya.

"Ni,papa balik lambat hari ni.Jangan nak ambil kesempatan keluar rumah sampai lewat malam,dekat luar tu bahaya"

"Yelah,papa!Amelia dah besarlah"

"Papa tengok kecik je,degil memanjang!"

"Okay,cukup!Amelia nak makan,dengar papa membebel sampai esok pagi tak habis"

Amelia tahu sangat perangai Encik Abbas yang sudah berleter kalah mak-mak!Encik Abbas seorang yang tegas dalam mendidik dan seorang pendiam selepas kematian isterinya.

Sejak abang kandung Amelia iaitu Ariq Affan yang menghilangkan diri,Amelia belajar hidup berdikari.Dia tidak pernah mendapat kasih sayang seorang abang.Bukan tak pernah cuba untuk mencari dimana abangnya namun setiap kali Amelia mahu mencari,Encik Abbas akan menghalang dirinya.Amelia sendiri tidak tahu mengapa Encik Abbas sangat membenci Ariq.Sebut sahaja nama Ariq Affan,Encik Abbas akan bertukar menjadi seorang yang dingin.

Tipulah jika Amelia tidak mengharapkan kepulangan abangnya,namun semua itu sia-sia.Dia tahu abangnya takkan pulang dan kembali ke pangkuan keluarga.

Hidup Amelia Adellia sangat sunyi.Encik Abbas tidak selalu meluangkan masa bersama Amelia.Mereka akan berbual anak beranak pada waktu pagi iaitu sarapan.Kalau Encik Abbas pulang awal dari kerja Amelia akan meluangkan masa dengannya.

Sudah lali dengan kehidupan yang membosankan dan tiada teman untuk berbual.Semua itu Amelia hadapi sendiri selepas ibunya meninggal dunia dan abangnya menghilangkan diri.

Hampir setiap malam dia menangis,rindu untuk meluangkan masa bersama-sama.Namun apakan daya takdir sudah tertulis,dia redha.

*****

"Haih,hari ni nak buat apa!!Bosannya"Rungut Amelia sendiri.

Dia menghempaskan diri di atas katil dan memandang sepi syiling.

"Kalau abang Ariq adakan best,tak delah aku duduk sorang dalam rumah ni!Apalah nasib kau Amelia,hidup sunyi"Monolog Amelia.

Dalam tidak sedar,dia dibuai mimpi.

*****

"Good morning boss!"Puan Raudha menyambut kedatangan Encik Abbas.

Seperti biasa,Encik Abbas hanya menggangguk sahaja.

"Saya ada meeting ke hari ni?"

"Tak ada boss"

"Good!Saya keluar waktu lunch nanti"

Puan Raudha hanya mengangguk faham.

Setelah itu,Encik Abbas berlalu masuk ke biliknya.

*****

Sedang fokus membuat kerja,phonenya berbunyi.

"Hello,kau nak apa?!"Mendatar suara Encik Abbas.

"Boss nak jumpa kau malam ni"

"Aku dah tahu"

"Baguslah!Tak ada menyusahkan aku nak beri keterangan lanjut kan?"

"Huh!Fikir aku simpati?"

"Hey,orang tua!Ingat kau belum bebas lagi,selagi kau tak tunaikan janji kau selagi tu kau bawah jagaan kitaorang"

"Aku tahu apa aku buat!Kau tak payah nak menyibuk urusan aku"

Talian ditamatkan.

Jam ditangannya dilihat sekilas lalu dia kembali capai phone dan mencari nama Amelia.

*****

Phone berbunyi kuat membuatkan Amelia tersedar dari lenanya.

Dalam keadaan mamai,dia menjawab panggilan dari Encik Abbas.

"Yes,papa.Ada apa call?"

Dengar sahaja suara Amelia,Encik Abbas sudah menggeleng.Tahu sangat perangai anaknya yang suka tidur.

"Haih,apa nak jadi dengan anak dara sorang ni!Tidur je memanjang,buatlah sesuatu jangan nak tidur je kerja!Cubalah memasak ke,kemas rumah ni tak tidur pulak!Macam mana lah nanti dah jadi isteri orang,malu papa tau!"

"Papa call Amelia ni memang nak membebel ke?Pening tau,dah lah baru bangun lepastu dapat bebelan bingit papa"

"Tengok tu kita cakap untuk masa depan dia tapi kita pulak yang kena marah"

"Okay sorry,sorry!Terima kasihlah bebel dekat Amelia!Ni ada apa call?"

"Papa nak ajak lunch sama-sama"

"Aik?Baru pukul berapa,awalnya nak lunch"

"Awal apanya Amelia Adellia,dah pukul 12 tengah hari dah ni!!"

Keadaan sepi seketika.

"What?!!12 tengah hari?!"

"Ye,Amelia!Dah kenapa terkejut beruk pulak ni?"

"Tak ada apa!Papa send location,nanti Amelia sampai okay?"

"Hmm yelah!Jangan lewat,boleh kebulur papa"

"Ye,ye!Okay bye!"

Talian ditamatkan.

*****

"Berapa lagi kita nak tengok pergerakan orang tua tu?"

"Kau boleh sabar tak Fraser?"Tegas Ariq.

"Sabar otak kau!Dah setahun kita ikut pergerakan orang tua tu tapi satu apa pon tak dapat"

"Ray,kau ada dapat maklumat baru pasal kumpulan orang tua tu?"Zander bertanya.

Di dunia mafia Ariq Affan dikenali sebagai Ray Alvin.Dia juga merupakan orang kuat kumpulan yang cukup terkenal dan berbahaya iaitu The Cruelty Of Darkness.Kumpulan yang diketuai oleh Zander James Edward.Orang yang paling bahaya dan berpewatakan dingin dan tiada belas kasihan dengan musuh.

Selain Zander dan Ray menjadi musuh utama kumpulan mafia lain,Fraser Edwin dan Felix Edwin juga menjadi saingan utama.Kembar seiras ini berpewatakan yang ceria dan mereka berdualah yang meriuhkan susana dingin.Namun jika suasana itu serius,mereka berdua bertukar dari ceria kepada dingin dan muka yang serius.

Belum sempat Ariq mahu menjawab soalan Zander,phonenya berbunyi.

"Okay,aku gerak sekarang"

Talian dimatikan.

"Zander,malam ni diorang berkumpul"Terang Ariq.

"Nice!Tak lama lagi mampos orang tua tu!!"Felix mencelah.

Zander hanya mengangguk lalu beredar.

*****

"Sorry,papa!Jalan sesak tak di"

"Yelah,dah cepat order!Papa ada kerja melambak dekat office tu"

Amelia mengangguk.

Sampai sahaja makanan yang dipesan Amelia,mereka menjamu selera tanpa sebarang suara.

"Papa,lepasni Amelia nak singgah beli barang buat cake"

Encik Abbas tersedak.

Amelia cepat menghulurkan air.

"Papa ni dah kenapa?Tiba-tiba tersedak pulak"

"Betul ke apa papa dengar?Amelia nak buat cake?!"

"Yelah.Kenapa papa terkejut sangat?"

"Awak tu tak pernah masuk dapur tiba-tiba masuk dapur memang papa terkejut lah"

"Alah,papa ni!Cubalah bagi semangat sikit dekat anak papa sorang ni"

"Merajuk pulak anak papa ni!"

Amelia mencebik.

"Yelah,teruskan!Papa suka,sekurang-kurangnya kamu tak adalah bosan je dekat rumah tu"

Amelia mengangguk setuju.

******

"Tu orang rua tu dah sampai"Felix berkata.

Semua memerhati pergerakan Encik Abbas.

Mereka semua menyorok disebalik semak untuk melihat pergerakan Encik Abbas.

"Ada apa kau nak jumpa aku?"Mnedatar suara Encik Abbas.

"Aku bagi kau masa lagi dua hari untuk kau tunaikan janji kau"

"Kau fikir itu benda mudah ke?bagi aku masa sebulan"

"Dua hari atau mati"

"Fine!Dua hari"

"Good!Dah blah"

"Game start!!"Zander berkata.

Ariq masih lagi tidak lepas memandang Encik Abbas.Kebenciannya semakin mendalam terhadapat Encik Abbas.

"Dah jom blah,kang kantoi pulak!"Ujar Fraser.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience