Rate

Bab 4

Action Series 4322

Hari demi hari berlalu tapi bagi Amelia setiap hari yang berlalu dengan pantas itu hanyalah hari yang kosong buatnya.Hari yang langsung tiada makna.Tapi hari ni mungkin tidak.

Hari ini merupakan hari yang penting buat dirinya,di mana hari ini merupakan hari permulaan yang baru buat Amelia.Hari yang harus dia jalani dalam kehidupan sebagai seorang gadis yang harus berdikari tanpa penyokong dan sumber kekuatan di sisi.

Amelia melihat pemakainnya di hadapan cermin.

"Okay,Amelia you can do it!Kau kuat and kau kena kuat!"Amelia bermonolog sendiri sebagai sokongan untuk dirinya.

Amelia mengambil nafas untuk redakan nervous.

Amelia mendongak melihat puncak bangunan syarikat Encik Abbas.

Hari ni merupakan hari pertama untuk dia mengambil alih semua kerja Encik Abbas.

Amelia membuka langkah.

"Assalamualaikum,ini Cik Amelia Adellia kan?"Puan Raudha menegur.

"Waalaikumusalam,ya saya"Amelia jawab dengan ramah.

"Saya Raudha,PA Encik Abbad dan kini saya PA cik Amelia"Ujar Puan Raudha dengan lembut.

"I see,kalau macam tu tunjukkan jalan ke bilik saya boleh?"

Puan Raudha mengangguk.

*****

"Terima kasih"Ujar Amelia.

"Kalau Cik Amelia ingin bertanya atau bantuan tentang kerja boleh panggil saya"

"Janganlah panggil saya 'cik',segan!Awak berumur dari saya.Awak panggil saya Amelia sahaja"

"Baiklah.Ada apa-apa lagi boleh saya bantu?"

Amelia mengangguk dan senyum.

"Saya minta diri dulu"

******

"Masuk"Ujar Amelia apabila mendengar ketukan pintu.

"Amelia,ada orang ingin berjumpa"

"Bagi dia masuk"Ujar Amelia sambil menghadiahkan senyuman.

Amelia menyilangkan tangannya ke atas meja dan melihat seorang lelaki memasuki ke biliknya.

Badannya tegap,tinggi dan berkulit cerah.Muka?Mukanya dingin,namun Amelia hanya pandang dengan pandangan yang tajam.

Suasana bilik itu menjadi tegang.

"Kau siapa?"Amelia memulakan perbualan.

"Aku Alex,orang kuat Tuan Abbas"

Amelia mengangguk faham.

"So,ada apa kau nak jumpa aku?"

"Kau dah tahu pasal kumpulan mafia ni kan?"

Amelia mengangguk lagi.

"Malam ni,kita buat perbincangan besar di markas dan kau diperlukan"

"Perbincangan about what?"

"Everything.Tepat 11 malam semua dah siap sedia"

"Okay,tepat 11 malam aku sampai"

Alex mengangguk sebelum berlalu pergi.

*****

Amelia mengenakan outfit berwarna hitam untuk ke markas.

Ini adalah kali pertama dia melibatkan diri dalam dunia gelap di mana taruhan nyawanya.Pada mulanya,dia ragu-ragu untuk menerima semua ini namun,setelah menjumpai matlamat utamanya dalam dunia mafia,Amelia akhirnya membuat keputusan untuk bersetuju dalam mengetuai kumpulan yang ditubuhkan oleh papanya.

Malam yang sejuk oleh kerana hujan yang lebat mebangkitkan lagi suasana dingin di dalam kereta.

Hujan yang lebat menyebabkan Amelia susah untuk melihat jalan dengan mudah.Lampu trafik yang menyala warna merah dilanggar begitu sahaja oleh kerana cerminnya pudar untuk melihat sekeliling tambahan pula air hujan yang tidak berhenti berlalu laju di cermin kereta.Nasib membawa malang,lori laju berlalu melawan arah kereta Amelia dan disebabkan itu berlaku perlanggaran antara lori tersebut dan kereta Amelia.Kereta milik Amelia terbalik hingga hujung jalan menyebabkan cermin pecah dan muka Amelia tergesel di jalan tar.

Orang ramai mengelilingi kereta Amelia.Beberapa minit kemudian,ambulans datang bersama bomba dan polis.

******

Gelas kaca ditangan Ariq jatuh pecah berderai.

"Kau ni tak pernah-pernah bebal tiba-tiba jadi asal?"Fraser menegur.

"Aku rasa tak sedap hati macam ada sesuatu jadi dekat Amelia"

Fraser berkerut.

"Drama tv mana kau jadikan skrip ni?Dah lah kemas semua ni.Hampir nak luruh jantung aku dengar bunyi gelas pecah tiba-tiba"

"Yang kau membebel macam makcik-makcik ni kenapa?Berambus lah"

Fraser menjelir lidah sebelum pergi dari ruangan dapur.

******

"Pesakit ni tiada waris ke?"Doktor bertanya.

"Saya tak tahu,saya sebagai wakil saksi kemalangan sahaja"Kata Alex.

"Tak pelah,saya pergi dulu"

Alex hanya mengangguk.

Dia menghampiri Amelia yang masih tidak sedarkan diri.

Phone milik Alex berbunyi.

"Kau dah buat apa aku suruh?"Alex bertanya.

"Dah boss!Semuanya settle"

"Bagus!Kita tunggu Cik Amelia bangun"

"Baik,boss!"

Talian ditamatkan.

*******

Ariq menghentak meja,habis bersepah barang akibat dicampak oleh Ariq.

Mukanya diraup kasar dan bersandar dinding lalu terduduk.Berita tentang Amelia membuatkan dia membenci dirinya sendiri.Air matanya jatuh menitis untuk seorang gadis yang dia sayang.

Flashback

Ariq memasuki restoran dan melilau mencari orang yang ingin berjumpa dengannya.

Seorang lelaki melambai tangan ke arah Ariq.Ariq mengangguk lalu menghampiri lelaki itu.

"Aku Zack"

Ariq mengangguk.Tiada senyuman yang terukir di bibirnya.

"So,straight to the point.Kenapa nak jumpa aku?"

"Kau abang kepada Amelia Adellia kan?"

Ariq mengangguk.

"Aku dapat berita Amelia kemalangan"

Ariq terkaku.

"Bi...bila?"Gigil Ariq bertanya.

"Malam semalam.Keadaan dia stabil cuma mukanya teruk sebab bergesel dengan jalan tar.Selain tiu,tangan kirinya patah"

"Kau tipu kan?Kau jangan nak buat berita palsu dekat aku,aku boleh bunuh kau bila-bila masa dari sekarang!"

Lelaki bernama Zack itu menunjukkan video dan gambar keadaan Amelia di hospital.

Ariq meraup mukanya.Bagaikan mimpi,dia tidak dapat menerima semua ini.

"Apa-apa update dekat aku.Terima kasih"Ujar Ariq sebelum keluar dari restoran.

End Flashback

Zander memasuki bilik Ariq lalu menghampiri Ariq.

"Memang patut Amelia benci ada abang macam aku"Ujar Ariq dengan seribu perasaan.

Zander hanya memandang sepi ke arah Ariq.

"Aku tak ada masa dia perlukan aku.Aku hancurkan hidup dia,kebahagian adik aku sendiri dan sekarang aku tak mampu ada di sebelah dia"

"Ray kau kena ingat kau buat semua ini untuk Amelia,kau korbankan nyawa kau demi dia.Kenapa kau kena cakap macam tu?Bukan tujuan kau jauhkan diri dari Amelia untuk selamatkan dia dari dunia gelap kita?"Ujar Zander.

Untuk pertama kali,Zander mengungkapkan kata-kata sepanjang itu.

"Aku percaya suatu hari nanti,Amelia akan faham kenapa kau buat semua ni.Percayalah nanti dia cari kau"Celah Felix.

"Betul tu!"Fraser menyokong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience