Rate

Bab 3

Action Series 4322

Sepanjang perjalanan ke Perancis,Ariq mendiamkan diri dan termenung.Apa yang dia fikirkan hanya tentang keadaan Amelia yang harus menjalani kehidupan seorang diri.

Kalau ikut kehendak Ariq mahu sahaja dia bawa Amelia duduk bersamanya.Namun,dia tidak mahu Amelia berada dalam keadaan bahaya di dalam dunianya.

Dia rela meninggalkan Amelia hidup seorang diri daripada membawa Amelia ke dunia gelap iaitu dunia mafia yang penuh kekejaman.Cukuplah dia kehilangan papa dan mama,dia tak sanggup untuk kehilangan Amelia.Amelia lah satu-satunya sebab Ariq masih berdiri kuat menghadapi dugaan demi keselamatan Amelia.

Dia benci dengan dirinya sendiri kerana tidak dapat memberikan kekuatan pada Amelia.

"Kau fikir tentang keadaan Amelia ke?"Zander menegur.

"Pasal apa lagi yang aku kena fikir?Amelia lah satu-satunya kekuatan aku"

"Habis kau nak patah balik?"

"Gila ke?Aku tak nak keselamatan Amelia terjejas sebabkan aku lagi teruk dia benci aku"

"Aku yakin,Amelia akan cari kau!"Fraser mencelah.

Ariq tidak memberi sebarang respon.

*****

Seminggu telah berlalu,keadaan Amelia tetap sama tiada yang berubah.

Hari demi Hari benci Amelia terhadap Ariq semakin membuak.Namun,dalam masa yang sama dia mengharapkan kepulangan Ariq.Dia perlukan Ariq sebagai kekuatannya untuk teruskan kehidupan.

Kehidupan Amelia bagai tiada tujuan,semuanya seperti sudah berakhir.Tiada siapa yang ada bersamanya.

Ya,dia perlukan seseorang untuk keluar dari dunia yang sedih dan kejam ini.

"Abang,adik perlukan abang!Kenapa abang tinggal adik setelah apa yang abang buat dekat adik?Kenapa abang musnahkan hidup adik?Mana abang?Adik nak abang,adik dah tiada sesiapa untuk luahkan perasaan.Semua dah tinggalkan adik"

Hampir setiap hari,Amelia meraung dan luah perasaan yang sama setiap hari.

Amelia membuka pintu utama untuk menyambut tetamu.

"Assalamualaikum,ini Cik Amelia Adellia?"Seorang perempuan bertanya.

"Waalaikumusalam,ye saya.Kamu siapa?"

"Saya yang diberi amanah uruskan wasiat Encik Abbas"

"Okay,kenapa ya?"

"Oh,mungkin Cik Amelia terlupa.Kita ada bincang tarikh untuk bertemu atas urusan wasiat"

"Ouh,betullah!Sorry saya lupa"

"Tak apa,boleh kita berbincang sekarang?"

"Boleh,jemputlah masuk kita bincang di dalam"

"Sebelum itu,nama saya Mawar"

Amelia menyambut salam dari perempuan yang dikenali sebagai mawar.

*****

"Termenung jauh nampak"Felix menegur.

"Tak ada lah,aku tengah fikir keadaan adik aku"

"Haih,kau ni!Adik kau akan okay,percaya cakap aku"

"Kalau tak okay?"

"Kau punya overthinking kalah perempuan"

Ariq menghamburkan ketawanya.

"Apahal kau gelak?"

"Tak ada lah,sejak bila pula kau ambil tahu pasal perempuan ni?"Jawab Ariq dengan sisa ketawanya.

"Part negative aku tahu la"

"Kau tak ada kerja lain ke selain dari kacau aku?Dah blah aku nak buat kerja"

"Menyesal pula aku ambil berat tentang kau,patut aku bahan je tak di"

Ariq memekakkan telinga.

*****

Amelia memandang kosong kotak di hadapannya.Kotak yang diberikan oleh Mawar.

FLASHBACK

"Oh,sebelum saya terlupa!Encik Abbas ada amanahkan saya untuk serahkan kotak ni"

Mawar menghulurkan kotak yang bersaiz sederhana dan berwarna biru kepada Amelia.

"Arwah suruh saya serahkan bila arwah sudah meninggal jadi saya rasa ini masa yang sesuai untuk saya tunaikan amanah arwah"Sambung mawar lagi.

"Terima kasih"Ujar Amelia.

Mawar mengangguk.

"Kalau macam tu saya minta diri dulu,terima kasih beri kerjasama"

Amelia hanya mengangguk.

END FLASHBACK

Amelia membuka kotak tersebut.

Amelia membuka surat dan dokumen yang berada dalam kotak tersebut.

SURAT

Assalamualaikum,Amelia.Kalau Amelia dapat surat ni bermakna papa dah meninggalkan Amelia buat selama-lamanya.Papa serahkan Syarikat papa pada Amelia.Papa amanahkan Amelia jaga syarikat papa,papa tahu Amelia mampu majukan syarikat papa.Dokumen warna hitam semua tentang syarikat untuk senangkan Amelia.

Sebenarnya bukan itu sahaja,papa ada tubuhkan kumpulan mafia cuma papa tubuhkan untuk keselematan Amelia apabila papa tak ada nanti.

Papa tahu Amelia juga mampu ketuai kumpulan papa tubuhkan.Dalam kotak kecil tu ada semua kunci yang Amelia perlukan nanti.

Papa minta diri dulu,maafkan papa Amelia.

Assalamualaikum.

*******

Langit malam yang cantik dihiasi bintang dipandang.

Memikirkan amanah yang diberikan oleh Encik Abbas itu berat untuk dia lakukan pada usia muda dan tiada pengalaman.

"Kalau abang ada mesti best,boleh adik minta tolong"

Mulut kata tidak namun hati kata rindu.

Amelia melihat semua dokumen syarikat.

'Amelia akan buktikan Amelia mampu banggakan papa dan untuk abang,adik akan buktikan adik boleh survive walaupun abang tidak ada di sisi adik'Gumam hati Amelia.

******

"Ray,kau pasti yang Amelia mampu buat semua tu seorang diri?"Fraser bertanya.

Zander dan Felix memandang Ariq.

"Maybe yes"

"Macam tak yakin je jawapan kau ni"Ujar Felix.

"Bukan apa,aku takut dengan keselamatan Amelia.Papa aku tu ada banyak musuh,tak mustahil Amelia jadi mangsa nanti"

"Bukan,orang tua tu ada tubuhkan kumpulan dia ke?"

"Memanglah tapi dah dibubarkan"

"Kau pasti?"Zander mencelah.

Ariq mengangguk.

"Bagi ruang dekat adik kau untuk dia survive dulu,aku nak tengok macam mana dia nak survive.Lagipun itu yang kau nak kan?"Ujar Zander.

Ariq mengangguk lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience