Bab 12

Drama Completed 4138

"Weh,apa plan kita nak buat kat Ayra tu? tanya Syaf memandang Mira dan Siti.
"Emm aku rasa...entahlah."jawab Mira yang buntu.
"Engkau ni..ingat nak bagi idealah tadi!" tengking Syaf kepada Mira.Mira gelak kecil
"Emm apa kata kita bagitahu je kat si mamat tu yang sebenarnya Ayra pun suka dia." Siti memberi idea.
"Macam mana nak bagitahu dia? Nak kena cari dia ke?" Syaf membuat muka malas.
"Iyalah pulak! Jom sekarang!" kata Siti terus bangun.Mira dan Syaf menurut.

"Weh Ayra!kami nak keluar kejap tau!" mereka terus pergi keluar.
"Haih,mana lagi lah mereka nak pergi tu!" tengking Ayra yang duduk di atas sofa.

"Uwehhh mana lagi nak cari lelaki tu?" tanya Mira yang sudah penat mencari.
"Sabarlah ,karang mesti kita jumpa!" jawab Siti.
"Urmm itu nampak macam dia,yang tengah pegang kamera tu.." tunjuk Syaf.
"Hah! dah jumpa! jom kita pergi kat dia." Siti menarik tangan Mira dan Syaf.

"Hai!" tegur Siti.
"Hai...kalau tak silap,ni kawan Ayra kan?" tanya Aiman.
"Haha yup! kami ni kawan Ayra.Urm kau betul-betul sukakan Ayra?" tanya Syaf terus terang.
"Suka!Suka sangat!" Aiman tiba-tiba teruja.
"Haha nak bagitahu.Sebenarnya,Ayra pun sukakan kau..tapi cuma malu nak bagitahu aje..sebab ini firsttime dia nak bercinta." jawab Syaf selamba.
"Hah! serius lah?Aku orang pertama yang berjaya buka pintu hati dia?" tanya Aiman yang gembira.
"Haha iye serius.Buat apa kami nak tipu." Siti ketawa melihat Aiman yang bukan main seronok.
"So,mana dia sekarang?" Aiman tidak sabar mahu berjumpa dengan Ayra.
"Dia kat hotel lah..dia tak tahu kami nak jumpa kau." kata Siti.
"Urm kejap.Aku call dia." Mira menelefon Ayra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience