Bab 2

Drama Completed 4138

Selesai berjalan,mereka berhenti makan di kedai yang berdekatan dengan pantai.Tiba-tiba,Siti memandang ke pantai.
"Wehh jom lah cepat..aku tak sabar nak pergi pantai ni!"rungut Siti sambil menggoyangkan kerusinya.
"Sabar..sabar.Nanti disebabkan kau,kami ni tercekik kulit kerang ni!" kata Ayra yang baru mahu meminum.
"Ok dah jom jom!" Syaf menarik tangan Ayra dan terus berlari.Siti dan Mira turut berlari di belakang.

Mereka mengambil gambar bersama dengan bermacam-macam gaya.

"Wah cantiknya permandangan kat sana! ambil gambar kat sana pula lah." Kata Aiman terus ke pantai.
Kcik..kcik!
Aiman menekan kameranya beberapa kali.
"Urm dah banyak dah ni..esok pula lah sambung." Aiman terus menyimpan kameranya dan bergerak pulang ke hotel.

"Eh dah la jom ! dah nak senja ni.Esok kita sambung." kata Ayra mahu balik ke hotel.Siti,Syaf dan Mira menurut sahaja.

"Ahhh fuh,penat betul berjalan tadi.Baru sekejap! Esok mahu mengesot." kata Mira yang sudah baring.
"Hahahaha tulah!" Ayra menyokong.Siti dan Syaf ketawa melihat mereka berdua .
"Tak sabar esok nak jalan lagi.Kita pergi tempat yang best-best tau!" jerit Syaf teruja.
"Haha mestilah.Memang tujuan kita datang sini pun ..nak jalan-jalan kan?" jawab Ayra saja mencari pasal dengan Syaf. Syaf menjeling.Mira dan Siti ketawa melihat mereka berdua yang tak habis-habis bergaduh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience