Bab 6

Drama Completed 4138

"So,kita nak pergi mana lagi ni?" tanya Ayra memandang mereka.
"Entahlah..kaki aku dah sakit ni ..banyak sangat jalan tadi" Syaf menunjuk kakinya.
"Hahaha tadi engkau yang excited sangat kan." Ayra mengejek.
"Kalau macam itu,kita pergi lepak kedai tomyam tu nak?" Siti tunjuk dengan menggunakan muncungnya.
"Haa okay jom."Ayra membawa kereta ke sana.

"Cik,order?"
"Emm..saya nak teo ais.Korang nak apa?" tanya Mira.
"Haa kami pun teo ais juga.Itu sahaja" Ayra memberitahunya.
"Okay." pelayan itu berlalu pergi.
"Weh Ayra,tengok baju yang kau beli tadi." minta Mira.
Ayra menghulurkan beg yang berisi baju itu kepada Mira.
"Lawanya..aku nak boleh?" gurau Mira.
"Hahaha bayar lah! minta minta pula..ingat free?" tengking Ayra.Syaf dan Siti ketawa.
"Eh..aku nak pergi tandas kejap." Ayra bangun.
"Okay boss!" jawab mereka serentak.

"Alamak,ada orang pula.Kena tunggu dulu." katanya di dalam hati.Tiba-tiba,muncul seorang lelaki di belakangnya yang menunggu giliran.Ayra terpandang muka lelaki itu.
"Aduh..mamat ni lagi.." getusnya dalam hati.
"Ehh..Hai awak! kita jumpa lagi ye." tegur Aiman.Ayra tersenyum sahaja.
"Emm nama awak apa?" Aiman melihat muka Ayra.
"Ayra." jawabnya sepatah.Malas melayan.
"Ohh sedapnya nama.Nama saya Aiman." kata Aiman.
Ayra melihat muka Aiman.
"Urmm,boleh tahan macho dia ni." katanya di dalam hati.
"Urmm..awak,saya nak berterima kasih sebab hari tu awak bayarkan makanan tu." Ayra melihatnya.
"Ehh tak apa,tak susah pun.Untuk bakal isteri saya,semua pun boleh." usik Aiman.Jantung Ayra mula berdegup laju.
"Urm..aa..saya..masuk tandas dulu..ok bye." kata Ayra bergegas masuk ke tandas.Aiman ketawa kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience