Bab 9

Drama Completed 4138

"Weh..weh nampak Ayra tak?" tanya Mira sambil mencari Ayra.
"Hah! tu dia! dia dengan siapa tu?" Syaf menunjuk jarinya ke arah Ayra dan Aiman.
"Fuyooo pergi dating rupanya!patutlah tak nak kita teman.Hahahah" bisik Siti perlahan.
"Haha iye iye aje korang cakap dia dating." cakap Mira sedang tekun melihat Ayra dan Aiman.
"Hmm lepastu siapa? ke itu lelaki yang bayar makanan kita tu?" Syaf memandang Mira dan Siti.
"Haah! iye tak iye juga.Tak apa..tak apa.Kita tengok aje." bisik Mira perlahan.

"Ayra,awak duduk sini ke atau datang bercuti?" tanya Aiman fokus memandangnya.
"Saya datang sini bercuti dengan kawan-kawan saya tu.."jawab Ayra tanpa memandang ke muka Aiman.
"Ooooh.Awak!" jerit Aiman tiba-tiba.
"Kenapa?" Ayra akhirnya memandang mukanya.
"Haaa..pandang pun muka saya,ini dari tadi lagi tunduk aje." Aiman ketawa kecil.Ayra tersenyum.
"Ayra..dah berpunya ke?" bisik Aiman tiba-tiba.
Dup..dap!Jantung Ayra kembali berdegup laju.
"Haih asal dengan hati aku ni..fuh.sabar-sabar."getus hati Ayra.
"Urmm kenapa?" tengking Ayra.Aiman tersenyum.
"Saja...k.." tak sempat Aiman habiskan ayatnya,Ayra memotong.
"Eh em tak apa lah awak..saya balik dulu.."
"Alah awalnya!" Aiman buat-buat merajuk.
"Lah merajuk ke pun." Ayra menggeleng dan terus memusingkan badannya.
"Saya suka awak,Ayra!" jerit Aiman jujur pada Ayra.
"Haa apa...aw..awak cakap?" tanya Ayra.Gagap.
"Saya cakap saya suka awak!" jerit Aiman lagi .
"Ish jangan nak merepek lah!" tengking Ayra sambil berjalan.
"Awak tunggu!saya akan kejar awak sampai dapat!" jerit Aiman gembira kerana dapat jujur pada Ayra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience