BAB 2

Romance Completed 3755

Pagi itu dia ke sekolah seperti biasa. Bersarapan ala kadar. Hanya mengalas perut dengan secawan air suam dan sekeping roti sahaja. Mak memaksanya untuk bersarapan juga kerana bimbang jika perut kosong nanti tak masuk hendak belajar. Susah pula nanti. Sesampainya di sekolah dia meletakkan basikal di tempat yang telah ditetapkan. Hari itu tiada perhimpunan jadi dia terus berjalan menuju ke kelas Tingkatan 5 Sains.

“Shida!”

Kedengaran suara seseorang yang amat dikenali memanggilnya. Murshida berpaling. Kelihatan Raiyan berlari-lari anak mengejarnya dari jauh. Semakin lama semakin hampir. Dia tercegat menunggu Raiyan yang merupakan teman baik dan merangkap rakan satu kelas.

“Lambatnya kau hari ni. Bangun pukul berapa tadi?”gumamnya. Dilihatnya Raiyan sedang termengah-mengah. Penat berlari tadi. Terasa semput pula.

“Aku…aku bangun lambat tadi. Tak sedar. Pukul 7 baru tersedar…”

“Ya Allah,kau tak solat Subuh ke tadi?”terbeliak mata Murshida.

“Solat jugak. Err,tapi aku ganti lah…”sengih Raiyan.

“Eii,kau ni Raiyan…dah tu sempat mandi tak ni?”

“Mestilah aku mandi. Mandi pun tak sampai lima minit pun. Nasib baik sempat jugak sampai sebelum pintu pagar tu tutup!”

Dia menggeleng kepala. “Kau ni busuk lah Raiyan. Mandi kambing buat apa? Dah tepi sikit. Aku nak masuk kelas ni.”

“Eh,kita masuk kelas sama-sama lah Shida. Tunggulah aku dulu!”

“Tak boleh. Biar aku masuk dulu. Kau masuklah lambat sikit.”

“Lah…kenapa nak macam tu pulak? Sebelum ni okey je. Takkan hari ni tak boleh pulak aku nak jalan dengan kau sama-sama sampai kelas?”

“Aku kata tak boleh tu tak boleh lah. Masa sekolah rendah dulu-dulu boleh lah nak jalan dua-dua. Sekarang dah lain. Kau lain,aku lain. Faham tak ni?”

“Lain? Apa yang lain Shida? Aku tengok kita sama-sama manusia. Apa yang lain pulak?”

‘Hisy,tak faham bahasa betul lah mamat ni…’rungutnya dalam hati.

“Kau lelaki. Aku ni perempuan. Kita ni dah akil baligh kau tau tak? Lagipun kalau si Jasmin nampak kau rapat sangat dengan aku nanti dia makinlah jealous.”

“Ala,peduli ajelah dia nak jealous ke tak. Aku bukan nak kat dia. Aku nak dekat kau sorang aje.”

Tersentap hatinya mendengar kata-kata Raiyan. Tetapi…agaknya Raiyan main-main sahaja. Dia cuba menafikan. Lagipun Raiyan memang gemar mengusiknya. Dia bukan tidak kenal dengan lelaki itu.

“Main-main lah kau ni Raiyan!”marahnya.

“Ala, nak marah pulak? Aku serius lah ni,”dia tergelak besar.

Serius apa ke benda kalau macam tu? Cakap aje serius. Tapi siap boleh gelak-gelak lagi. Hampeh betul lah manusia yang bernama Raiyan ni! tanpa sedar,mereka telahpun sampai di depan pintu kelas Tingkatan 5 Sains.

Murshida masuk dahulu kemudian Raiyan mengekorinya dari belakang. Dia perasan sekali lagi yang riak wajah Jasmin terus sahaja berubah apabila dirinya berdua lagi dengan Raiyan. Masam sahaja yang menghiasi wajah cantik itu. Sedangkan teman-teman yang lain sudah faham benar yang dia memang sudah lama berkawan baik dengan Raiyan. Cuma Jasmin sahaja yang tidak boleh menerima. Ah,lantak lah. Yang penting tujuan utama dia datang ke sekolah adalah untuk menimba ilmu. Bukannya untuk bercinta. Teringat pada kesusahan hidup keluarganya menyebabkan semangat ingin berjaya di dalam pelajaran tidak pernah luntur. Malah semakin hari semakin bersemangat untuk merubah hidupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience