BAB 8

Romance Completed 3755

Usai menunaikan solat Isya’ dia menadahkan tangan berdoa semoga roh arwah ditempatkan di kalangan golongan orang-orang yang beriman. Dia benar-benar telah pasrah dan redha dengan segala ketentuanNya. Dia telah merelakan pemergian arwah Raiyan buat selamanya. Namun segala kenangan bersama arwah masih lagi disimpan dalam ingatan. Mana mungkin dia mampu melupakan Raiyan yang telah lama dikenali sejak dari kecil lagi. Dan kata cinta lelaki itu suatu ketika dahulu. Masih lagi segar dalam ingatan.

VCD lagu Winter Sonata masih berada di tangannya. Direnungnya lama dengan rasa sebak dan rindu di hati. Kenangan zaman persekolahan menggamit sanubari. Apatah lagi dia banyak menyimpan kenangan bersama Raiyan. Teringat kata-kata catatan yang ditulis Raiyan makin menyentap perasaan.

‘Buat temanku yang disayangi selalu,Murshida…lagu ini merupakan luahan hati Raiyan teristimewa untuk Yoo-Jin ku. Simpan lah elok-elok VCD ni okey. Salam sayang-Your Joon-Sang.’

Dia tidak mampu lagi hendak mendengar lagu itu. Setiap kali dia mendengarnya pasti akan mengingatkan kenangan bersama lelaki itu. Sekeping hati ini seperti direntap tiap kali dia mendengar lagu itu. Tetapi biarlah dia tetap akan menyimpan hadiah pemberian Raiyan sebagai tanda kenangan yang kekal abadi selamanya. Dan tanda kasih yang tiada penghujungnya.

‘Raiyan…’hatinya berbisik lagi.

Kata-kata luahan hati Raiyan tersemat jauh di sanubari. Baginya Raiyan adalah segala-gala yang pertama buatnya. Hadirnya Raiyan sebagai teman baik yang pertama. Hadirnya Raiyan juga sebagai cinta yang pertama. Di mana lagi dia harus mencari lelaki yang baik seperti Raiyan sebagai pengganti?

Namun semua yang terjadi di langit dan bumi ini adalah ketentuan dari Illahi.Seberapa kuat kita berkehendakkan sesuatu andai bukan milik kita makan harus kita redha, samalah halnya seperti yang dilaluinya. Cinta pertama takkan menjanjikan bahawa ia akan menjadi cinta terakhir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience