Bab 2

Short Story Completed 4995

Pagi itu Ika bersiap sedia ke kolejnya . Ika sengaja tidak memakai make-up kerana dia tahu aktiviti hari ini akan mencairkan make-upnya . Ika melihat dirinya di hadapan cermin lalu mengukirkan senyuman seolah-olah senang melihat wajahnya . Muka gebunya di usap.

"Oi minah , apa angin kau ni ? Senyum-senyum sendiri . Kau ok tak ni ? Kalau tak ok aku bagi kau ubat . " tegur Sukanya yang sedang mengemas buku notanya .

Ika berpaling ke arah kawannya . "Orang senyum je la . Senyumkan satu sedekah " .

"Sedekahlah sangatkan . Kau nak sedekah ape kalau kat depan cermin tu ? Kau nak sedekah senyuman kat diri kau sendiri ke ? Kau ni Ika , ade-ade je la . "

Ika tersenyum seperti kerang busuk . Terasa lucu bila bersama rakan seperjuangannya itu . Sukanya gadis India yang fasih berbahasa Melayu itu sentiasa ada untukknya di saat suka dan duka .

" Tak payah kau tercegat kat sana . Cepatlah ! Nanti Mira tunggu kita kat bawah . Bas pun dah sampai . Kau ni , muka dah la tak de make-up . Muka cam ni ke kau nak pergi latihan fire drill? , " usik Sukanya . Dia tahu biarpun Ika tidak memakai sebarang make-up tapi muka aslinya tetap menawan dan dapat mencairkan para lelaki yang melihatnya .

Ika termanggu . Lupa pula dirinya tentang latihan fire drill hari ni. Bomba ? Fire drill ? Kenapa tiba-tiba hatinya terusik dengan perkataan bomba ? Tapi kenapa perlu latihan fire drill ? Sedangkan course yang diambilnya Diploma In Nursing . 

Sampai sahaja di kolej , semua pelajar diminta bebaris kemas dan rapi . 

"Sukanya , Mira ! Perut aku sakitlah . Aku nak pi tandas kejap . Korang stay sini je ok . " Ika terus berlari oleh kerana perutnya semakin memulas.

Buk!

Ika hampir terjatuh terlanggar seseorang yang berbadan tegap dan tinggi .Lantas dengan cepat Ika memegang lengan lelaki itu . "Maafkan saya Encik Bomba" . Ika tersedar dan membuka genggaman tangannya . Ika tergamam melihat lelaki yang segak memakai baju celoreng bomba .

Encik bomba ??? Kenapa fikirannya memikirkan lelaki bomba itu di laman we chatnya ? "Pelanduk dua rupa mungkin ," desis hati Ika. Mana mungkin orang yang di kenalinya akan berjumpa face to face . Mengarutlah . Ika menafikan perasaannya. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience