Bab 3

Short Story Completed 4995

  "Ika ! Kau ni dah kenapa ? Dari tadi aku asyik bercakap , kau diam je ... Ika ! Ika ! , " geram lantas menarik buku yang sedang dibaca oleh Ika.

Ika tersentap dengan tindakan Mira . " Aii , ganasnya kau ni . Aku sibuk fokus study ni . Kau dari tadi cerita pasal bomba je tadi . Bosanlah aku ." Ika menarik semula buku yang diambil oleh Mira.

"Ok , sorry ! ," balas Mira lalu membelek notanya .

"Apa yang korang dua memekak ni? Nah , kopi . Memandangkan hari ni aku baik hati , aku tolong buat kopi, " celah sukanya lantas menarik kerusinya untuk memulakan pembelajaran.

Suasana menjadi senyap di dalam kamar belajar .

Tweet! Tweet ! Sms.. (Nada dering handphone Ika berbunyi)

"Opss .. sorry , I lupa nak silent kan handphone , " Ika tersengih seperti kerang busuk .

Ika membaca dan membalas sms dari teman lelakinya .

Ben : Hai , sayang . Buat apa?
Ika : sorry saya study . Kenapa?
Ben: Sayang ... minta pic sexy u ...
Ika : Awak ni kenapa ?
Ben : Tak kan tak boleh . Saya kan bakal suami awak .

Ika menarik nafas panjang membaca sms teman lelakinya dengan perasaan yang tertekan .

Ika : Awak !!! 7 tahun dah kita kenalkan . Tapi semakin lama semakin saya nampak sikap awak . Saya kata tak nak , tak nak lah . Setiap hari kita bergaduh benda yang sama . Pasal ni ja. Tapi bila saya cakap pasal agama melarang kita buat perbuatan yang terkutuk ni , mulalah awak cakap saya ni berlagak alim . Saya tak tahu , kenapa saya bodoh sayangkan awak . Saya perempuan yang ada harga diri   .

  Ika berasa tertekan . Lalu memutuskan untuk tidak menyambung perbualan sms bersama teman lelakinya.

"Mira , Suka . Saya tidur dululah ," tegur Ika sayu lalu berlalu pergi dan membiarkan nota dam bukunya berhamburan di atas meja .

Dalam bilik yang gelap dan sepi , Ika cuba meraung kesakitan kerana Ben.

Haruskah aku berundur menjalani percintaan ini ? Aku serik. Begini rasanya menjalinkan hubungan yang terlalu lama yang membuatkan lelaki cinta hanya kerna nafsu .

Ika menarik nafas panjang . Seperti biasa malam ini , dia membuka laman we chatnya dan menjadi stalker untuk memantau aktiviti teman lelakinya .  

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience