Bab 29

Short Story Completed 4995

  Petang itu , Ika membawa Kimy ke ruang tamu . Supaya Kimy dapat menenangkan perasaanya.

Mak cik Ana juga turut bersama mereka . Ika duduk di sofa sambil mengikut menonton tv . Tenang rasanya . Menonton bersama-sama . Bagaikan family dekat bersamanya . 

"Ika , malam ni kita makan bersama ya . Ada cousin Chris dari luar negara pulang melawat Kimy .Jadi mak cik ingat nak buat makan malam hari ini " , mak cik Ana mula bersuara .

" Malu pula saya mak cik . Saya ni cuma jururawat peribadi Kimy je tapi layanan mak cik sekeluarga sangat baik " , jawab Ika tersipu malu .

Ika mengemaskan diri Kimy dengan rapi . Pintu biliknya di ketuk .

" Dah siap dah adik abangkan . Comel " , mencubit pipi Kimy . Chris melihat Ika .

"Cantik " , puji Chris dalam hatinya . Terpana melihat kecantikan Ika yang simple . Entah mengapa setiap kali dia melihat Ika , itu sahaja yang terpacul keluar dari hatinya .

" Ika , jomlah . Cousin saya dah sampai . Awak dah siap ke ? , tanya Chris yang terus memegang kerusi roda Kimy . 

  Ika mengekori langkah Chris . Tiba-tiba langkah dia terhenti .

Tak mungkin ! Tak mungkin lelaki yang dilihatnya itu Ben . Ingin saja dia mematikan langkahnya . Tapi oleh kerana menghormati jemputan makan malam oleh Mak Cik Ana ianya akur .

"Hello , bro .Kenalkan ni jururawat peribadi saya , Ika. Ika ini cousin saya yang dari luar negara baru pulang , doktor Benshah " , jelas Chris.

Mata Ika dan Ben bertentangan. Ika cepat mengalihkan pandangan . Tak sangka dunia begitu kecil .

Tujuh tahun menjalinkan hubungan akhirnya kini Ika bertemu kembali . Sejak pergaduhannya bersama Ben di dalam telefon , Ben mendiamkan diri . Namun , pertemuannya kali ini benar-benar membuatkan dia terkejut .

" Ika kenapa diam? Tak tambah nasi ke? " , tegur mak cik Ana yang menyuapkan nasi ke mulut Kimy .

" Kimy , comelnya jururawat Kimy kan . Boleh jaga Kimy . Abang Ben pun nak jururawat macam ni lah , " usik Ben mengerling ke arah Ika .

Ben melihat Ika . Wanita yang pernah memilikki hatinya . Kelihatan cantik daripada sebelum ini . Mana mungkin ada lelaki yang tidak tertarik kepadanya . Ben merenung Ika . Ika yang dari tadi perasan pandangan Ben , berasa tidak selesa .

"Chris , kau bila nak khawin ? " , Ben memulakan perbualannya .

"Abang nak kahwin dengan akak Ika ! " , Kimy yang mengunyah makanan tiba-tiba mencelah .

Ben tersentap . Riak wajahnya bertukar. 

  " Ish , Kimy ni .. kenapa cakap macam tu ? Tak baik menipu tau " , tegur ibu Kimy .

Ika perasan dengan riak wajah Ben tetapi membuat muka selamba .

" Ben , biasalah budak-budak . Pasal khawin tu mungkin belum ada masanya . Kau tu bila nak khawin ? " , tanya Chris .

"Aku ? Aku nak khawin dengan jururawat kau boleh ? " , usik Ben lalu ketawa .

Ika menjeling Ben . " Kalau kau kahwin dengan aku pun , aku tak nak . Lelaki gila seks " , desis hati Ika geram .

Tak mungkin Ika akan menerima Ben kembali dalam hidupnya setelah apa yang berlaku . Tak mungkin harapan itu kembali dalam hidupnya . Siapakah mereka dalam hidup ku ? Mengapa mereka hadir di dalam hidupku? 

  Setelah selesai makan malam , Ben meminta diri kerana ada tugasannya .

" Bro , terima kasih sudi datang melawat adik aku " , menepuk belakang Ben .

" Ok lah . Kalau tak keberatan boleh ke aku datang melawat adik kau , kalau kau tak de ? Actually , aku dah kerja kat sini , so tak ada masalahkan? ," tanya Ben , yang menghidupkan enjin keretanya .

Chris mengangguk tanda setuju . 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience