Bab 7

Short Story Completed 4995

Kringgggg !!!

Bunyi loceng kecemasan di tingkat tiga mengejutkan mereka bertiga . Asap berekepul-kepul keluar dari ward paedatric iaitu wad kanak-kanak .

Suasana menjadi huru-hara . Semua staf keluar menyelamatkan diri . Ada yang menyelamatkan pesakit .

Tiba-tiba terdengar rintihan seorang ibu yang menghampiri mereka bertiga lalu menangis , meminta tolong meminta bantuan .

"Nurse ! Tolong! Anak saya masih dalam wad tu. Tolong nurse , katil nombor 7 ! ", tangisan menjadi lebih kuat

Sukanya dan Mira sudah menutup hidung akibat asap yang hampir tebal .

Ika memberi beg galasnya kepada Mira. Mira terkejut dengan tindakan Ika dan menahan Ika.

"Ika ! What you want to do ? That's not the right time you nak selamatkan nyawa pesakit. Kita terpaksa turun . See di bawah , ada bomba datang. Mereka akan selamatkan pesakit juga ," menuding jari ke arah bomba dan penyelamat di tingkap .

"Sukanya , saya tahu bukan masanya untuk kita selamatkan nyawa orang .Biarpun bukan tugas kita dalam hal kebakaran , tapi kita nurse untuk pesakit . " Ika terus masuk berlari ke dalam ward.

"Ika! Ika! " , jerit Mira .

Ika terus masuk ke dalam wad . Asap semakin tebal . Tapi Ika masih bertahan mencari budak itu.

Keadaan agak menjadi tambah huru-hara . Biarpun dalam keadaan belanggaran Ika masih meneruskan .

Akhirnya ,Ika berjaya mendapatkan budak itu . Sewaktu Ika menghampiri budak itu , Ika sayu melihat keadaan budak itu terlantar dan memakai tiub pernafasan . Lantas Ika mencari kerusi roda lalu menghampiri budak untuk menyelamatkan budak itu .

Huk! Huk !

Ika mula batuk dan terasa sesak nafas. Ika cuba menahan . Ika terdengar suara sumbang berkata , " Tak payahlah kau selamatkan budak tu . Lagi pula dia memang dah nak mati dan tak ada harapan nak hidup, lebih baik kau selamatkan diri sebelum api yang sekarang kat hujung makin marak .Nanti kau yang mati pelajar mentah ," bergegas lari mengangkat fail-fail dan document .

Ika melihat sekilas pandang dan terkejut dengan percakapan seorang yang beruniform putih . Inikah sikap yang harus ada pada
seorang nurse ? Ika tidak mengendahkan apa yang dikatakan .

"Akak , buat apa di sini? Tinggalkan adik di sini . Adik tahu adik tak ada harapan untuk hidup
.Adik rela kalau adik pergi dengan cara macam ni . Tak pa akak , asap makin tebal . Akak berlarilah keluar "suara sayu budak itu berkata .

Air mata Ika mengalir. Terasa hibanya kata-kata seorang budak . Ika sempat melihat name tag di lengan budak itu .

"Kimy, kimy tak boleh cakap macam tu . Kimy kena kuatkan semangat .Akak tolong Kimy, huk ! huk!" Ika mula berasa pening .

Ika menyorong kerusi roda itu untuk keluar . Namun matanya pedih akibat asap yang tebal . 

Ika terus berjalan keluar tapi dada semakin berat untuk bernafas . Sedar tak sedar Ika terduduk bersebelahan kerusi roda .Penglihatan dia terasa kabur dan samar-samar .

"Adik ! Adik! ", panggil seorang lelaki yang bertubuh sasa.

Ika cuba melawan keadaan yang sesak . Akhirnya dia tewas dan dia hanya dapat melihat bayang manusia dan ianya semakin hilang dari pandangan. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience