Afya terkilan melihat wajahnya setelah didandan oleh Mua makeup yang diupah oleh Fahmi untuk mendandannya di hari penting hari ini. "Macam mana? Cik Afya puas hati tak?" Soal Mua itu tentang hasil tangannya setelah berjaya mendandan Afya hampir 1 jam lebih. Afya tersenyum sambil mengangguk kepala dengan perlahan. "Terima kasih" ucap Mua itu kerana senang hati mendengar jawapan Afya. Barang makeup di atas meja itu dikemaskan semula. Setelah mengemas, dia kembali mendekati Afya. Rambut Afya dikemaskan lagi sekali. Afya menarik nafas panjang saat Mua itu ingin merapikan baju pengantinnya di bahagian pinggang. Setelah Mua itu selesai merapikannya, dia menghela nafas semula. "...