PROLOG

Romance Completed 125516

Fahmi mengeleng kepala dengan keras. Permintaan Ammar benar-benar mengejutkan dia. Fahmi menoleh ke kiri. Wajah Ammar tidak ditatap sama sekali kerana perasaan marah terhadap permintaan Ammar itu.

"Tolonglah Mi. Aku merayu dengan kau"

"Kawin dengan Afya. Cuma itu yang aku minta dengan kau Mi. Aku tak minta banyak. Tolonglah aku kali ni je" rayu Ammar untuk mendapatkan simpati dari Fahmi agar Fahmi setuju dengan permintaan dia.

"Aku tak boleh Mar. Kau fikir perkahwinan ni suatu hal yang kecil ke?" Bantah Fahmi dengan nada suara yang tinggi. Fahmi menepis lengan Ammar saat Ammar cuba menyentuhnya.

"Tolonglah Mar. Aku betul-betul tak boleh. Kau ni pun kenapa tiba-tiba suruh aku kawin dengan dia? Dia tu girlfriend kau Mar. Apa yang dia akan fikir bila kau buat macam ni. Kau dah tak sayang dia ke apa?" Soal Fahmi yang benar-benar tidak mengerti dengan tindakan Ammar itu.

"Aku takde pilihan lain Mi. Tolonglah aku"

"Lagi 2 bulan. Aku kena bertugas di tempat yang jauh. Kau taukan tugas aku ni besar Mi, aku askar Mi. Aku tak boleh nak lindung dia bila aku dah takde nanti. Aku takut apa-apa jadi dekat Afya sepanjang aku takde selama 2 tahun nanti. Dan aku takut aku tak dapat balik Malaysia balik" Fahmi menatap tajam ke mata Ammar saat Ammar kata seperti itu.

"Marr takde sapa yang akan tinggalkan sapa Mar. Lepas Fizi dah tinggalkan aku. Sekarang kau pulak ke nak tinggalkan aku? Korang semua memang saja ke nak buat aku sorang-sorang?"

"Bukan macam tu Mi"

"Habistu macam mana lagi?" Bentak Fahmi sambil menghentak meja dengan kuat. Wajah Ammar dipandang dengan marah. Matanya bergenang airmata. Kematian Fizi terus menghantui dirinya.

Fizi satu-satunya sahabat mereka telah terkorban dalam kebakaran. Awalnya dialah penyelamat sebagai seorang bomba namun dia juga yang terkorban dalam kebakaran itu. Kejadian itu terus membuatkan Fahmi takut kehilangan sahabatnya yang lain terutamanya Ammar. Ammar pula memegang tugas yang lebih berat dan bahaya sebagai seorang Askar manakala Fahmi hanya seorang guru di sekolah menengah.

"Lagipun Afya boleh jaga diri dia sendiri. Kalau aku kawin dengan dia pun. Bukannya aku boleh lindung dia sepanjang masa"

"Sekurangnya dia ada tempat berlindung. Kau taukan Mi. Asnawi Bapa tiri Afya tu macam mana? Tolonglah Mi. Kesiankan Afya" Fahmi terdiam apabila Ammar menyebut nama bapa tiri Afya. Dia teringat semula kes sewaktu Afya hampir dirogol oleh bapa tirinya 3 tahun yang lepas.

"Bapa dia tu nak keluar dari penjara dah Mi. Aku risau sangat-sangat tentang Afya. Mak Afya tu pulak percaya sangat dengan suami dia. Afya tu jadi mangsa dorang" kata Ammar lagi. Dia terus memandang Fahmi yang sedang berfikir itu.

"Susah Mar. Kawin tanpa ada perasaan. Afya pun mesti tak boleh nak cintakan aku. Macam tu jugalah aku" kata Fahmi dengan berat. Dia mengeluh panjang. Bukan dia nak tolak permintaan Ammar itu. Tapi dia juga risau tentang masa depan dia nanti.

"Mustahil kitaorang boleh bahagia tanpa ada perasaan Marr"

"Mesti boleh Mi. Aku yakin. Kalau kau baik dengan Afya. Afya boleh terbuka hati untuk kau" kata Ammar lagi. Fahmi diam kerana tiada jawapan untuk membalas. Suasana menjadi senyap selama 15 minit. Ammar diam menunggu jawapan Fahmi, Fahmi pula sedang memikirkan keputusan dia.

"Macam mana Mi? Kau boleh ke?"

Fahmi mengeleng kepala dengan berat manakala Ammar mengeluh perlahan saat Fahmi mengeleng.

"Bagi aku masa Mar. Aku tak boleh nak fikir apa dah sekarang" kata Fahmi dengan wajah yang berkerut. Dompet dan kunci motor miliknya itu diambil lalu dia meninggalkan Ammar di situ begitu saja tanpa kata pamit.

Ammar memejam mata dengan rapat, rambut ditarik perlahan. Dia benar-benar tertekan memikirkan cara untuk melindungi Afya saat dia sudah pergi nanti. Fahmi pula susah untuk bantu dia. Dia juga sedar itu bukan hal yang mudah. Tapi dia sangat berharap agar Fahmi terbuka hati untuk setuju.

-

"Ammar awak okay ke? Awak nampak serabut je?" Soal Afya yang gelisah melihat wajah Ammar yang tidak ceria. Ammar mempersembahkan senyuman manis saat Afya mula menyedari perubahan dirinya tadi.

"Takde apalah. Saya cuma stress sikit pasal kerja saya" kata Ammar dengan tenang. Afya memandangnya dengan ragu-ragu. Kedua mata merenung Ammar dengan tempoh yang lama.

"Betul ke ni?" Soal Afya yang masih was-was dengan Ammar.

"Ye betul" Balas Ammar dengan tenang lagi. Hal itu berjaya meruntuhkan Afya dari rasa ragu-ragu terhadap Ammar.

"Hm yela saya percaya" kedua mereka diam untuk seketika.

Ammar memandang wajah Afya dari tepi. Kenapa dia rasa seperti waktunya untuk hidup sudah hampir singkat? Dia dapat rasakan sesuatu yang tidak dijangka akan terjadi pada dirinya kelak. Dan di saat itu, akan banyak air mata yang keluar kerana dirinya.

"Fya" Afya menoleh ke arah Ammar saat Ammar memanggil namanya. Kening diangkat sebagai jawapan 'ya'

"Lagi 2 bulan saya akan kembali bertugas sebagai penyelamat"

"Ye saya tau Ammar. Awak dah bagitau benda ni hampir 4 kali tau" kata Afya sambil tersenyum mendengar perkataan yang sama keluar daripada mulut Ammar lagi. Afya sedar wajah Ammar tidak bahagia tapi dia tetap tersenyum agar Ammar tidak terasa berat untuk pergi nanti.

"Janji dengan saya Fya"

"Janji apa?"

"Janji dengan saya yang awak akan jaga diri awak walaupun saya takde nanti. Saya bertugas 2 tahun. Itu bukan waktu yang singkat bagi saya. Saya risaukan awak. Saya taknak benda yang lama terulang lagi sekali" kata Ammar namun Afya membalas dengan senyuman manis.

"Saya tau awak risaukan saya Ammar sebab tu awak nampak gelisah dari tadi kan? Betulkan?" Ammar tidak membalas. Dia menundukkan kepalanya ke bawah namun Afya sudah tahu jawapannya ialah betul.

"Dan saya tak janji dapat balik semula. Kerja saya melibatkan nyawa dan hidup saya Afya. Awak fahamkan?" senyuman Afya memudar mendengar ayat itu keluar dari mulut Ammar. Matanya berkaca-kaca saat menatap kedua mata Ammar. Ammar terdiam melihat matanya.

"Tak boleh ke awak jangan pergi Ammar? Tak boleh ke awak kerja biasa je?" Minta Afya yang sebenarnya tidak sanggup untuk berpisah dengan Ammar lagi.

"Ini amanah ayah saya yang saya kena laksanakan Afya. Saya kena buat walau apapun yang jadi. Kalau saya tak buat. Macam mana dengan nyawa ratusan mereka yang tengah tersiksa di sana"

"Tapi nyawa awak pun akan tersiksa Ammar" bantah Afya dengan lembut.

"Saya minta maaf Afya. Saya takde niat nak tinggalkan awak. Ajal, jodoh, rezeki semuanya di tangan Tuhan. Kita tak tau apa yang akan jadi di masa akan datang nanti"

"Jadi saya harap awak tak tunggu saya. Kalau ada orang lain melamar awak nanti. Terimalah dia dengan hati yang terbuka. Saya relakan awak"

"Awak dah tak sayangkan saya ke Ammar?" Soal Afya lalu airmata mengalir ke pipi. Bibirnya bergetar saat berbicara. Dia tidak dapat menahan rasa sedih di hatinya apabila Ammar kata seperti itu kepada dia.

"Afya saya sayang awak sangat-sangat. Saya berani bersumpah atas nama Tuhan. Saya buat semua ni sebab saya sayangkan awak Afya. Awak akan faham suatu masa nanti. Inilah bukti cinta saya terhadap awak" airmata Afya tidak henti mengalir ke pipi. Lidahnya kelu tidak dapat membalas satu pun kata-kata Ammar itu.

-

Aku merenung ke luar jendela. Sudah 4 bulan Ammar pergi bertugas. Aku masih belum melupakan dia. Setiap hari aku menunggu kepulangan dia. Tapi aku lupa, Ammar sudah memutuskan hubungan kami berdua saat sehari sebelum dia pergi.

Tanpa aku sedar, airmata aku mula mengalir lagi. Mataku sudah lelah untuk menangis namun aku tetap tidak dapat berhenti menangis meskipun aku sudah cuba mengawal perasaan sedih itu.

Aku menoleh badan saat pintu dibuka oleh seseorang. Mataku membulat besar saat ibu sedang menatap aku dengan tatapan marah manakala di tangannya ada sebatang kayu rotan.

"Ibu nak buat apa?" Aku mengundur ke belakang saat ibu mula menghampiri aku. Aku mengangkat tangan dengan ketakutan. Airmata yang sudah kering tadi kembali bertakung lagi.

"Semua ni gara-gara kau Afya! Kenapa aku ada anak macam kau ni!" Bunyi libasan rotan dapat aku tangkap di telingaku. Aku sudah biasa dengan bunyi-bunyi itu. Jika bunyi itu mula keluar, saat itulah aku dalam bahaya.

"Afya minta maaf ibu!"

"Ahhh!" Aku menjerit kuat apabila belakangku dilibas dengan rotan berulang kali. Airmata terus menangis kerana kesakitan itu. Aku menutup mata dan mengetap gigiku dengan kuat. Aku tidak berdaya untuk melawan.

Apapun yang ibu buat. Dia adalah ibuku. Tiada hak untuk aku melawannya meskipun ibu sudah terlalu bencikan aku sejak bapa tiriku dimasukkan ke dalam penjara atas kes hampir merogol aku 3 tahun yang lalu.

"Maafkan Afya bu.." kataku untuk meminta simpati padanya. Aku melutut di depannya sambil menatap mata ibu namun tatapan ibu terhadap aku sewaktu itu adalah tatapan yang penuh dengan kebencian.

Kepala ditundukkan ke bawah. Air mata terus tumpah ke lantai bilikku. Aku sedar tubuhku hanyalah tempat dia menempiaskan kemarahannya.

-

"Afya!" Fahmi terjaga dari mimpi yang buruk. Mata terbuka luas melihat ke arah siling bilik. Dahinya berpeluh-peluh saat tidur tadi.

Fahmi duduk di katilnya. Mimpi seperti apa itu? Kenapa dia tiba-tiba mimpikan Afya? Di dalam mimpinya dia melihat bapa tiri Afya lagi sekali ingin merogolnya. Wajah bapa tirinya itu kelihatan puas dan sinis manakala Afya menangis meminta pertolongan dari Fahmi namun di dalam mimpi itu tubuh Fahmi tidak mampu bergerak untuk membantu Afya.

'Afya dalam bahaya Mi. Cuma kau yang aku ada. Cuma kau yang boleh tolong dia waktu aku tiada di sini' kata-kata Ammar terngiang di fikirannya lagi sekali.

Fahmi meramas rambutnya dengan perasaan yang marah. Kata-kata Ammar buat dia serba salah untuk tidak laksanakan permintaan itu.

"Serabut betullah!" Jerit Fahmi yang benar-benar rasa tidak sedap hati memikirkan nasib Afya sekarang.

"Afya Dahlia. Seperti apa dia tu?" Fahmi tertanya-tanya. Dia tidak pernah jumpa Afya tapi dia kenal gadis itu melalui cerita Ammar. Tapi Afya belum tentu kenal dia.

Afya Dahlia gadis biasa yang berusia 24 tahun. Bekerja di sebuah kedai bunga. Dia sendiri tidak pasti di mana tempat kerja gadis itu. Afya merupakan teman wanita Ammar tapi kini tidak lagi kerana Ammar telah memutuskan hubungan dengan Afya. Dia buat semua itu agar Afya melupakan dia dan memulakan hidup baru.

Namun sehingga kini Ammar masih mengharapkan agar Fahmi setuju dengan permintaannya 4 bulan yang lepas. Fahmi tidak memberikan apa-apa jawapan lagi pada Ammar. Berat untuk dia terima gadis yang dia tidak kenal sebagai peneman hidupnya.

Tapi dia masih terfikirkan nasib Afya selama 4 bulan Ammar sudah tiada di sini. Masihkah Afya dilayan teruk? Atau hanya perasaan dia saja?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience