"dah sampai dah anak teruna ibu ni" kata Puan Faridah iaitu ibu kepada Fahmi. Faridah tersenyum lebar melihat Fahmi yang sedang memegang sejambak bunga anyelir di tangannya.
Tangan Faridah disalam kemudian dicium oleh Fahmi sebelum dia menghulurkan sejambak bunga itu kepada ibunya. Faridah mengambil bunga itu kemudian dia letak di atas meja untuk Ayuna iaitu pembantu rumah mereka gantikan ke dalam pasu bunga nanti.
Fahmi melabuhkan punggung di atas sofa tetamu. Dia melihat ke sekeliling untuk mencari ayah dan adik-adiknya yang lain.
"Jangan kau cari ayah Mi. Ayah memang takde kat rumah. Dia kat kebun tu ha tunggu durian jatuh. Katanya takut orang curi lagi" kata ibu sambil menghidangkan air teh di atas meja. Fahmi tersenyum lebar. Ibu macam tau-tau je yang dia cari ayah.
Dua hari lepas, habis buah-buahan di kebun mereka dicuri. Entah siapa yang curi pun mereka tidak tahu. Oleh itu, ayah Fahmi ke kebun. Di kebun ada pondok rumah untuk dia tidur di sana jadi tiada masalah jika dia tidak pulang rumah.
"Adik-adik mana?" Soal Fahmi. Dua adik perempuan tidak muncul dari tadi. Biasanya mereka akan turun jika mereka tahu Fahmi pulang. Fahmi sudah maklumkan di group whatsapp family yang dia akan pulang rumah malam ini namun dua adik perempuannya tidak memberi respon apa pun.
"Dorang tido rumah Makcik Senah tu ha. Anak Makcik Senah, si Kinah tu nak kawin dah. Jadi sebelum dah jadi isteri orang. Si Kinah tu panggil dorang tido sana untuk habiskan masa bersama. Maklumlah adik-adik kau tu memang sahabat baik dengan anak Makcik Senah kau tu" kata Faridah sambil tangannya menuding jari entah ke mana-mana saja. Fahmi tersengih melihat kebiasaan ibunya itu. Bercakap mesti tangannya bergerak-gerak dan tidak boleh duduk diam.
"Ohh macam tu"
"Ingatkan semua orang ada malam ni" kata Fahmi dengan nada yang agak kecewa kerana semua keluarganya tiada di rumah. Yang ada hanya ibunya saja.
"Kenapa? Mi ada benda nak bagitau ke?" Soal ibu. Fahmi mengangguk kepala tanda iya. Faridah tersenyum manis sebelum dia mengajukan soalan yang seterusnya.
"Nak bagitau apa? Bagitaulah ibu dulu" kata Faridah pada anaknya.
"Sebenarnya Mi nak minta tolong sikit dengan ibu dan ayah sesuatu..em.." kata Fahmi yang tergantung. Faridah mencebik apabila Fahmi tiba-tiba berhenti dan tidak menghabiskan ayatnya hingga habis.
"Ish bagi habislah ayat tu. Saja nak bagi ibu suspen kan"
"Tapi Mi nak bagitau bila semua orang dah ada bu"
"Yela ibu tau. Tapi Mi bagitau ibu dulu. Nanti ibu sampaikan dengan dorang kalau dorang semua tu dah balik" kata ibu sambil menepuk pahanya sendiri. Fahmi tersenyum kecil melihat gelagat ibunya.
"Hmm okay Mi bagitau ibu dulu"
"Mi nak minta tolong ibu dan ayah masuk meminang sorang perempuan untuk Mi. Mi takut kena tolak jadi boleh ke ibu dengan ayah yang tolongkan?" Senyuman Faridah melebar mendengar permintaan anak lelakinya itu.
"Ya Allah boleh sangat. Bila? Sekarang ke? Sapa orangnya? Dan kat mana rumah dia?" Soal Faridah bertubi-tubi. Faridah kelihatan sangat senang dengan permintaan Fahmi tadi.
"Bukan sekarang bu. Bagi Mi masa untuk cari tahu hal dia"
"Lah Mi baru kenal ke ni?"
"Ye Mi baru kenal. Tapi Mi nak sangat kawin dengan dia bu" kata Fahmi dengan tekad dan bersungguh-sungguh. Faridah tersenyum senang mendengar itu. Tidak pernah Fahmi cerita tentang seorang gadis pun pada dia sebelum ini. Tapi kali ini dia cerita dengan niat ingin terus menghalalkannya.
"Kalau Mi dah sedia. Bagitau ibu. Ibu dengan ayah akan ke rumah perempuan yang Mi cinta tu" Fahmi terdiam mendengar perkataan 'cinta' dari mulut ibunya. Senyuman Faridah serta air mukanya berubah saat melihat Fahmi yang kelihatan seperti binggung dengan kata cinta itu.
"Kenapa Mi?"
"Ah takde apa bu" Fahmi mengeleng kepala sambil tersenyum kecil.
"Betul ke Mi kawin sebab cinta?" Fahmi tersentak apabila ibu menanyakan soalan itu padanya. Fahmi melihat kedua mata ibunya yang seakan-akan tahu dengan isi hatinya.
"Mi tengah cuba untuk mencintai dia bu. Sebab tu Mi minta masa" kata Fahmi agar ibunya tidak salah faham dengan niatnya yang ingin berkahwin dengan seorang gadis.
"Yela kalau itu yang Mi putuskan. Ibu akan sentiasa sokong Mi dari belakang" kata Faridah untuk menyedapkan hatinya dan hati Fahmi. Teh yang hampir sejuk itu dihabiskan dengan segera oleh Fahmi.
-
"Okay sampai sini je kelas kita. Siapa yang tak sempat main akan sambung main esok" kata Fahmi untuk mengakhiri kelasnya. Dia merupakan guru sukan pendidikan Jasmani dan kesihatan di sekolah menengah ini.
"Ramli and the geng tolong cikgu simpan semua bola dalam bilik sukan semula ye" pesan Fahmi. Pelajar yang lain mula bersurai untuk masuk ke dalam kelas mereka masing-masing.
"Baik cikgu" kata Ramli serta kawan-kawannya yang nakal itu.
Fahmi berjalan ke bilik guru semula. Ada lagi satu masa untuk habis sesi persekolahan bagi pelajar tingkatan 3,4 dan 5. Fahmi merehatkan tubuhnya di atas kerusi. Air mineral diminum untuk menghilangkan rasa dahaga dan penatnya hari ini.
"Mi" panggil Suhan iaitu rakan sekerja Fahmi. Fahmi menoleh ke kiri. Suhan berdiri di samping meja kerjanya.
"Ha ada apa?"
"Lusa aku buat makan-makan sempena ulang tahun anak aku. Kau datanglah ek. Isteri aku bagi jemput kau dengan yang lain" tawar Suhan sambil menepuk bahu Fahmi.
"Ohh yeke? Send location rumah kau. Lusa aku datang" kata Fahmi tanpa basa basi lagi. Kalau bab-bab makan memang dia tidak akan tolak.
"Boleh boleh, nanti aku bagitau lebih detail kat whatsapp. Aku gerak lu. Ada kelas ni" kata Suhan untuk minta diri pergi. Fahmi hanya mengangkat kening sebagai jawapan.
Waktu dia mengajar sudah habis. Jadi sekarang masanya untuk dia tunggu waktu sesi persekolahan selesai baru dia akan pulang. Fahmi mengeluarkan buku nota tentang Afya dari beg laptopnya.
Halaman kedua dibuka. Fahmi membaca setiap yang ditulis oleh Ammar. Di halaman itu tertulis hobi Afya yang menyukai bunga hinggalah nama gelarannya sebagai Cik Bunga Dahlia serta makanan kegemaran, pakaian kesukaan dan lain-lain yang berkaitan dengan kegemaran Afya.
"Comel" Fahmi tersenyum sendiri saat membaca nama gelaran Afya itu.
"Eh bodo ke kau ni Mi? Jangan puji-puji. Ingat niat kau balik Mi" Fahmi menampar pipinya sebanyak dua kali. Buku nota itu ditutup semula. Fahmi merengus perlahan sambil menggeleng kepala. Sepatutnya itu tidak patut keluar daripada mulut dia.
-
Fahmi keluar daripada perut kereta. Dia melangkah menghampiri pintu kedai Dina'Florist & garden. Matanya mencari Afya jika Afya ada di tempat kerja hari ini.
Semalam dia cuba nak jumpa Afya tapi Afya tidak masuk kerja. Kata pekerja lain dia ambil cuti mengejut hari itu. Fahmi mengintai dari luar kedai saja.
"Macam ada je" gumam Fahmi sendiri. Dia ternampak sosok tubuh gadis yang sedang membelakangi dia mirip dengan tubuh Afya. Fahmi menolak pintu kedai itu untuk masuk ke dalam.
Perlahan-lahan Fahmi mendekati Afya yang sedang menyusun bunga hiasan di rak khasnya.
"Macam sibuk je.." kata Fahmi sendiri. Dari tadi dia berdiri di belakang Afya namun Afya tidak menoleh sama sekali. Fahmi berdehem kecil untuk mengejutkan Afya yang sibuk itu.
Afya menoleh ke belakang. Fahmi tergamam melihat tepi bibir Afya yang bengkak seperti baru dipukul. Afya menutup bahagian lebamnya dengan tangan kanan. Dia berusaha untuk tidak tahu apa-apa.
"Encik nak beli bunga lagi ke?" Soal Afya namun Fahmi tidak membalas. Fahmi mencengkam tangan dengan erat. Dia kelihatan sangat kesal melihat keadaan Afya padahal baru 2 hari lepas wajahnya elok saja.
"Kalau Encik takde apa nak beli. Saya sambung buat kerja dulu" Afya menoleh dan mula melangkah namun tiba-tiba pergelangan tangannya ditahan oleh Fahmi.
Afya menoleh kepala kemudian tubuhnya menghadap ke arah Fahmi. Dia memandang Fahmi dengan binggung. Kenapa Fahmi tiba-tiba menyentuh dia tanpa sebab.
"Awak buat apa ni?" Afya berusaha menarik tangannya dari genggaman Fahmi. Fahmi mengetap gigi dengan geram.
'Bapa dia tu nak keluar dari penjara dah Mi. Aku risau sangat-sangat tentang Afya. Mak Afya tu pulak percaya sangat dengan suami dia. Afya tu jadi mangsa dorang' tiba-tiba Fahmi teringat semula kata-kata Ammar 4 bulan yang lepas. Ini pasti perbuatan ibu dan ayah tiri Afya sendiri.
Fahmi mengeluh dengan kesal. Dia yang bodoh kerana tidak percaya. Lihatlah apa yang sudah jadi dengan Afya sekarang.
"Cik ni ada masalah apa?" Bentak Afya namun nada suaranya tidak seperti marah tapi tenang. Fahmi menurunkan tangan Afya dari wajah Afya, dia memandang lebam Afya itu dengan tempoh yang lama.
"Siapa buat awak macam ni?"
"Yang awak nak tau sangat kenapa? Ni hal saya. Jangan sibuk urusan saya" marah Afya hingga matanya berair saat membalas tatapan Fahmi. Fahmi tersentak. Dia dapat lihat mata Afya kelihatan seperti takutkan sesuatu.
"Kalau awak takde apa nak buat kat sini. Awak boleh keluar dari sini" kata Afya kemudian dia menoleh ke arah lain. Mata Fahmi tidak dipandang. Buat apa dia cerita masalahnya dengan orang yang dia tidak kenal. Air mata Afya akhirnya tumpah setelah dia cuba menahannya di depan Fahmi tadi.
Afya meninggalkan Fahmi sendiri kemudian dia pergi ke ruang belakang untuk menenangkan dirinya.
"Sial..apa sebenarnya yang dah jadi" gumam Fahmi dengan marah. Dia benar-benar tidak faham kenapa ibu dan ayah tiri Afya terlalu kejam terhadap Afya. Dan bagaimana ibu Afya boleh sekejam itu pada anaknya sendiri.
-
Aku mengigit jari dengan perlahan. Hatiku benar-benar tidak enak sekarang. Seperti ada sesuatu yang terjadi kepada Afya. Jika apa-apa terjadi pada gadis itu. Aku mungkin akan hidup dalam perasaan rasa bersalah.
Aku bangun dari terus berbaring. Buku nota tentang Afya dibuka kemudian aku baca semula untuk mencari nombor telefon Afya. Mungkin saja Ammar ada tinggalkan nombor telefon Afya di dalam nota itu.
"Ahh takde! Kenapa takde?!" Jerit aku dengan kesal. Rambut diramas dengan kasar kemudian aku membaling bantal milikku ke tepi kerana rasa terlalu marah selepas melihat wajah Afya tadi.
"Apa yang dah jadi! Kenapa dengan Afya!"
Ya Allah patutnya aku setuju dengan permintaan Ammar dulu. Afya dalam bahaya dan aku pula kat sini tak dapat nak bantu apa pun kecuali merungut seperti ini.
Kenapa kau bodoh sangat Mi. Kalau kau kawin dengan Afya dari dulu lagi. Afya takkan jadi seperti itu. Semuanya salah aku kerana terlalu memikirkan masa depan aku berbanding keselamatannya.
"Tak gunalah nak marah-marah macam ni Mi. Lain kali pakai otak Mi. Bukan lutut kau ni ha" marahku terhadap diriku sendiri.
-
Suhan tersenyum lebar apabila Fahmi datang ke majlis ulang tahun anaknya. Dia sangka Fahmi tidak akan datang. Fahmi menghampiri Suhan yang sedang melayani tetamu.
Khemah didirikan di bahagian luar halaman rumah Suhan. Barangkali kerana terlalu ramai orang yang datang. Oleh itu dia pasang satu khemah untuk tetamu duduk di luar halaman itu.
"Assalamualaikum Han" Fahmi memberi salam kepada Suhan sebelum kedua mereka saling berjabat tangan.
"Waalaikumussalam Mi. Datang juga kau. Ingatkan tak datang tadi" kata Suhan dengan membalas salam sejahtera Fahmi itu semula.
"Sorrylah lambat sikit. Jalan sesak tadi" kata Fahmi sambil menghulurkan kotak hadiah kepada Suhan.
"Ni ha hadiah untuk anak kau"
"Ya Allah Mi. Susah-susah je. Terima kasih nanti aku bagi anak aku ye" kata Suhan sambil tersenyum senang menerima hadiah daripada Fahmi.
"Jemputlah makan Mi. Makan banyak sikit. Isteri aku masak banyak ni" jemput Suhan sambil menunjukkan makanan-makanan yang terhidang di atas meja itu.
"Ha yelah. Kau gi la layan tetamu lain. Aku boleh ambik makanan sendiri. Jangan risau ah" kata Fahmi dengan ramah. Dengan itu Suhan meninggalkan Fahmi untuk melayan diri sendiri dengan makanan yang sudah disediakan.
Setelah selesai menjamah makanan, Fahmi membasuh tangan di singki yang berada di belakang rumah Suhan. Nak masuk dalam rumah tapi dia segan kerana banyak saudara dan keluarga Suhan di dalam itu.
"Sakit buu..sakittt" langkah Fahmi terhenti saat mendengar tangisan seorang gadis dari rumah sebelah Suhan. Fahmi menoleh untuk mengintai namun dia tidak nampak sesiapa. Mungkin suara itu dari dalam rumah.
Fahmi cuba mendekati pagar yang menjadi pemisah di antara rumah Suhan dan rumah di sebelah itu. Dia memasang telinganya dengan teliti untuk mendengar jika ada suara tangisan itu lagi. Dia bimbang jika dia salah dengar saja.
"Anak tak guna!" Fahmi tersentak mendengar hinaan yang seperti dilemparkan oleh seorang ibu kepada anaknya.
"Patutnya kau mati saja dari kecil kau! Menyusahkan aku tak habis-habis! Menjijikkan!" Suara itu semakin kuat kedengaran. Tetamu di rumah Suhan juga mendengarnya namun mereka tidak melakukan apa-apa tindakan.
"Maafkan Afya bu..."
"Fya minta maaf"
"Afya?!?" Jantung Fahmi terdegup kencang. Dia mula rasa tidak sedap hati apabila gadis itu menyebut dirinya dengan nama Afya.
"Ahhh!!!" Suara rintihan Afya menggegarkan mereka. Fahmi semakin rasa tercabar apabila gadis itu merintih kesakitan dengan menjerit kuat. Wajahnya berubah sangat kesal dan marah kerana tiada seorang pun dari mereka bertindak untuk membantu dia.
Fahmi berlari keluar daripada rumah Suhan untuk ke rumah sebelah. Suhan menjerit memanggil Fahmi agar tidak masuk campur dengan urusan jirannya di sebelah namun Fahmi berkeras untuk memasuki rumah itu.
Dia sangat yakin itu adalah Afya.
Pagar rumah itu pecahkan begitu saja. Fahmi membuka pagar rumah itu dengan luas kemudian dia melangkah ke hadapan pintu rumah itu pula. Pintu diketuk bertalu-talu.
"Buka pintu ni!" Jerit Fahmi dari luar. Tanpa mengenal erti putus asa dia terus mengetuk pintu itu.
"Buka atau aku telefon polis! Buka pintu ni sekarang!" Jerit Fahmi dengan kuat namun pemilik di rumah itu sengaja tidak membukanya. Suara rintihan Afya juga tidak kedengaran selepas itu mungkin kerana ibunya sudah berhenti memukul.
"Aku kata BUKA!!!"
"Mi dah lah tu Mi. Jom kita balik" Suhan menarik Fahmi dari belakang. Fahmi menepis tangan Suhan dengan kasar.
"Dekat mana perikemanusiaan kau Suhan! Orang dalam rumah ni disiksa! Didera! Tapi korang semua diam dan tak buat apa!" Kata Fahmi dengan marah. Wajahnya berubah merah padam hinggakan urat di dahinya timbul.
Suhan terdiam seketika. Akhirnya dia membiarkan saja Fahmi melakukan apa yang hendak dia lakukan.
"Korang taknak buka kan"
"Takpe!"
"Jangan tanya kalau polis tiba-tiba serbu rumah ni!" Ugut Fahmi sambil menunggu respon dari pemilik rumah itu. Setelah beberapa minit kemudian, pintu dibuka oleh seorang lelaki.
Fahmi menatap mata lelaki itu dengan tajam. Dia Asnawi. Tidak salah lagi. Asnawi sudah keluar dari penjara seperti yang Ammar beritahu pada dia dulu.
"Ni apahal sibuk sangat dengan urusan keluarga aku?" Kata Asnawi dengan sombong.
"Keluarga apa! Keluarga apa sampai pukul anak sendiri!" Bentak Fahmi namun Asnawi tidak dapat membalas sepatah kata pun kepadanya.
Fahmi menolak Asnawi keluar dari pintu rumah kemudian dia masuk ke dalam rumah itu sesuka hatinya sendiri. Asnawi kelihatan sangat benggang apabila Fahmi masuk ke dalam rumahnya tanpa izin.
Afya terkilan. Orang yang datang mempertahankan dia adalah lelaki yang membeli bunga dengannya dulu. Fahmi berjalan ke arah Afya yang terduduk lemah di atas lantai.
Fahmi mengeluh dengan kesal saat dia ternampak lengan Afya dipenuhi dengan bekas pukulan yang menjadi lebam kebiruan.
"Kau sapa masuk rumah aku!" Jerit Asnawi namun Fahmi tidak mengendahkannya. Afya memandang Fahmi dengan lemah. Tubuhnya sudah sangat lemah hingga tidak dapat berbicara pada Fahmi.
Afya mengelip kedua mata sebanyak 3 kali untuk meminta bantuan dari Fahmi. Fahmi duduk mencangkung di hadapannya. Sesaat matanya berair melihat keadaan Afya di depan.
"Tolo-ng saya.." Afya berbicara tanpa mengeluarkan suara namun Fahmi sudah mengerti apa yang Afya sampaikan. Afya bimbang ibu dan bapa tirinya mendengar apa yang dia katakan kepada Fahmi tadi.
"Maafkan saya" ucap Fahmi terlebih dahulu sebelum dia merangkul tubuh Afya dan membawa Afya keluar daripada rumah itu tanpa meminta persetujuan dari ibu dan bapa tirinya.
Afya memeluk tengkuk leher Fahmi dengan erat saat tubuhnya diangkat oleh Fahmi. Dia menyandarkan wajahnya di dada Fahmi kerana malu dengan Fahmi.
"Mana kau nak bawa anak aku! Pulangkan dia balik!" Jerit Ibu Afya. Fahmi berhenti melangkah namun dia tidak bertoleh ke belakang sama sekali.
"Jangan sampai aku report kau ambik anak aku tanpa izin aku!" Jerit Eviani dengan mengugut Fahmi semula. Kali ini Fahmi menoleh sambil tersenyum sinis.
"Jangan sampai saya report makcik balik atas kesalahan mendera" balas Fahmi hingga ibu Afya dan suaminya tidak dapat membalas apa-apa lagi sebaliknya mereka kelihatan sangat gelisah jika Fahmi benar-benar melakukan apa yang dia kata tadi.
Fahmi meneruskan langkahnya ke hadapan. Pintu kereta di buka kemudian dia baringkan Afya di atas kerusi penumpang di bahagian belakang.
Afya menatap mata Fahmi saat Fahmi berada di atasnya. Dia hanya tidak mengerti mengapa Fahmi membantunya padahal dia tidak kenal Fahmi itu.
"Saya lambat. Saya minta maaf" ucap Fahmi sambil menutup tubuh Afya yang agak terdedah itu dengan jaketnya. Afya memandang Fahmi dengan lemah. Matanya seperti hendak tertutup. Dia tidak mengerti apa yang Fahmi katakan. Kenapa dia tiba-tiba minta maaf sedangkan dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Afya menutup mata dengan rapat. Kepalanya terasa berat hingga dia rasa ingin tidur namun sakit di tubuhnya lebih parah dari sakit kepalanya sekarang.
Fahmi menutup pintu kereta dengan rapat kemudian dia mula membawa kereta untuk ke hospital yang berdekatan.
Share this novel