Fahmi menatap wajah Eviani dan Asnawi dengan serius. Saat mereka hendak masuk menjenguk Afya di dalam bilik pesakit itu. Fahmi sengaja berdiri di depan pintu masuk untuk menghalang mereka masuk ke dalam.
"Tepilah! Aku nak tengok anak aku" bentak Eviani sambil menumbuk dada Fahmi namun itu tidak membuatkan Fahmi mengundur sama sekali. Fahmi menatap wajah Eviani yang tidak tumpah seperti Afya itu.
"Makcik nak tengok atau nak ugut dia macam-macam lagi?" Soal Fahmi sambil menahan pintu itu agar mereka tidak masuk mengejut. Wajah Eviani berubah kesal mendengar soalan Fahmi itu.
"Dia anak aku. Aku lebih berhak ke atas anak aku" kata Eviani dengan tegas. Eviani membalas tatapan mata Fahmi dengan penuh kebencian. Fahmi tersentak, tatapan seperti itu ke Eviani selalu beri pada Afya?
"Afya tak sedarkan diri lagi. Sudah-sudahlah tu makcik. Buka mata makcik sebelum terlambat. Jangan sebab makcik sayang dengan suami makcik ni. Makcik sanggup buat Afya macam ni" pesan Fahmi hingga wajah Asnawi berubah benggang dengan perkataannya.
"Kau jaga sikit mulut kau budak. Berani betul kau cakap macam ni dengan orang yang lebih tua kan. Apa mak bapa kau tak ajar ke? Jangan sibuk urusan keluarga aku. Kau tu cuma orang luar!" Bentak Asnawi.
Asnawi bertindak lebih kasar dengan mencengkam leher Fahmi sekuat tenaganya. Fahmi menggenggam tangan Asnawi dengan kuat sebelum dia tepis ke tepi dengan kasar. Asnawi terkilan apabila Fahmi berjaya melepaskan diri dari cengkamannya.
"Keluarga!? Tiada ibu yang sanggup pukul anak dia tanpa belas kasihan! Dan tiada juga lelaki sejati yang sanggup rogol anak tiri sendiri!" Bahas Fahmi dengan nada yang tegas. Kedua orang tua Afya terdiam mendengar jawapan Fahmi.
"Dia anak tiri aku. Semua yang jadi cuma salah faham. Kau bukan tau cerita dalam keluarga kitaorang!"
"Walaupun dia cuma anak tiri kau. Kau tak berhak sentuh seinci dari tubuh dia sedikit pun Asnawi! Bapa jenis apa kau! Makan anak sendiri! Tak cukup dengan ibu dia kau dapat. Takkan anak dia pun kau nak rasa!" Lemparan kata-kata Fahmi berjaya mendiamkan lelaki yang enggan mengakui salahnya itu.
Eviani mengigit bibir kemudian dia pandang ke arah lain seperti orang yang tiada salah.
"Makcik dah tau. Suami makcik ni hampir nak rogol Afya. Sampai buat Afya hidup dalam ketakutan dan trauma sepanjang 3 tahun!"
"Tapi makcik butakan mata makcik. Makcik buat-buat tak tahu sebab terlalu cinta dengan suami makcik! Ingat makcik. Terlalu cinta juga boleh buat binasa. Tak semua cinta makcik boleh percaya dan yakin"
"Kau diam! Jangan sibuk urusan aku! Kitaorang tak perlukan teguran kau lah!" Bentak Asnawi yang tidak mahu Eviani terpengaruh dengan teguran Fahmi. Eviani masih terdiam sejak Fahmi menegurnya tadi.
"Sayang. U jangan percaya sangat cakap budak ni. Dia saja nak hancurkan perkahwinan kita sayang" pujuk Asnawi sambil menggenggam tangan Eviani. Eviani melihat kedua mereka kemudian dia lihat tangan Asnawi yang menggenggam tangannya.
"Saya tak paksa makcik percaya. Tapi makcik seorang ibu. Makcik akan faham apa yang Afya rasa kalau betul dia tu darah daging makcik" kata Fahmi kemudian dia meninggalkan mereka berdua di luar bilik pesakit itu. Pintu dikunci dari dalam.
Fahmi mendekati Afya yang masih terbaring. Dia mengambil tempat duduk di samping Afya dibaringkan. Wajah Afya direnung lama.
"Ammar..tolong saya.." Fahmi tersentak apabila Afya menyebut nama Ammar untuk meminta bantuan. Airmata Afya menitis keluar walaupun dia masih tidak sedarkan diri.
Fahmi mendekatkan telinganya di bibir Afya. Dia tidak dapat dengan jelas apa yang dikatakan oleh Afya dalam tidurnya. Ketakutan itu membawa kepada mimpi buruknya hingga Afya mengigau sendiri.
"Allah tolong..Allahh.." Fahmi semakin tersentak. Sayu suara Afya meminta bantuan benar-benar meluluhkan hatinya. Fahmi memandang ke wajah Afya yang kosong tanpa sebarang makeup. Tepi bibirnya masih lebam dari tempoh hari.
"Sakit..sakit.." Fahmi bergegas menyeka airmata Afya yang kian mengalir hingga ke telinganya. Matanya berair melihat keadaan Afya yang menyedihkan itu.
Seumur hidupnya, dia tidak pernah percaya penceraian rumah tangga itu boleh menjadikan anak-anak mangsa. Dia hanya fikir semuanya indah kerana dia tidak pernah lalui apa yang Afya lalui sekarang. Oleh itu dia berkeras untuk menolak permintaan Ammar dulu. Namun, sekarang dia sudah mengerti segalanya.
"Aku minta maaf. Patutnya aku dengar apa yang Ammar suruh buat dulu"
"Kalau tak. Kau takkan terlantar di sini" kata Fahmi sendiri yang tidak henti menyalahkan dirinya sendiri.
-
"Assalamualaikum ibu" Fahmi memberi salam di awal panggilan dia terhadap ibu. Ibu membalas salam Fahmi semula.
"Mi dah jumpa family perempuan yang Mi nak kawin tu. Ibu ayah dah tak perlu lamarkan. Mi rasa semuanya dah settle tadi"
'Eh awat tergesa-gesa sangat ni Mi? Haritu kata tunggu semua dah ready baru nak lamar. Ada apa-apa jadi ke?' soal Ibu namun Fahmi tidak dapat membalas soalan itu. Takkan dia nak bagitau Afya didera oleh ibunya sendiri? Pasti ibu Fahmi akan fikir bukan-bukan.
"Takde apa yang jadi pun bu. Mi rasa lagi baik cepatkan. Mi busy bulan depan sebab ada program untuk pelajar SPM kat tempat Mi mengajar. Tak sempat nak urus nanti. So Mi awalkan sikit" jelas Fahmi sebagai alasan dia mempercepatkan proses lamaran itu.
'Ohh gitu ke. Ha kalau ada apa-apa ibu ayah boleh tolong. Mi call je ye. Ibu ayah ni free je nak tolong. Tak sabar juga nak jumpa bakal menantu ibu yang pertama ni' balas ibu dengan senang hati. Fahmi tersenyum mendengar jawapan ibunya yang sangat menyokong apa jua yang dia lakukan.
"Baik bu. Tunggu Mi datang dengan bakal menantu ibu ye. Mi janji akan bawa" janji Mi kepada ibunya sebelum dia mematikan panggilan. Telefon diletakkan di dalam poket seluar semula sebelum dia memandang ke hadapan.
"Dah siap Encik" beg kertas yang berisi sesuatu barang berharga itu diberikan kepada Fahmi.
"Terima kasih kerana membuat perbelanjaan di kedai kami" kata pelayan kedai itu sambil menundukkan kepalanya sebagai tanda penghargaan. Fahmi membalas dengan senyuman sahaja. Dia bergegas meninggalkan kedai itu untuk ke hospital semula.
Dia tidak sanggup meninggalkan Afya walaupun sebentar saja kerana hatinya sering merasa tidak enak memikirkan Afya seorang diri di hospital. Mungkin kerana rasa bersalah dia sudah lambat untuk membantu Afya.
Tiba saja di hospital Fahmi bergegas masuk ke dalam bilik pesakit di mana Afya ditempatkan. Pintu dibuka kemudian dia tutup kembali. Fahmi memandang ke hadapan. Langkahnya terhenti saat melihat Afya yang sudah sedarkan diri.
Kedua mereka saling bertatapan mata. Fahmi menghampiri Afya dengan perlahan. Beg kertas diletakkan di atas meja terlebih dahulu sebelum dia memandang Afya semula.
Mata Afya tidak lari dari tatapannya.
"Awak okay?" Soalan pertama keluar daripada mulut Fahmi. Afya terdiam. Matanya berair saat Fahmi menanyakan keadaannya.
"Sorry..." Fahmi yang tidak mengerti kenapa Afya menangis secara tiba-tiba hanya mampu mengucapkan kata maaf kepadanya.
Afya mengeleng kepala untuk soalan Fahmi tadi. Dia cuba mengatakan bahawa dia tidak baik-baik saja kepada Fahmi. Fahmi mengangguk kepala tanda dia mengerti.
Fahmi menatap ke bibir Afya yang kecil. Mulut gadis itu seakan-akan hendak mengatakan sesuatu namun dia takut untuk ucapkan kerana terlalu takut jika ibu mendengarnya.
"Parents awak takde kat sini. Cuma saya. Awak tak perlu risau apa-apa" kata Fahmi untuk mengurangkan rasa takut Afya. Afya menghembus nafas dengan lega kemudian dia memandang Fahmi semula.
"Boleh saya tanya sesuatu?" Kata Afya yang akhirnya bersuara setelah lama Fahmi menunggu dia berbicara.
Fahmi terpegun seketika saat mendengar suara Afya yang lembut itu. Personaliti Afya memang lembut dan sopan sama seperti yang Ammar ceritakan pada dia dulu. Dia sangka Ammar hanya memuji-muji teman wanitanya sahaja tapi hakikatnya itu benar.
"Kenapa awak tolong saya? Kita tak saling kenal pun"
"Siapa awak? Awak kenal saya ke?"
"Kenapa awak tiba-tiba muncul dan tolong saya" soal Afya yang tidak mengerti dengan tindakan Fahmi. Fahmi tersenyum kecil sambil meletakkan kedua tangannya ke belakang.
"Kenapa? Awak rasa membantu tu hanya boleh dilakukan untuk orang yang kita kenal je ke? Walaupun saya tak kenal awak. Tapi saya dah nampak apa yang dah jadi. Jadi saya rasa itu tanggungjawab saya untuk tolong siapa saja yang perlukan bantuan"
"Jangan hanya minta bantuan pada orang yang awak kenal saja. Minta dan jeritlah sekuatnya untuk dapatkan bantuan orang di sekeliling awak" Afya terdiam mendengar jawapan Fahmi. Walaupun itu bukan jawapan yang dia mahu dengar tapi dia sudah terkesima dengan kata-kata Fahmi itu.
"Saya cuma tak faham itu saja" kata Afya sambil menggeleng kepala dengan gelisah. Fahmi mendekatkan dirinya di wajah Afya. Afya mengeraskan tubuhnya. Nafasnya seakan-akan terhenti saat Fahmi dekat dengannya. Fahmi membisikkan sesuatu di telinga Afya.
"Anggap saja saya hamba Allah yang Allah hantarkan untuk makbulkan doa awak Afya" Jantung Afya berdetak kencang mendengar jawapan Fahmi itu.
'Ya Allah hantarkan seseorang untuk bebaskan aku' itulah doa Afya di setiap waktu dia mengangkat tangan ke langit. Afya menjauhkan wajahnya dari Fahmi kemudian dia berpaling ke arah lain. Namun begitu jantungnya masih tidak henti berdetak kencang seperti yang biasanya.
"Awak dah makan minum?" Soal Fahmi untuk menukar topik mereka. Dia tahu dia telah membuatkan Afya tidak selesa dengan dia. Sebab itulah dia cepat-cepat menukar idea dengan menanyakan soalan yang lain.
"Dah..ada doktor bagi saya makan tadi masa bangun" kata Afya tanpa memandang ke wajah Fahmi.
"Mungkin awak belum kenal saya lagi. Jadi biar saya kenalkan diri saya" kata Fahmi. Itu berjaya membuatkan Afya memandang ke arahnya semula. Afya menunggu Fahmi memperkenalkan dirinya kepada dia.
"Saya Fahmi Fikri 29 tahun dan berasal dari Selangor juga. Kerja saya sebagai seorang guru di sekolah menengah kebangsaan dan saya masih single macam awak" kata Fahmi dengan ramah. Wajah Afya memerah seketika. Kenapa Fahmi perlu beritahu dia juga single seperti Afya?
"Awak pula?" Soal Fahmi semula padahal dia sudah tahu semua latar belakang Afya dari Ammar. Cuma saja dia tanyakan lagi untuk menghilangkan rasa curiga Afya kerana Fahmi mengenalnya sebelum Afya memperkenalkan diri lagi.
"Saya Afya Dahlia, 24 tahun. Kerja dekat kedai bunga yang awak datang haritu"
"Single tak?" Soal Fahmi sambil tersenyum nakal. Wajah Afya memerah lagi sekali. Dah kenapa Fahmi buat dia seperti itu.
"Awak dah tau kan.." bentak Afya namun nada suara masih sopan saat berbicara itu. Fahmi tersengih melihat gelagat Afya yang manis walaupun dia agak marah dengan Fahmi kerana menyoalkan soalan yang sama namun dia masih tampak sopan.
"Sorry. Saya saja gurau" kata Fahmi sambil tersenyum lebar melihat Afya yang akhirnya boleh tersenyum semula.
-
Afya terdiam lama setelah kereta Fahmi telah sampai di depan rumah keluarganya. Hampir 5 minit juga Afya tidak turun. Mungkin kerana masih takut akan kejadian lepas.
"Awak nak saya teman masuk ke?" Soal Fahmi. Afya tersenyum nipis sambil menggeleng kepala untuk menolak niat baik Fahmi itu. Fahmi sudah banyak membantu dia. Dia tak mahu susahkan Fahmi lagi.
"Saya masuk dulu" kata Afya sebelum dia memberanikan diri untuk membuka pintu kereta itu. Afya melangkah tanpa menoleh ke belakang manakala kereta Fahmi masih menunggu di depan rumah keluarganya. Entah kenapa dia terasa berat untuk membiarkan Afya pulang.
Pintu diketuk sebanyak dua kali. Eviani ibunya membuka pintu itu dengan wajah yang muram. Sempat ibunya melihat ke arah Fahmi sebelum dia menutup pintu rumah itu setelah Afya masuk ke dalam.
Dengan berat hati Fahmi meninggalkan kawasan perumahan Afya itu. Dia tidak boleh tunggu lama kerana masih ada kerja yang perlu dia uruskan.
-
"Kau duduk sini. Aku ada benda nak bincang" kata Eviani apabila Afya sudah kembali ke rumah semula. Afya duduk di sofa yang terdapat dalam ruang tamu rumah mereka.
Afya melihat ke sekeliling. Di mana Asnawi? Dia takut jika lelaki itu ada di rumah itu sekarang. Eviani menatap Afya yang sedang mencari seseorang itu.
"Kau tak payah nak cari laki aku sangat" kata ibunya lalu Afya mengeleng kepala dengan pantas. Dia sama sekali tidak bermaksud untuk mencari Asnawi. Dia hanya takut. Itu saja.
"Ta-k bu. Afya tak cari dia..Afya minta ma-af" kata Afya tergagap-gagap. Tangannya mengeletar saat tatapan ibu berubah menjadi bengis terhadapnya.
"Aku akan kawinkan kau dengan lelaki yang aku dah pilih. Kau ikut dan jangan banyak memberontak atau minta pertolongan dari siapa-siapa untuk selamatkan kau Afya. Aku dah taknak jaga kau dan tengok muka kau dekat rumah ni lagi" Afya tersentak mendengar keputusan ibunya. Afya mengeleng kepala berkali-kali kerana tidak mahu. Afya turun ke bawah kemudian dia melutut di depan ibunya untuk meraih simpati.
"Afya taknak bu..Afya masih nak jadi anak ibu. Afya taknak kawin..Afya merayu dengan ibu.."
"Ahh sudah!" Ibu menolak Afya ke tepi hingga tubuhnya terpelanting ke lantai. Air mata gugur ke lantai. Afya menguatkan tubuhnya untuk bangun semula.
"Esok laki kau akan datang ambik! Kau ikut dia! Jangan banyak cakap dan melawan arahan aku"
"Afya tak nak bu..Afya taknak..tolonglah bu..kalau ibu marah pasal haritu. Ibu boleh pukul Afya lagi. Pukul sekuatnya pun takpe asalkan ibu tak kawinkan Afya dengan sesiapa pun" rayu Afya hingga air matanya tumpah.
"Betul apa yang orang kata kat aku! Kau dekat rumah ni memang tak selamat sebab aku dan bapa tiri kau tu buat kau macam binatang!"
"Lebih baik aku lepaskan saja kau dengan orang lain! Biar orang lain pula yang jaga kau! Dan masa tu kau akan lebih selamat kan! So kau pergilah kalau kau rasa aku ni ibu yang jahat! Aku taknak tengok muka kau lagi Afya"
"Tak bu..ibu tak jahat..Fya yang jahat sebab tak dengar cakap ibu.." kata Afya yang ketakutan saat mendengar apa yang ibunya sampaikan tadi. Hatinya benar-benar hancur apabila ibu sampai tahap sanggup membuangnya kerana Asnawi padahal dialah darah daging ibunya.
"Lagipun Fya masih tunggu Ammar. Ibu taukan Fya cuma cintakan Ammar. Fya tak boleh kawin dengan lelaki lain. Ammar akan kecewa bila dia kembali"
"Tak perlu tunggu Ammar! Takkan kau tak sedar lagi Afya. Ammar sendiri pun buang kau. Dia sendiri ada hubungan dengan kau! Kau tu beban! Semua orang kau susahkan! Kalau tak si Ammar tu takkan tinggalkan kau macam ni!"
"Tak bu..tak..Afya yakin Ammar akan kembali semula" Afya mengeleng kepala dengan enggan percaya bahawa Ammar meninggalkannya kerana tidak sanggup ada apa-apa hubungan dengan dia lagi.
"Sudah sudah! Aku tak nak dengar apa-apa lagi! Yang penting esok laki tu akan ambil kau kat sini! Naik atas dan kemas barang-barang kau sekarang juga!" Jerit ibu dengan kuat.
"Sk..sk..Fya minta maaf bu..tolonglah jangan buang Afya. Fya sayang ibu. Fya taknak berpisah lagi..Fya merayu bu.." Afya menangis sambil memeluk kaki ibunya meskipun ibunya berulangkali menendang dirinya agar menjauh.
"Maafkan Fya..sk..hm..Fya minta maaf.."
"Aku kata aku taknak! Aku TAKNAKLAH! Kau tak faham bahasa ke!!" Eviani menampar pipi kanan Afya dengan kuat dengan lima jarinya hingga meninggalkan bekas merah di pipi Afya.
Afya tergamam. Air mata mengalir ke pipi. Afya meramas pipinya yang ditampar oleh ibunya tadi.
Afya memandang mata ibunya baru tersedar dengan tindakannya yang sudah melampau itu. Eviani terdiam sambil melihat tangannya sendiri. Tangan itu telah menampar anaknya sendiri. Mata ibu berair saat menatap Afya.
"Terima kasih dah lahirkan Fya. Halalkan makan minum dan setitis susu yang ibu bagi masa Fya kecil dulu..serta kenangan dan trauma yang ibu dah tinggalkan pada Afya sepanjang Afya hidup dengan ibu. Afya akan ingat tu sampai bila-bila. Afya janji takkan muncul dalam hidup ibu lagi" kata Afya dengan mata yang bergenang. Afya bangun dan mula meninggalkan ibunya seorang diri di ruang tamu.
Eviani masih terkilan. Dia benar-benar tidak sangka perkataan tajam itu akan keluar daripada mulutnya. Eviani melihat tangannya yang merah kerana menampar wajah anak kandungnya sendiri tadi.
"Ibu? Ibu jenis apa aku ni?" Soal Eviani pada dirinya sendiri.
-
Aku mengurungkan diriku di dalam bilik seorang diri. Aku duduk di koridor yang berada di luar bilikku.
"Siapa aku? Anak atau hanya binatang di mata ibuku sendiri?" Aku tertanya di sudut hatiku sendiri. Kadangkala aku tidak faham. Apa yang kurang aku lakukan untuk buat ibu sayang pada aku semula?
Aku mendongak ke atas untuk melihat langit malam ketika itu. Air mata turut mengalir. Perkataan ibu terus terngiang-ngiang di kepalaku. Setiap kali ia terngiang, hatiku terasa seperti ditikam-tikam dengan pedang yang tajam. Hal itu sangat menyakitkan aku.
"Dugaan seperti apa ini Ya Allah?"
"Kenapa harus aku?"
"Aku tak mampu Ya Allah. Engkau tariklah semua ujian ini. Aku benar-benar tidak mampu menghadapinya lagi" monologku sendiri yang sudah terlalu hancur dengan semua yang terjadi.
Aku memegang dadaku yang terasa sangat sakit. Tanpa aku sedar aku mula menangis teresak-esak. Segala yang sakit aku lepaskan dengan tangisan.
"Sk..sk..sakit..sakit Ya Allah.." luahku lalu aku tumbuk dadaku dengan kuat. Aku tak dapat menahan rasa pedih itu. Ingin saja aku lepaskan tapi aku tidak tahu bagaimana untuk lupakan segala kesakitan ini.
"Ahh..ahh..sakit.." aku terus meraung-raung sekuatnya, air mata yang mengalir telah membasahi pipiku.
Perit untuk aku terima kenyataan ini. Aku hanya menginginkan perhatian dan kasih sayang dari ibu namun aku tidak dapat merasainya lagi. Semuanya telah berakhir saat aku masih memerlukannya.
Share this novel